FINE Academy

FINE Academy

Share

FINE Training Academy Sdn. Bhd. (842439-K). Penyedia latihan korporat berpengalaman. Layari www.fineacademy.com.my

FINE Academy diuruskan oleh FINE Training Academy Sdn Bhd (842439-K), sebuah syarikat latihan, perundingan dan kejurulatihan. Nama asalnya adalah Fauzul Na'im Sdn Bhd yang diasaskan pada tahun 2009. Ia diberikan penjenamaan baru selaras dengan perkembangan pesat syarikat dan pengembangan fungsinya. Ia diwujudkan sebagai kolej maya yang memberikan input-input industri dalam bidang penulisan, protok

Photos from FINE Academy's post 08/04/2026

PORT DICKSON: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama strategik bersama FINE Academy telah menganjurkan Bengkel Penulisan Laporan Tahunan dan Gaya Bahasa Bahan Penerbitan JAWHAR 2026 pada 10 hingga 12 Februari 2026 bertempat di Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel berimpak tinggi ini bertujuan membina kesepakatan menghasilkan satu garis panduan atau manual gaya penulisan jabatan yang komprehensif dan praktikal, untuk dijadikan rujukan oleh pegawai JAWHAR bagi menyediakan sebarang bahan penerbitan.

Selain itu, untuk para pegawai JAWHAR mempelajari teknik terkini Penulisan Laporan Tahunan. Para peserta akan didedahkan input teknik penulisan laporan tahunan berwibawa dan berimpak dengan merujuk kepada gaya terkini dalam reka bentuk, penyampaian laporan tahunan, penggunaan infografik dan data visual.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dihadiri oleh 13 orang peserta yang dibimbing secara dekat oleh jurulatih dari FINE Academy yang begitu berpengalaman dalam hal ehwal penulisan dan penerbitan buku pelbagai genre iaitu Tuan Ikram Wazir.

Bengkel yang berlangsung dengan berlatar belakang pantai Teluk Kemang ini turut dihadiri Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Antarabangsa JAWHAR iaitu Puan Rosmiena sebagai perasmi bengkel.

"Bengkel ini telah memberikan banyak input kepada peserta terutamanya pegawai-pegawai yang terlibat dalam bidang penerbitan di JAWHAR.

"Masing-masing boleh mengekalkan kesinambungan dalam penulisan kerana setiap bahagian akan menyediakan bahan penerbitan yang melibatkan manual, garis panduan, jurnal dan laporan tahunan JAWHAR.

"Konsultan telah memberikan penerangan tentang tatacara penerbitan dan input yang diperlukan bagi menerbitkan buku dan standard penulisan yang diperlukan," jelas Puan Rosmiena.

Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR, Puan Azura juga mengucapkan syukur dan menyifatkan bengkel yang dikendalikan konsultan amat memberikan manfaat besar kepada mereka.

"Alhamdulillah, bengkel ini sangat bermanfaat kerana kita dapat panduan bagaimana ingin menghasilkan penulisan dan penerbitan buku-buku.

"Kita mendapat panduan yang jelas. Standard berdasarkan trend terkini, berdasarkan format-format yang memang diamalkan merentas pelbagai agensi.

"Kita juga menerima khidmat nasihat yang diperlukan ikut kesesuaian fungsi jabatan," ujar Puan Azura sambil senyuman manis terpancar.

Urusetia dan para peserta juga kelihatan amat jelas dengan apa yang diajarkan dan dibimbing oleh jurulatih sepanjang bengkel diadakan.

Mereka juga mengakui telah mempelajari ilmu-ilmu baharu untuk memantapkan kaedah penulisan berkualiti dan proses pelbagai penerbitan buku.

Bengkel ini berakhir dengan sesi soal jawab yang padat dan majlis penutup serta penyampaian cenderahati kepada pihak konsultan.

www.fineacademy.my



Photos from FINE Academy's post 20/02/2026

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama FINE Academy telah mengangkat tema "Bicara Bukan Sekadar Membaca" untuk Kursus Pembentang Hebat yang dijalankan pada 10 Februari 2026, bertempat di KKDW, Putrajaya.

Program berimpak tinggi ini dihadiri seramai 30 orang peserta dalam kalangan warga kerja KKDW dengan dibimbing oleh jurulatih berpengalaman luas dalam skop komunikasi Pembentangan Gaya "Superstar" dan sering muncul sebagai panel di kaca TV iaitu Coach Fauzul Na'im Ishak.

Sepanjang program satu hari ini, para peserta didedahkan dengan ilmu untuk menakluk ketakutan dan potensi diri, kuasai gaya komunikasi dan pembentangan berkesan, strategi menakluk perhatian audiens dan slaid pembentangan berpengaruh.

Para peserta telah mencakupi ilmu pembentangan berkesan dan menyedari hakikat bahawa pembentang yang hebat, haruslah membentang dengan amat baik dan bukannya membaca slaid kerana slaid hanyalah alat bantu penyampaian sahaja.

Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan program yang dikendalikan dan diharapkan dapat mempraktikkan semua ilmu yang telah disampaikan.

Pembentang hebat, bicara bukan sekadar Membaca!

www.fineacademy.my

01/01/2026
Photos from FINE Academy's post 16/12/2025

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengangkat tema "RECHARGE" sebagai tema utama program Team Super Bahagian Khidmat Pengurusan dan Direktorat yang telah berlangsung dari 12 Disember hingga 14 Disember 2025, bertempat di Permai Rainforest Resort, Kuching, Sarawak.

Program Team Super Re-Charge untuk tahun 2025 ini disambut baik dengan penuh semangat oleh 90 peserta yang dibahagikan kepada 6 Kump**an secara rawak dengan dibimbing oleh jurulatih kursus dari FINE Academy iaitu Tuan Solhy Sharif dan fasilitator iaitu Tuan Akmal Radzuan.

Sepanjang program, aktiviti indoor dijalankan pada hari pertama dan ketiga. Program bersifat outdoor dijalankan pada hari kedua. Program outdoor telah berlangsung di kawasan pantai dan jungle pool.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Haji Hamden turut hadir bagi merasmikan Program Team Super Re-Charge semasa pagi hari kedua dengan menyampaikan amanat agar semua warga kerja memperkukuhkan kesepaduan antara bahagian-bahagian dalam Jabatan Hutan Sarawak.

Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Direktorat, Tuan Haji Ali juga hadir sebagai peserta program dan menyifatkan program team super kali ini untuk menyemarakkan semangat kesatuan antara warga kerja dan bukan sekadar pembinaan pasukan.

"Sepertimana yang dimaklumkan oleh jurulatih kursus, program kali ini bukan sahaja untuk team building tetapi untuk bonding dan bounding," jelas Tuan Haji Ali.

Tuan Solhi Sharif yang penuh pengalaman mengendalikan pelbagai kursus di Sarawak amat berbesar hati dan berbangga dapat membimbing pasukan yang disifatkan amat energetik dari Jabatan Hutan Sarawak.

"Revisit, rethink, recharge. An honour to serve!," ujar Tuan Solhi Sharif.

Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan pengendalian program oleh FINE Academy dan urusetia program juga berminat untuk meneruskan lagi program ini pada tahun 2026.

Penganjur dan urusetia dari Jabatan Hutan Sarawak iaitu Tuan Yusof Noh meluahkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan program ini.

"Dapat banyak manfaat daripada kursus ini. Bukan sahaja team building tetapi bonding dan all in one, complete.

"Program yang dijalankan ini telah mencapai objektif, hasil daripada kerjasama oleh pihak FINE Academy.

"InshaAllah, apa yang telah dipelajari dalam program ini, akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian," jelas Tuan Yusof Noh.

Program Team Super Re-Charge ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada setiap kump**an.

Photos from FINE Academy's post 20/11/2025

Sekarang berlangsung Kursus Usahawan Skilltechnopreneur Siri ke 16 CIDB di Akademi Binaan Malaysia Sintok Kedah.

Kursus yang dikendalikan oleh pihak FINE Training Academy Sdn Bhd sejak tahun 2019 ini sudah menghasilkan ramai usahawan di kalangan pelatih TVET di bawah Akademi Binaan Malaysia.

Kursus kali ini diadakan bermula 10 hingga 22 November 2025 membabitkan 14 orang peserta dari seluruh negara. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Naim Ishak, master trainer dan Tuan Syed Bismit, trainer kanan FINE Academy.

Selepas ini sesi bimbingan berterusan akan dikendalikan oleh Tuan Fauzul selama 4 bulan. Semoga para peserta ini dapat mengamalkan segala pembelajaran dan membangun bisnes yang mantap di masa hadapan. Amiin

Photos from FINE Academy's post 19/11/2025

Alhamdulillah semalam selesai Kursus Pemimpin Super: Membangun Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan untuk warga kerja Jabatan Perdana Menteri.

Seramai 33 orang kakitangan daripada pelbagai agensi di bawah JPM termasuk Pejabat PMO, SPRM, APMM dan pelbagai agensi lain bermukim di Bangi Resorts Hotel daripada 17 hingga 18 November 2025.

Pagi tadi pihak kami mendapat mesej mengujakan daripada pegawai JPM yang mengurus program.

"Terima kasih Tuan Fauzul atas ilmunya...rata2 peserta semua puas hati dan bg feedback yg amat positif berkenaan pengisian selama 2 hari di Bangi Resort."

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Coach Fauzul Na'im Ishak, Master Trainer dan Master Coach FINE Training Academy.

17/11/2025

KEKOSONGAN UNTUK INTERNSHIP

Kami membuka peluang internship kepada pelajar dalam bidang:

📺 Penyiaran & Penerbitan
🎨 Multimedia & Rekabentuk Grafik
💼 Bisnes & Kesetiausahaan
📈 Jualan & Pemasaran

📍 Lokasi pejabat: Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
💰 Elaun disediakan
📚 Latihan intensif & bimbingan profesional
⏰ Pengambilan segera!

💡 Ini peluang terbaik untuk anda:

✔ Menyertai organisasi yang aktif dalam bidang latihan dan pembangunan profesional
✔ Belajar kemahiran praktikal industri sebenar
✔ Membina portfolio kerja anda
✔ Berhubung dengan mentor berpengalaman

📩 Hantar resume & portfolio anda sekarang ke:
📧 [email protected]
📱 Hubungi kami di WhatsApp: 016 2605502

Jom sertai pasukan kami dan bina karier masa depan anda bersama FINE Training Academy!

Photos from FINE Academy's post 17/11/2025

"JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SARAWAK MAHU UNGGUL, SERLAH KEWIBAWAAN MELALUI LAPORAN TAHUNAN"

Penyediaan buku laporan tahunan sememangnya amat penting untuk menjelaskan aktiviti, prestasi kewangan dan menyalurkan pelbagai maklumat.

Apakah fungsi sebenar laporan tahunan? Adakah sekadar Ingin menyalurkan maklumat semata-mata?

Laporan tahunan sudah pasti adalah dokumen rasmi yang diterbitkan oleh perusahaan dan organisasi setiap tahun untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang perkembangan organisasi itu selama setahun daripada pelbagai aspek.

Bagaimana ingin mesej dalam laporan tahunan tepat pada pembaca?

Bagaimana mahu menaikkan Imej organisasi dan memastikan kewibawaan organisasi melalui laporan tahunan?

Sejajar dengan hasrat pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang inginkan Laporan Tahunan JAIS tampil lebih berkualiti dan berwibawa, JAIS dengan kerjasama FINE Academy telah menganjurkan Kursus Laporan Tahunan Berwibawa pada 17 November hingga 18 November 2025, bertempat di Hotel Serapi, Kuching.

Kursus ini dikendalikan oleh Jurulatih bidang penulisan dan dokumen rasmi berpengalaman iaitu Tuan Ikram Wazir dari FINE Academy.

Kursus ini dapat memberikan ilmu dan strategi menulis laporan tahunan berwibawa dengan modul komprehensif seperti:

1) Motivasi penulisan laporan tahunan
2) Memahami psikologi pembaca laporan tahunan
3) Pengenalan kepada laporan tahunan
4) Penulisan laporan tahunan
5) KJ Method untuk penulisan laporan tahunan
6) Teknik menulis dan menstrukturkan penulisan laporan tahunan

Diharapkan semua peserta dapat mempraktikkan input yang telah diketahui dan dipelajari menerusi kursus ini, sekaligus menjulang nama JAIS sebagai organisasi penting dalam kemajuan dan kemakmuran Islam di Negeri Sarawak.

www.fineacademy.my


Photos from FINE Academy's post 29/10/2025

IMEJ TERJAGA, KEWIBAWAAN TESERLAH!

Penjawat awam sentiasa berhadapan dengan orang ramai, tidak mengira situasi sama ada dalam pejabat atau pelbagai majlis dan urusan kerja di luar.

Bagaimana untuk tampil kacak, anggun, jelita, profesional dan sesuai dengan situasi?

Adakah gaya Imej seseorang itu dilihat natural? Klasik? Romantik? Dramatik?

Ketika ini, sedang berlangsungnya Kursus Keterampilan Diri dan Komunikasi Penjawat Awam. Kursus dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Dikendalikan oleh FINE Academy.

Ilmu Imej dikongsikan oleh CPIC Puan Farah Lina Rahim dari FINE Academy untuk 25 orang peserta dalam kalangan warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Selangor yang hadir di Bir Ali Tadrib Centre, Shah Alam.

www.fineacademy.my


28/08/2025

"Negosiasi Menang-Menang"

Kursus Successful Negotiation : Winning Strategies yang berlangsung selama dua hari untuk warga kerja Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disampaikan oleh Master trainer dari FINE Academy iaitu Coach Fauzul Naim. Beliau berpengalaman dalam negosiasi menang-menang sepanjang pengalaman sebagai pelajar, pengarah dan panel penasihat di peringkat nasional.

Di tempat seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), setiap hari adalah tentang keputusan kritikal.

Doktor, jururawat, pesakit, waris dan pentadbiran...
Semuanya ada perspektif berbeza dan suasana yang memerlukan rundingan antara dua pihak atau pelbagai pihak dalam suasana kerja masing-masing.

Pelbagai suasana di setiap unit.

Antara contoh suasana:
Seorang pesakit memerlukan rawatan lanjut tetapi katil penuh. Doktor mahu pesakit diberikan rawatan segera. Pentadbiran p**a terikat dengan protokol. Jururawat p**a sudah keletihan.

Jika ikut cara biasa, sememangnya akan menimbulkan konflik.
Tetapi apabila ada pendekatan negosiasi menang-menang, semua pihak dapat duduk semeja, ini akan berlaku:

a) Doktor bersetuju untuk stabilkan pesakit di zon pemerhatian.
b)Jururawat berbincang untuk bantu susun keutamaan tugas.
c) Pentadbiran beri laluan cepat untuk pelepasan pesakit stabil supaya ruang tersedia.

Tiada yang kalah. Semua menang. Pesakit pun dapat rawatan segera. Inilah keindahan negosiasi profesional. Bukan siapa yang menang hujah. Tetapi bagaimana semua pihak dapat capai objektif bersama tanpa ketegangan.

Negosiasi bukan seni bertegang urat. Tapi seni memahami dan mencari titik tengah.

Kuasai kemahiran negosiasi, layari:
www.fineacademy.com.my

12/08/2025

"PERKUKUHKAN PASUKAN UNTUK MENCAPAI VISI, MISI DAN OBJEKTIF ORGANISASI"

Sejajar dengan hasrat organisasi untuk mengukuhkan semangat berpasukan antara warga kerja, pihak Bahagian Keselamatan Petroelum, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan kerjasama FINE Academy telah menganjurkan Kursus Team Super.

Kursus bertemakan semangat berpasukan ini diadakan pada 23 hingga 25 Jun 2025 bertempat di Semenyih Eco Venture Resort, Selangor yang dihadiri oleh 73 orang peserta dalam kalangan warga kerja JKKP.

Kursus Team Super dikendalikan oleh Coach Fauzul Na'im dari FINE Academy.

Jom! Bina dan perkukuhkan semangat berpasukan dalam organisasi anda melalui Kursus Team Super.

www.fineacademy.my

07/08/2025

"Temui IKIGAI dan Urus Stres dengan Terapi Ketawa"

Kursus membangkit rasa seronok bekerja dengan konsep IKIGAI untuk warga kerja UTM, KL membuahkan semangat untuk warga kerja bekerja dengan penuh keseronokan dan tujuan jelas!

Kursus dikendalikan oleh Coach Fauzul Naim Ishak dari FINE Academy.

Temui IKIGAI anda, Layari:
www.fineacademy.com.my

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30