Sebalik tabir

Sebalik tabir

Share

merdeka Roh
Merdeka Fikiran.. Merdeka ilmu... sampaikan daripadaku walau satu ayat

26/09/2025

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Nor Haslina Ali, Ayub Mat Rashid, Mohd Hasrol

31/08/2025

Puisi Merdeka untuk Malaysia

Wahai tanah bonda, tanah berdaulat,
Di bawah langit biru yang tidak retak,
Merdekamu bukan sekadar bebas,
Tetapi janji, doa, dan amanah yang berat.

Dari darah pahlawan yang tumpah,
Ke peluh rakyat yang tidak menyerah,
Malaysia berdiri megah,
Dengan jiwa yang kental, dengan iman yang gagah.

Merdeka bukan hanya laungan,
Tetapi nyala api dalam kesedaran,
Bahawa setiap jiwa adalah penjaga,
Bahawa setiap generasi adalah pembela.

Tanah ini subur dengan doa ibu,
Dengan tangan ayah yang penuh restu,
Dengan anak-anak yang terus berlari,
Mencari ilmu, membina erti.

Wahai Malaysia, cintamu tak terperi,
Bersulam kasih, bersinar nurani,
Selagi bulan dan bintang bersemi,
Merdekamu akan terus hidup, abadi.

Merdeka bukan sekadar terlerai ikatan,
Tetapi kebebasan jiwa dari kegelapan,
Rohani yang tunduk hanya pada Tuhan,
Itulah merdeka sebenar, itulah kemuliaan.

Merdeka fikiran, bebas dari belenggu,
Tidak terikat pada dusta dan nafsu,
Fikiran yang jernih, bercahaya ilmu,
Menjadi suluh meniti waktu.

Ilmu adalah cahaya yang murni,
Menerangi bangsa, menegakkan diri,
Tanpa ilmu, merdeka hanyalah sepi,
Dengan ilmu, merdeka menjadi abadi.

Wahai Malaysia, tanah pusaka,
Merdekamu harus terus dijaga,
Dengan rohani yang suci, fikiran yang merdeka,
Dan ilmu yang menjulang maruah bangsa.

🤍🤍🤍🕊🕊🕊

Salam KeMerdekaan ke 68



22/08/2025

🌿 Doa Seorang Hamba yang Malu

🕊 Ya Allah,
Aku datang dengan tangan yang kosong,
Amalku sedikit, cacat penuh noda,
Namun hatiku tetap mengetuk pintu-Mu,
Kerana Engkau Maha Pemurah yang tidak pernah menolak sesiapa.

Aku malu, ya Allah,
Bagaimana mungkin aku meminta syurga,
Sedang solatku tidak khusyuk,
Sedekahku sering tersembunyi riya,
Dan lisanku kerap lalai daripada zikir-Mu.

Namun Engkau, ya Allah,
Telah menjanjikan ganjaran untuk hamba yang berusaha,
Dan aku tiada tempat lain untuk mengharap,
Melainkan pada rahmat-Mu yang luas tak bertepi.

Ya Allah,
Jika Engkau menilai amalku, aku pasti binasa,
Maka nilai aku dengan kasih-Mu, bukan dengan timbangan amal.
Jika Engkau membalas aku setimpal, aku pasti kecewa,
Maka balaslah aku dengan anugerah, bukan dengan apa yang aku bawa.

Ya Allah,
Aku tidak layak meminta,
Tetapi Engkau Maha Menyukai hamba yang meminta.
Aku tidak layak berharap,
Tetapi Engkau Maha Menyukai hamba yang berharap.

Maka kurniakanlah, ya Allah,
Bukan kerana aku layak,
Tetapi kerana Engkau Maha Penyayang.
Terimalah amalku yang hina ini,
Dan tutuplah ia dengan limpahan rahmat-Mu...🕊

Ammiinn Ya Rabb...

Terima kasih Allah Alhamdulillah
🕊️🕊️🕊️

22/08/2025

🌿 Puisi: Rezeki

Rezeki itu bukan sekadar roti di meja,
Bukan hanya wang di dompet yang terisi,
Ia hembusan nafas yang masih berlari,
Ia tenang hati yang tidak dimiliki ramai.

Rezeki itu datang tanpa disangka,
Bersama doa ibu yang tiada henti,
Titis keringat ayah di subuh hari,
Dan kasih sayang yang Allah titipkan di hati.

Ada rezeki yang tersurat pada harta,
Ada rezeki yang tersirat dalam ujian,
Kadang berupa kehilangan,
Namun di dalamnya tersembunyi kebaikan.

Rezeki itu luas seperti langit,
Tersebar pada tiap helai daun yang gugur,
Pada senyum anak kecil yang tulus,
Pada langkah kaki yang mampu menuju masjid.

Jangan diukur rezeki hanya dengan kiraan,
Kerana ia rahsia Allah yang penuh hikmah,
Ada yang sedikit tetapi cukup,
Ada yang banyak tetapi tidak berkat.

Maka syukurilah setiap yang singgah,
Kerana rezeki itu bukan milik usaha semata,
Tetapi hadiah dari Dia Yang Maha Kaya,
Untuk hamba yang tidak pernah lupa kepada-Nya.

Terima kasih Allah Alhamdulillah...
🕊🕊🕊

21/08/2025

Hamba yang Malu kepada Tuhannya

Ya Allah,
Aku datang dengan wajah tertunduk,
Membawa hati yang penuh noda,
Namun rindu pada ampunan-Mu tiada tara.

Aku malu, Ya Rabb,
Malu kerana sering lupa,
Malu kerana sering leka,
Sedang Engkau tak pernah berhenti menjaga.

Ya Allah Yang Maha Penyayang,
Terimalah malu ini sebagai tanda cinta,
Jangan biar aku jauh dari-Mu,
Jangan biar aku hanyut tanpa arah.

Bukakan pintu taubat-Mu,
Hiasi hatiku dengan syukur,
Dan jadikan tiap langkahku
sebuah perjalanan p**ang kepada-Mu.

“Ya Allah, jangan biarkan aku bersandar pada diriku walau sekejap pun.”

آمِيــن يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Terima kasih Allah Alhamdulillah
🕊🕊🕊

19/04/2025

Basmallah.....

Betapa ruginya diri seandainya punya waktu tetapi tidak pernah di hargai... Membiarkan waktu yg berlalu itu dgn memenuhi kehendak diri yg tidak memberi erti.. Terbuai dengan hiasan dunia yg ternyata tidak akan pernah kekal... Tidak akan pernah cukup... Tidak akan pernah puas....

"Celaka lah org org yg bersolat... Namun lalai dalam solat nya... "

Lalai itu adalah satu yg terleka atau terbuai dek sesuatu perkara... Dan masa kita sebenarnya di beri semata mata mengabdikan diri kepada Yg Maha Pencipta... Abdi dalam ibadah...

Permulaan dalam solat adalah mengangkat takbir dan di akhir kan dengan salam....
Secara umumnya.. Tatkala kita mengangkat kedua tangan kita itu umpama seorang pesalah yg sedang berhadapan dgn pihak berkuasa lalu di perintahkan menyerah diri....
Salam p**a mengakhiri yg terarah kepada kesejahteraan. Adakah salam itu kepada malaikat kanan dan kiri kita?
Solat itu SOP dalam kerja. Segala pergerakan dalam solat itu membawa maksud yg harus dikerjakan dalam kehidupan seharian kita selagi kita diberikan masa.....
Dan jika di tanya kejayaan apa yg hendak di tuju? kemenangan itu hanya tercapai apabila kita telah berjaya mengsejahterakan muka bumi ini yakni di lingkungan sekeliling kita....

"Aku mengutuskan kamu untuk merahmatkan muka bumi"

Jadi apakah kerja kerja yg harus kita kerjakan utk ibadah kita sebenarnya? Solat yg di syariatkan setiap panggilan azan berkumandang atau ada lagi yg harus di praktikkan dalam kehidupan?
Sesuai dengan perkataan " Celaka lah " kepada org org yg merasa sudah cukup dgn apa yg telah di kerjakan. Dan sebaik selesai nya ritual nya maka ia mengisi masa itu dgn kelalaian serta kebodohan.....

"Sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar... "
Ambil lah sejenak untuk menilai diri dan ibadah yang kita buat setiap hari dan baca lah diri sendiri... Adakah setiap ibadah yg kita kerjakan dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar?atau masihkah kita korupsi? Masih kah kita dalam Perbuatan perbuatan yg keji?

Hanya Solat dalam kesedaran yg membawa diri ke arah kewaspada nya setiap detik dan setiap saat yg di lalui itu dalam mengerjakan perbuatan yg terarah membawa kesejahteraan di mana pun bumi itu di pijak.

Orang orang yg mencipta sebuah kemenangan dengan langkah serta usaha dan tenaga serta bersungguh sungguh dalam membina kesejahteraan dengan satu tekad perjuangan yg tinggi...
Itulah orang2 yg mencapai kemenangan yg mutlak....

Jadi, apabila kita telah tersedar dari sebuah angan angan kosong dalam mengharapkan sesuatu yg baik dari Tuhan dgn cara dan jalan yg mudah... Ingat pesan ini... Syurga itu mahal.... ...

Perbaikilah solat kita... Maka Allah akan perbaiki urusan dunia ini..... Rahmat kan lah muka bumi ini... Dengan manfaat serta keadilan... Yg menjaga segala isinya agar solat kita mencapai kemenangan yg hakiki.....

Demi masa.....

Alhamdulillahi Rabbil aalaminn

06/04/2025

Basmallah....

Ikatan manusia pada Pencipta...

Assalamualaikum wbt...

Setiap hubungan itu pasti akan ada tali yg mengikatnya...
Jika didalam rumahtangga.. Tali pernikahan akan di simpulkan dalam menyatukan 2 hati dalam ikatan yg sah... Dalam berkawan p**a tali persahabatan di simpulkan sehingga ukhwah yg terjalin mendapat berkah...begitulah juga dengan kekeluargaan mahupun sanak saudara...
Namun apakah tali agama Allah??

QS Ali 'Imran : 103

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْاۖوَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَاۤءً فَاَ لَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهٖۤ اِخْوَانًاۚوَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَاۗكَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَـكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Definasi tali dalam al Quran juga terkandung di firman Allah

Al Haj ayat 78
...Dan berpeganglah kamu pada tali agama Allah. Dia adalah pelindunmu dan Dia sebaik baik penolong.

Apakah yg kita faham ttg tali??
Ianya sesuatu yg di gunakan bagi kita hendak mengikat sesuatu...

Dan Allah juga menghulurkan tali Nya kepada setiap hambanya utk Dia mengikat Hamba hambanya kepada yg ingin Taat dan patuh kepada Nya. Sesuatu yg dapat menyelamatkan diri dari azab api neraka... Sesuatu yg kukuh dalam menghubungkan manusia dengan pencipta...

Solat adalah salah satu perbuatan dalam bentuk ibadah yg di zahirkan. Ia juga dapat menghubungkan kepada Allah... Namun belum pasti terikat... Krn ancaman Allah kpd org yg lalai dalam solatnya juga amat mengerikan... Dan masih lagi ada di mana solat kita tidak mencegah diri kita pun dari perbuatan keji dan mungkar...

Justeru itu... Apakah yg di panggil tali ini sebenarnya....
Sesuatu yg jelas.. Sesuatu yg ada.. Sesuatu yg nyata.....

Al Quran..

Kita sebagai manusia yg hidup di atas bumi ciptaan Nya haruslah ber al Quran.

Ber al Quran itulah tali yg dapat mermyimpul kita kepada Allah.... Setiap detik setiap masa.. Dalam. Penuh kesedaran dan ketaatan itulah ikatan yg kukuh dalam kita melaksanakan segala perintah..

Maka pelajari dan fahami lah kehendak dan mahunya Allah itu dgn buku panduan yg telah di wahyukan kepada kita semua...

Alhamdulillah...

Merdeka

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur