Tips Anak Cemerlang

Tips Anak Cemerlang

Share

[ Home Tuisyen ]

Tingkatkan prestasi akademik anak anda dengan tumpuan, bimbingan serta tunjuk aja

27/09/2014

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.

Mobile uploads 24/09/2014

[ TUMPUAN & BIMBINGAN 100% TERUS PD ANAK ANDA ]

---> HOME TUITION

Mobile uploads 24/09/2014

5 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.

Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau..Jom semak 5 cara terhebat memotivasikan diri sendiri seperti di bawah.

Kita sebagai manusia memang dah jadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.

Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Berikut adalah 10 cara terhebat yang anda boleh cuba.

"Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga - sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari" Zig Ziglar

1. Vision Board Anda

Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai, carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.

Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.

2. Tulis Impian Anda SETIAP HARI

Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Ramai dah tahu macamana nak tulis target, dan dah ada target pun. Tetapi terdapat satu cara paling menarik yang boleh buatkan anda sentiasa termotivasi.

Apa yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.

Anda telah mengambil langkah pertama untuk tekad nak capai juga target anda bila anda tulis ia di atas kertas. Jika anda bangun tidur terus tulis target yang nak capai dan terus fikir bagaimana nak capai, boleh bayangkan tak betapa hebatnya kesannya nanti?

3. Gunakan Sistem Hadiah

Guna Hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini, anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain.

Bila guna strategi ini, anda dah set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri. Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.

4. Kisah Inspirasi Orang lain

Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri. Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung termotivasi.

Jika anda tidak s**a membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan. Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.

5. Fokus dengan apa yang anda fikir.

Apa yang anda sentiasa fikirkan sepanjang masa? Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk capai apa sahaja yang kita nak dalam hidup. Ia bergantung bagaimana anda guna ia. Jika anda fikir pasal benda positif, benda positif akan datang kepada anda. Sebaliknya, jika anda fikir susahnya dan nasib anda yang teruk, minda anda akan cari jalan nak buktikan benarkah anda bernasib malang.

Jadi, bagaimana anda guna minda untuk kekal termotivasi? Jawapannya mudah, tapi mungkin susah nak apply pada peringkat awal sebab anda tak terbiasa lagi. Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.

Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita nak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak. Fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ye, minda kita lah yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.

24/09/2014

SOALAN sering ditanya saya setiap kali program motivasi ialah bagaimana mahu menjadikan anak-anak rajin belajar? Ibu bapa pasti gembira apabila anak p**ang dengan keputusan peperiksaan cemerlang, kerja sekolah disiapkan tanpa perlu disuruh dan rajin mengulang kaji pelajaran.

Namun, melahirkan anak bersikap begitu adalah s**ar. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak, tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah.

Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka.

21/09/2014

Kelas Tuisyen Persendirian / Private Tuition adalah sesi pembelajaran yang melibatkan seorang hingga dua orang pelajar sahaja berserta seorang guru. Ini bermakna, guru tersebut akan berdepan dengan mereka sahaja sepanjang sesi pembelajaran berlansung. Berbeza dengan kelas tuisyen biasa.

20/09/2014

Tips berkesan untuk merangsang minda si kecil....

Bawa mereka melancong, beri perhatian kepada perbualan dan sediakan bahan bacaan
3 TIPS MERANGSANG MINDA ANAK- biarkan anak bertanya itu dan ini... Ini adalah proses pembelajaran melalui pemerhatian mereka

Sesuai dengan naluri ingin tahu yang tinggi, seawal usia tiga atau empat tahun, anda boleh mengesan daya intelektual anak-anak. Dia akan mula bertanya mengapa begitu, mengapa begini dan bermacam soalan lagi sehingga kadang kala membuatkan ibu ayah pening kepala mencari jawapan.

Jangan cepat naik angin apabila berhadapan dengan anak-anak yang s**a bertanya. Sebenarnya mereka sedang merangsang perkembangan otak yang cerdas untuk berfikir. Anda seharusnya memainkan peranan membantu anak-anak terus kreatif berfikir.

Berikut, 3 Tips yang boleh anda lakukan untuk merangsang daya fikir serta kreativiti anak-anak anda.

1. Bawa Mereka Melancong / Bersiar-siar

Membawa mereka melawat tempat-tempat menarik dengan tujuan memberi pendedahan berbeza. Dengan cara ini, fikiran anak-anak lebih terbuka, minda lebih terangsang dan pendedahan yang luas lebih memberikan pengalaman kepada mereka.

2. Berikan Bahan Bacaan

Pembacaan bahan bacaan tidak pernah gagal memberikan pelbagai info dan maklumat berguna. Selain membacakan untuk anak-anak, sesekali biarkan mereka membaca sendiri bahan bacaan yang mereka minat (dengan bantuan ibu bapa).

3. Beri Perhatian Dan Jawab Soalan Mereka

Beri perhatian jika anak-anak bertanya soalan kerana ini dapat membantu membentuk keyakinan diri mereka untuk bertanya jika tidak faham sesuatu perkara. Kerap berbual dengan anak juga boleh menggalakkan rangsangan kepada mindanya. Ini kerana pada usia bawah enam tahun, otak kanak-kanak mampu menampung segala maklumat yang diterima dan dipelajari.

Usah pandang rendah pada daya intelektual anak-anak. Mereka seharusnya diberikan dorongan dan rangsangan dan bukan dikawal dan dihalang. Sekiranya kanak-kanak terus diberikan galakan meneruskan minat mereka, kanak-kanak ini akan lebih cepat mencapai tahap perkembangan masing-masing.

Mobile uploads 17/09/2014

[TIPS PEMAKANAN UNTUK OTAK YG CERDAS]

☆☆SHAREKAN INFO INI JIKA ANDA RASA IANYA BERMANFAAT☆☆

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

*Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam

*Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

*Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

*Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

*Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

*Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Photos from Tips Anak Cemerlang's post 17/09/2014

[ PRIVATE HOME TUITION ]

Tingkatkan prestasi akademik anak anda dengan tumpuan, bimbingan serta tunjuk ajar dari kami.

Dapatkan pakej 6 bulan + 1 bulan percuma serta keistimewaan yang lain.

Like, Share & Komen " SAYA NAK "

UPSR / PT3 / SPM

17/09/2014

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka dengan kaedah "ses**a hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.

Contohnya seperti....
"Diam sikit boleh tak? Bising lah!"... Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan "kenapa?" & "mengapa?", kerana pada peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara.

Contoh lain....

Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. "Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"... ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu "mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila makan, mesti kena habiskan!"

Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?

Photos 17/09/2014

Cabaran Didik Anak di Hujung Usia Dunia.
=================================

Yahudi mendidik anak mereka dengan penuh kemewahan dan pembaziran. Mereka juga didik anak tanpa segan silu dan tidak ada rasa malu.
Nasrani p**a mengajar anaknya bertentanggan dengan fitrah kemanusiaan.
Majusi p**a mendidik anak mereka dengan sifat s**a memberontak.

Masalah dihujung abad seharusnya ditangani oleh ibu bapa sebaik mungkin kerana di tangan mereka terdapat berus pencorak kain si anak. Walaupun tidak menjadi Nasrani, Yahudi atau Majusi tetapi sesungguhnya telah ramai daripada kita telah mengikut jejak langkah Nasrani, Yahudi dan Majusi tadi.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari).

17/09/2014

BM Pemahaman MUDAH?

Fikir semula ya......
Bagaimana hendak ajar anak BM Pemahaman ?

~ Pn Mimi Bakri (ahli group Ibubapa Terbaik [Anak Lahir 2003])

Jawapan saya :
--------------------
BM Pemahaman
=============
1. Bird's Eye View
2. Teknik Tick Atau Underline (TAU)
3. Teknik Singkir
4. Teknik Komponen
5. Teknik KGND
6. Teknik Tunjuk Sumber

dan macam2 lagi

Di atas semua tu teknik saya sendiri. Mungkin ada yang serupa dgn cikgu2 di luar sana. Kalau ada pun hanyalah kebetulan. Ilmu itu datangnya dari Allah jua.

Apapun, kesimp**annya, BM Pemahaman TIDAK semudah yang anak2 kita sangka. Tidak semudah yang kita sangka.

Paling penting, BM juga adalah subjek MEMBACA!!!!

17/09/2014

Anak umpama permata kerana anak adalah zuriat penyambung keturunan dalam sesebuah keluarga. Anak juga bukan sekadar menjadi penyeri kepada sesebuah kehidupan di dalam keluarga tetapi amanah Allah untuk manusia. Di dalam jiwa anak perlu ditamankan nilai-nilai dan ilmu agama agar menjadi rahmat di alam akhirat nanti.

Pepatah Arab menyebut 'mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air'. Renung-renungkanlah.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Kuala Lumpur