Misi Bantu Sekolah - MBS

Misi Bantu Sekolah - MBS

Share

Kami kump**an Makaud berusaha yang terbaik dalam membantu warga sekolah - pelajar, guru dan staf yang memerlukan bantuan

Misi Bantu Sekolah (MBS) merupakan program khidmat komuniti anjuran Alumni Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin sesi 9600. Program ini melibatkan dalam memberi bantuan kepada warga sekolah yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bantuan seperti ilmu pendidikan, barangan dan keperluan sekolah di samping meraikan golongan sasaran

02/03/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Freemarket anjuran Misi Bantu Sekolah - MBS dan Kembara Insani kembaliπŸ‘‹

Jemputan untuk menyertai Edisi Ramadhan Syawal 1446H.

Para penyumbang dijemput untuk sama-sama menyumbang apa sahaja barang/makanan atau perkhidmatan secara percuma.

Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di poster 😊

Jumpa nanti!

Photos from Misi Bantu Sekolah - MBS's post 29/06/2024

Alhamdulillah ~ telah dijalankan pada Sabtu 29 Jun 2024 bertempat di Surau Jumaat Al-Jam'iyyah Jalan Air Panas, Setapak.

Terima kasih para sukarelawan dari kalangan penduduk setempat, AJK surau dan juga para penyumbang yang sudi meluangkan masa datang dan menyantuni para penerima.

Mohon maaf di atas segala kekurangan dari kami pihak penganjur, insyaAllah kita bertemu lagi di yang akan datang 😊

28/06/2024

Final call untuk Freemarket Setapak esok πŸ‘‹

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Mencari penyumbang untuk Surau Al Jam'iyyah, Setapak. - Sabtu 29 Jun 2024.

Penyumbang digalakkan membawa meja / tikar atau penyangkut baju untk meletakkan barang-barang dibawa.

Untuk mendaftar sebagai penyumbang atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh PM atau whatsapp 0132010300. Para penyumbang akan saya masukkan dalam whatsapp group penyumbang untuk memudahkan sebarang komunikasi maklumat.

Jumpa di sana! 😊

20/01/2024

Program kami seterusnya di Pulau Pantai Baru, insyaAllah.

Untuk yang berminat menyertai kami sebagai sukarelawan, boleh berhubung dengan team MBS 😊

Photos from Misi Bantu Sekolah - MBS's post 17/04/2023

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sumbangan telahpun diberikan kepada penerima bagi program Infaq Ramadhan anjuran PPKI SK Bukit Minyak. Penerima merupakan keluarga anak syurga asnaf di mana sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga dalam persediaan menyambut Syawal. Tidak dilupakan hadiah cenderahati turut diberikan untuk guru-guru PPKI yang telah banyak berjasa mendidik anak-anak syurga SK Bukit Minyak yang pastinya sangat mencabar.

Terima kasih kepada penyumbang yang telah membantu kami dalam menyediakan bakul sumbangan untuk mereka. Semoga kebajikan ini mendapat keredhaan Allah dan asbab kebaikan kita semua.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut ketibaan Syawal 1444H.


#9600

Photos from Misi Bantu Sekolah - MBS's post 05/03/2023

Sukarelawan dan mentor kerjaya

Photos from Misi Bantu Sekolah - MBS's post 05/03/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Misi kali ini dengan mengumpulkan seramai 21 penerima sekolah menengah dan 29 penerima sekolah rendah dari sekitar Kuala Lumpur.

Bertempat di PPR Desa Rejang selaku tuan rumah, pihak telah menyumbangkan set alatulis untuk para penerima dan tambahan pensel warna untuk penerima sekolah rendah.

Seterusnya, sesi untuk pelajar sekolah menengah turut diadakan dengan menampilkan 10 orang mentor kerjaya dari pelbagai bidang untuk sesi bual santai 1-1 bersama pelajar yang hadir. Sesi ini dijalankan dalam kump**an kecil untuk memberi peluang bagi setiap pelajar bertanya dan meneroka laluan yang ada untuk setiap individu.

Manakala untuk pelajar sekolah rendah p**a, aktiviti dan telah dijalankan untuk mereka yang hadir.

Disebalik kekangan masa yang ada, diharapkan setiap yang hadir memperoleh manfaat dan gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Ribuan terima kasih kepada penganjur utama, yang sekali lagi sudi menjemput kami untuk berkolaborasi.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua penyumbang yang telah menaruh kepercayaan kepada pihak kami untuk menyampaikan amanah anda. Tidak lupa kepada para sukarelawan dan mentor-mentor kerjaya yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini.

Sehingga bertemu lagi di program akan datang, terima kasih sekali lagi 😊

Photos from Misi Bantu Sekolah - MBS's post 25/02/2023

Alhamdulillah ~ satu lagi program kecil dapat kami jalankan bersama sekump**an 16 pelajar sekolah rendah di Pusat Internet Komuniti, PPR Desa Rejang yang dikelolakan oleh Cikgu Rosnaini Saidan.

Melalui kelas ini, para pelajar telah didedahkan dengan pengetahuan asas tentang komputer dan cara penggunaan alatan komputer yang tersedia.

Didapati kebanyakan dari mereka yang hadir masih kurang yakin dalam menggunakan komputer kerana tidak biasa, malah ada yang tidak pernah menggunakan alatan komputer sebelum ini.

InsyaAllah, kami berharap dapat meneruskan kelas ini di masa akan datang supaya para pelajar ini tidak ketinggalan dalam arus kemajuan semasa.

Selepas sesi kelas komputer tersebut, kami turut meluangkan masa satu jam untuk para pelajar membina LEGO mengikut kreativiti masing-masing. Setiap kump**an kemudiannya diberi peluang untuk membentangkan hasil binaan mereka dan diadili oleh kawan-kawan yang lain.

Di akhir kelas, setiap pelajar diberikan set KFC Snack Plate untuk dibawa p**ang. Ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan senyuman kepada para pelajar kami hari ini.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Jalan Ayer Panas Setapak
Kuala Lumpur
53200