Jabatan Siasah Syar'iyyah APIUM

Jabatan Siasah Syar'iyyah APIUM

Share

Bidang Pengajian Syariah yang merangkumi aspek Pentadbiran Islam, Pengurusan Islam dan Sistem Politik Islam.

13/08/2024

Barangsiapa membaca sejarah
Tidak akan ada rasa putus asa dalam hatinya selamanya
Nescaya akan melihat dunia ini yang masanya digilirkan oleh Allah
Orang kaya akan menjadi miskin
Orang miskin akan menjadi kaya
Orang yang semalam lemah, akan menjadi orang kuat hari ini
Penguasa yang semalam, akan akan menjadi pencundang hari ini
Hakim akan menjadi orang tertuduh
Pemenang akan menjadi orang kalah
Planet terus berputar dan kehidupan tidak pernah berhenti
Peristiwa akan terus silih berganti
Umat manusia silih berganti menduduki kursi kekuasaan
Tiada kesedihan yang berterusan dan tiada kesenangan yang abadi
(Dr Mustafa Mahmud - Sejarawan Arab)

23/07/2021

Assalamualaikum wbt

Ybhg Dr Bharudin Che Pa, Pensyarah di Jabatan Siyasah Syariah, APIUM telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh jam 5.15 pagi tadi, Jumaat 23 Julai 2021 (13 Zulhijjah 1442H)

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Semoga Dr Bharuddin Che Pa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin ya rabb🤲🏻

Photos from Jabatan Siasah Syar'iyyah APIUM's post 02/03/2020

Siri Bicara Siasah, Governan & Kualiti 2020

Tajuk: Memahami Kepentingan dan Keperluan Masa Depan Bidang Ilmu Siasah Syar'iyyah dan Governan

Penceramah: Prof. Dr. Ishomuddin Sulaiman Ilyas
(Universiti Muhammadiyah, Malang, Indonesia)

26 Februari (Rabu) | 2.30 petang - 5.00 petang |The Cube, APIUM

Photos from Jabatan Siasah Syar'iyyah APIUM's post 02/03/2020

Perbincangan bersama Pelajar Berkaitan Usaha Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Jabatan Siasah Syar'iyyah

Terima kasih diucapkan kepada penilai luar, Prof. Dr. Ishomuddin Sulaiman Ilyas dan para pelajar JSS yang terlibat dalam aktiviti maklum balas ini. Semoga dengan input yang diperolehi, Jabatan Siasah Syar'iyyah dapat menambah baik segala aspek seperti struktur silibus dan fasiliti di jabatan.

21/02/2020

.SIRI BICARA SIASAH, GOVERNAN & KUALITI 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jabatan Siasah Syar'iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Lajnah Siasah Syar'iyyah (LASIS) akan mengadakan Siri Bicara Siasah, Governan & Kualiti 2020 siri yang ke-6 yang bertajuk:

'MEMAHAMI KEPENTINGAN & KEPERLUAN MASA DEPAN BIDANG ILMU SIASAH SYAR'IYYAH & GOVERNAN'

yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Ishomuddin Sulaiman Ilyas yang merupakan Ketua Program Studi Doktor Ilmu Sosial & Ilmu Politik di Universiti Muhammadiyah, Malang, Indonesia.

Program ini akan diadakan pada butiran yang berikut:

📌 Tarikh: 26 Februari 2020
📌 Hari: Rabu
📌 Masa: 2.30 pm - 5.00 pm
📌 Tempat: The Cube, APIUM

Penyertaan adalah percuma. Semua dijemput hadir.

Jika berminat, boleh mendaftarkan diri anda di sini:
https://forms.gle/Th217EhzPJ7Y9d4n6




Ikuti Kami Juga Di :

Facebook:
https://m.facebook.com/LasisApium/
Instagram:
https://www.instagram.com/lasisofficial/

13/11/2019

| PROGRAM MEJA BULAT |

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: ANTARA PRINSIP DAN REALITI SEMASA

Ahli Panel :

Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Bin Wan Husain

Datuk Salehuddin Bin Saidin

Dr.Mohamad Zaidi Bin Abd Rahman(Pensyarah Kanan Jabatan Siasah Syar'iyyah APIUM)

Tun Ahmad Fairuz (Bekas Ketua Hakim Negara )

Tarikh:14 November 2019
Masa: 9:00 AM - 1:00 PM
Tempat: Cube Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Photos from Jabatan Siasah Syar'iyyah APIUM's post 15/10/2018

Tahniah atas perlantikan Prof Datin Dr. Raihanah sebagai pengarah APIUM.
Jutaan terima kasih & penghargaan kepada Prof. Dato' Dr. Zulkifli Yusoff atas kepimpinan suri teladan.
Juga tidak lupa dua penggal saya berada dalam barisan kepimpinan APIUM mengendali Jabatan dengan bantuan dan sokongan Prof Dato'.
Moga APIUM terus maju juga JSS yang bakal menerima KJ baru seusai cuti sabatikal bermula.

Freshies JSS 2018/2019 07/09/2018

Pelajar-Pelajar baru Jabatan Siasah Syar'iyyah bagi sesi 2018-2019

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Kuala Lumpur
50603