17/08/2026
๐๐ง๐๐ ๐ง๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ช๐ ๐ก๐๐ฅ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ๐จ : ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐
๐๐๐๐๐ก๐, ๐ญ๐ณ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ TVETMARA Ledang hari ini membawa naratif baru apabila Dialysis Technical Excellence Centre (DTEC), pusat dialisis pertama dalam ekosistem MARA secara rasmi memulakan pengoperasiannya
Penubuhan DTEC bukan sekadar memperkukuh peranan TVETMARA sebagai institusi pendidikan dan pembangunan bakat, malah memperluas sumbangannya kepada masyarakat melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan. Inisiatif ini direalisasikan menerusi kerjasama strategik antara TVETMARA Ledang, Foresight Industries Sdn. Bhd. (FISB) dan Gedung Penawar Sdn. Bhd. (GPSB)
Sinergi antara institusi TVET dan pemain industri ini menggabungkan kekuatan pendidikan dan latihan teknikal MARA dengan kepakaran industri dalam bidang teknologi perubatan serta perkhidmatan hemodialisis. Kerjasama berimpak tinggi ini sekali gus membuka ruang kepada penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, di samping memperluas akses rawatan kepada komuniti setempat
Lebih istimewa, DTEC bukan sekadar sebuah pusat rawatan hemodialisis, tetapi turut berfungsi sebagai Teaching Factory yang menyediakan persekitaran pembelajaran berasaskan industri sebenar kepada pelajar dan pensyarah TVETMARA
Melalui pendekatan ini, pelajar berpeluang memperoleh pengalaman secara langsung dalam pelbagai aspek operasi dan pengurusan fasiliti hemodialisis, termasuk operasi klinikal, pengendalian serta penyelenggaraan mesin hemodialisis, sistem rawatan air, penyelesaian masalah (troubleshooting), aspek keselamatan dan pematuhan terhadap piawaian peranti perubatan
Kerjasama strategik bersama FISB dan GPSB turut membuka peluang lebih luas dalam perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi, latihan industri, penyelidikan dan pembangunan (R&D), penerokaan peluang keusahawanan serta pembangunan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri kesihatan
Pengoperasian DTEC menjadi bukti komitmen berterusan MARA dalam memperkasa ekosistem TVET melalui pendekatan pendidikan, industri dan komuniti yang saling melengkapi. Lebih daripada melahirkan graduan berkemahiran, TVETMARA terus berusaha membentuk graduan Hi-TVET yang kompeten, berdaya saing, berinovasi dan benar-benar bersedia memenuhi tuntutan industri serta keperluan negara
DTEC TVETMARA Ledang bukan sekadar melahirkan tenaga mahir, tetapi menghubungkan ilmu, teknologi, industri dan khidmat kepada masyarakat