Intaha Fans

Intaha Fans

Share

Welcome to 1st Official page Intaha Fans

09/09/2022

Dikisahkan bahawa pada malam sebelum Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dibunuh, baginda telah memanggil anak laksamana yang bernama Encik Pong[1] untuk mengurut kakinya.

Menjelang subuh, baginda menjadi semakin ghairah sehingga terpancut maninya di atas tikar lalu baginda meminta supaya Encik Pong menelan maninya itu agar mengandungkan keturunan Iskandar Zulkarnain.

Kandungan Encik Pong itu dirahsiakan kerana bimbang beliau akan dibunuh oleh orang yang berkepentingan kepada kuasa politik di Johor.

Selepas melahirkan Raja Kechil, laksamana telah menyerahkannya kepada ketua Orang Selat di Singapura lalu diserahkan p**a kepada Temenggung Muar.

Semasa Raja Kechil berusia 7 tahun, beliau telah dibawa oleh Temenggung Muar ke Johor. Pada usia yang masih kecil itu, Raja Kechil sudah pun gemar bermain di kawasan makam Sultan Mahmud.

Ajaibnya p**a, budak-budak yang makan rumput di kubur Sultan Mahmud akan muntah darah namun sebaliknya yang berlaku kepada Raja Kechil. Akhirnya, kewujudan Raja Kechil itu diketahui oleh Raja Muda Riau dan baginda meminta supaya Raja Kechil datang mengadap.

Oleh kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku maka laksamana telah menyerahkan Raja Kechil kepada Nakhoda Malin dari Minangkabau supaya menjaga Raja Kechil. Nakhoda Malin kemudiannya telah membawa Raja Kechil kepada Raja Pagarruyung Yam Tuan Sakti. Raja Kechil kemudiannya telah dijaga bagai anak kandung sendiri oleh ibunda Yam Tuan Sakti iaitu Puteri Jamilan.

[1] Beliau dikatakan gundik kepada Sultan Mahmud.

Oleh: Seri Cendekiawan (Abdullah Sidek)

---

Kisah hidup Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ini dikupas dengan sangat mendalam buku kami, TASJIL ANIS SALALATIN II: RAHSIA AGUNG JOHOR. Boleh beli di webstore kami di: http://bit.ly/PraTempahRahsiaAgung

05/07/2021
19/06/2021
29/05/2021
26/05/2021
Photos from Intaha Fans's post 26/05/2021
Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kuala Lumpur