APEL Centre UTM

APEL Centre UTM

Share

Akreditasi pengalaman pembelajaran terdahulu (Accreditation of prior experiential learning)

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian

05/05/2026

📢 MAKLUMAN CUTI UMUM 2026 🇲🇾

Kerajaan telah menetapkan tarikh cuti umum seperti berikut:

📅 31 Mei 2026 (Ahad) – Hari Wesak
📅 1 Jun 2026 (Isnin) – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (cuti wajib berbayar & tidak boleh diganti)

📌 Perhatian:
✔️ Jika Hari Wesak jatuh pada hari rehat (Ahad), maka 2 Jun 2026 (Selasa) adalah cuti gantian
✔️ Hari Keputeraan YDPA adalah cuti wajib bagi pekerja sektor swasta
✔️ Bekerja pada cuti umum melayakkan pekerja menerima bayaran khas mengikut Akta Kerja 1955

💼 Pastikan majikan dan pekerja memahami hak masing-masing.

04/05/2026

04/05/2026

JELAJAH JERAYAWARA PUSAT APEL UTM KE FAKULTI SIRI 3/2026
FAKULTI : UTMSPACE
TARIKH : 04 MEI 2026 (ISNIN)

Alhamdulillah, Pusat APEL UTM telah meneruskan siri jelajah jerayawara ke fakulti bagi memperkukuh pemahaman dan kesedaran berkaitan pelaksanaan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) di Universiti Teknologi Malaysia.

Sesi kali ini telah berlangsung bersama warga UTMSPACE, dengan perkongsian berkaitan laluan kemasukan fleksibel melalui APEL, termasuk APEL.A, APEL.C dan APEL.Q, serta peranan fakulti dalam menyokong calon berpengalaman untuk melanjutkan pengajian secara formal.

Terima kasih diucapkan kepada pihak UTMSPACE atas kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi ini. Diharapkan usaha ini dapat memperluas akses pendidikan tinggi kepada lebih ramai golongan profesional dan masyarakat.

📌 APEL membuka peluang, pengalaman menjadi pengiktirafan!

30/04/2026
27/04/2026

Kursus Persediaan APEL.A

27/04/2026

Portfolio APEL.A bukan sekadar fail (file) – ia adalah pintu masuk ke universiti.
Jangan biarkan pengalaman anda terhenti kerana dokumen tidak lengkap.
Sertai Kursus Persediaan APEL.A Mei 2026 dan mulakan langkah dengan yakin.
📩 DM kami untuk daftar atau tanya lebih lanjut.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00