Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Laman facebook rasmi Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

21 Ogos 2026 / 8 Rabiulawal 1448HBacaan Yasin & Doa Selamat Khas, Bicara Ilmu dan JPWPKL Berselawat 1448H/ 2026M
21/08/2026

21 Ogos 2026 / 8 Rabiulawal 1448H
Bacaan Yasin & Doa Selamat Khas, Bicara Ilmu dan JPWPKL Berselawat 1448H/ 2026M

20 Ogos 2026 / SJKC Wangsa MajuSesi Libat Urus Jurulatih Utama dan Wakil Guru Pendidikan Islam SJKC / SJKT Wilayah Perse...
21/08/2026

20 Ogos 2026 / SJKC Wangsa Maju
Sesi Libat Urus Jurulatih Utama dan Wakil Guru Pendidikan Islam SJKC / SJKT Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026

18-19 Ogos 2026 / Bilik Mesyuarat Seri Duta JPWPKLSuntingan Karya Dai Pena Muda Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan...
19/08/2026

18-19 Ogos 2026 / Bilik Mesyuarat Seri Duta JPWPKL
Suntingan Karya Dai Pena Muda Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

✅ Suntingan diketuai oleh Ustz Ruhana Zaki dan Ust Hasbullah Bin Busera, Jurulatih Utama Kebangsaan dan Jurulatih Utama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
✅ Suntingan ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Yaakob Bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam JPWPKL

Terima kasih SSTP JPWPKL
16/08/2026

Terima kasih SSTP JPWPKL

SESI LIBAT URUS PROGRAM MUKHAYYAM ARABI DAN PEMBINAAN MODUL MUKHAYYAM ARABI PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA L...
16/08/2026

SESI LIBAT URUS PROGRAM MUKHAYYAM ARABI DAN PEMBINAAN MODUL MUKHAYYAM ARABI PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2026

📅 11 Ogos 2026
📍 Bilik Mesyuarat, SK Taman Koperasi Polis

Sesi Libat Urus Program Mukhayyam Arabi dan Pembinaan Modul Mukhayyam Arabi telah dilaksanakan di SK Taman Koperasi Polis sebagai sekolah pengelola, bagi menyelaras perancangan dan persediaan pelaksanaan Program Mukhayyam Arabi Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026.

Sesi ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Yaakob bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) SPI, En. Halimi bin Md Rasip, Guru Besar SK Taman Koperasi Polis, En. Hafiz bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah (KPP) SPI, Pegawai-Pegawai Sektor Pendidikan Islam serta Pegawai-Pegawai daripada PPD Bangsar Pudu dan PPD Sentul, Barisan Jurulatih Utama Bahasa Arab Sekolah Rendah dan Guru-guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam selaku jawatankuasa pelaksana.

Perbincangan memberi fokus kepada penyelarasan pelaksanaan program, pembahagian peranan dan tanggungjawab, persediaan sekolah pengelola serta pembinaan modul Mukhayyam Arabi yang lebih interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan murid.

Pembinaan modul turut menekankan aktiviti yang dapat memperkukuh mufradat, ibarah, hiwar dan kemahiran komunikasi Bahasa Arab melalui pendekatan pembelajaran yang aktif dan menarik.

Semoga sinergi dan komitmen semua pihak dapat memastikan Program Mukhayyam Arabi dilaksanakan dengan lancar serta memberi pengalaman pembelajaran Bahasa Arab yang bermakna kepada para peserta.

Bahasa Arab Diperkasa, Generasi Berbahasa Dibina.





Kem Pemantapan Sahsiah Generasi MADANI Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2026Tarikh : 7- 9 Ogos 2026Tempat ...
15/08/2026

Kem Pemantapan Sahsiah Generasi MADANI Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2026
Tarikh : 7- 9 Ogos 2026
Tempat : Pusat Kokurikulum Kem Tekali, Hulu Langat, Selangor
Penyertaan : 56 Orang Peserta, 8 Orang Guru Pengiring dari Kontinjen Kuala Lumpur
Ketua Kontinjen : Ust Misron Bin Ali

14 Ogos 2026 / SMK Puteri Wilayah PROGRAM CEGAH SEBELUM PARAH SIRI 8 / 2026Penganjuran Program Cegah Sebelum Parah 2026,...
15/08/2026

14 Ogos 2026 / SMK Puteri Wilayah

PROGRAM CEGAH SEBELUM PARAH SIRI 8 / 2026

Penganjuran Program Cegah Sebelum Parah 2026, satu inisiatif yang bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga kesihatan serta menjauhi gaya hidup berisiko yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik dan masalah sosial.

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPI JPWPKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan QSR Brands dalam usaha memperkasa kesedaran kesihatan dan pembangunan sahsiah pelajar khususnya murid Asrama JPWPKL

Antara pengisian utama program ialah sesi forum bertajuk “Barah Gaya Hidup Bebas” yang membincangkan realiti semasa berkaitan pengaruh gaya hidup bebas dalam kalangan remaja serta kesannya terhadap kesihatan fizikal, mental dan spiritual. Forum tersebut telah dikendalikan oleh moderator En. Mohammad Hanif Syakir bin Mohd Yusoop, Pegawai Masjid Jamek Alam Shah.

Forum ini menampilkan dua panel berpengalaman iaitu Dai Ahmad Fuad bin Mohamad Mokhtar selaku pendakwah bebas serta Dr. Danial Izzat bin Miphat, Pegawai Perubatan Unit Kesihatan Primer, Pejabat Kesihatan Titiwangsa. Perkongsian mereka telah memberi pendedahan yang sangat bermakna kepada para pelajar agar lebih berhati-hati dalam memilih cara hidup dan pergaulan.

15/08/2026

Address

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50604KUALALUMPUR

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60362046109

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category