27/11/2023
1. KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM
Hal ini kerana buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan sempurna ketika kita aktif di siang hari.
Maka alternatifnya buah pinggang melakukan tugas membuang bahan kumbahan dan toksin ketika kita tidur.
Disebabkan itu kita kerap bangun pada malam hari untuk membuang air kecil.
2. KENCING BERDARAH / KENCING KOTOR
Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien dan mineral.
Namun bagi pesakit buah pinggang, buah pinggang tidak dapat menapis dengan baik jadi ia menyebabkan darah keluar bersama-sama air kencing.
Sel darah merah juga akan berkurang akibat dari kebocoran buah pinggang rosak.
3. KENCING BERBUIH
Ini adalah kerana kebocoran protein Albumin akibat dari kerosakan penapis buah pinggang.
Bacaan air kencing akan diambil selama 24 jam untuk melihat bacaan protein dalam air kencing. jadi, kebocoran albumin ini menyebabkan kepekatan air kencing dan berbuih.
4. BADAN LEMAH DAN TIDAK BERTENAGA
DIsebabkan kebocoran darah pada buah pinggang dan berkurangnya sel darah merah dalam badan, maka ia memberi kesan kepada penghasilan hormon EPO.
Akibatnya, otak dan otot tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi. Sebabkan itu pesakit buah pinggang cepat letih.
5. BENGKAK PADA KAKI DAN MATA
Buah pinggang yang rosak tidak dapat menyingkirkan bahan kumbahan dan toksin dengan sempurna dalam darah.
Maka lebihan cecair dan garam sodium berkumpul di sendi-sendi dan sekaligus meningkat serta memberi tekanan kepada anggota badan tertentu maka diluaran kita dapat melihat kawasan tersebut bengkak.
6. KULIT KERING DAN GATAL-GATAL
Penyingkiran yang tidak sempurna bagi membuang toksin dan bahan kumbahan yang lain di buah pinggang yang rosak mengakibatkan bahan-bahan tersebut tersimpan di dalam darah.
Lama kelamaan bahan toksin itu keluar melalui kulit dan diluaran kita akan berasa kulit sangat gatal dan kering.
11/08/2023