26/08/2023
Nama Pelajar : Khatijah Binti Zaldy
No. Matrik : 262069
Tajuk : Rasuah Jawatan
Sumber : Berita Harian, 9 Disember 2020. “ Halang naik pangkat dan tukar punca penjawat awam “takut” Lapor Rasuah.
Pada masa kini, penyalahgunaan kuasa semakin berleluasa di dalam sesebuah organisasi. Masalah ini perlu di beri perhatian yang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan. Hal ini demikian kerana, Rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi dan merosakkan moral dan etika dalam kakitangan. Justeru, dapat memburukkan imej negara. Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dan tidak patut jatuh disebabkan “Rasuah”. Oleh itu, isu rasuah ini perlulah ditangani dengan segera untuk mengelakkan kesan buruk daripada berlaku.
Apakah pendapat anda tentang isu rasuah yang berlaku pada masa kini ? Sila nyatakan di ruangan komen di bawah.
Halang naik pangkat dan tukar, punca penjawat awam 'takut' lapor rasuah | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Halangan kenaikan pangkat, pertukaran dan gangguan dalam jadual pekerjaan, antara tekanan diberikan kepada penjawat awam yang melaporkan aktiviti rasuah dalam jabatan dan agensi kerajaan.
23/08/2023
𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 : 𝐍𝐨𝐨𝐫𝐡𝐢𝐬𝐡𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐩
𝐍𝐨. 𝐌𝐚𝐭𝐫𝐢𝐤 : 𝟐𝟔𝟎𝟕𝟓𝟑
𝐓𝐀𝐉𝐔𝐊 : 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 - “𝐁𝐎𝐍𝐔𝐒”
Petikan dari BH Online, Januari 2019
Rasuah atau politik wang menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini. Pihak SPRM bertungkus lumus bagi membendung gejala rasuah yang kritikil disetiap peringkat dan golongan. Tidak hairanlah jika masih ada kekeliruan antara “Ganjaran” “Bonus” mahupun “Hadiah”.
Pemberian “Bonus” bukan dari segi wang ringgit semata-mata akan tetapi penggunaan aset syarikat atau kerajaan untuk kepentingan tertentu.
Keliru antara rasuah, sumbangan | Berita Harian
ISU rasuah atau politik wang menjadi topik hangat mana-mana pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang kini berlangsung. Belum seminggu kempen, beberapa insiden didakwa berunsur rasuah sudah kedengaran.
21/08/2023
Nama pelajar : Affazuliaty Nony Binti Mohd Rusli
No. Matriks : 290917
Rasuah : Hadiah
📌Sumber dari youtube wawancara siri 64 Wacana Al-Quran live pada 14 Januari 2021.
Perbincangan bual bicara diantara panel dari SPRM dan panel-panel Wacana Al - Quran dalam membina solusi dari perspektif Islam dalam membendung seterusnya memutuskan rantaian penularan virus rasuah yang tiada vaksin berbanding virus covid. Ironinya amalan memberi dan menerima hadiah ini telah menjadi kebiasaan yang sangat meluas dalam masyarakat kini. Setiap individu haruslah lebih cakna dengan jelas antara pemberian ikhlas atau hadiah dan rasuah kerana ia bakal memberi implikasi yang sangat besar tanggungjawabnya untuk digalasi.
[SIRI 64 Wacana al-Quran] Virus Rasuah : Hadiah bawa padah
Penularan pandemik RASUAH jauh lebih berbahaya dan sukar untuk diubati. Hinanya rasuah kerana ia merosakkan keberkatan rezeku dan memusnahkan integriti diri....
21/08/2023
Nama Pelajar: Nurfadhilah Abd Nasir
No Matrik: 291108
Rasuah menggunakan "Wang"
📌Sumber dari Harian Metro bertarikh 31 Mac 2023
Putrajaya: Tubuh syarikat perniagaan antaranya bagi tujuan melakukan transaksi wang rasuah diberikan sindiket penyeludupan pendatang haram tanpa izin (Pati). Itu tindakan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertugas di Lapangan Terbang Tawau (LTT), Sabah yang ditahan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu. Sumber berkata, risikan pegawai SPRM mendapati suspek menggunakan akaun bank syarikat itu bagi mengaburi aktiviti transaksi wang haram diperolehi."Berdasarkan risikan mendapati suspek lelaki terbabit menggunakan tiga akaun bank bagi tujuan itu. Ia membabitkan akaun bank syarikat berkenaan, akaun simpanan peribadi miliknya serta akaun bank milik individu yang dilantik sebagai proksi.
Tubuh syarikat simpan wang suap | Harian Metro
Putrajaya: Tubuh syarikat perniagaan antaranya bagi tujuan melakukan transaksi wang rasuah diberikan sindiket penyeludupan pendatang haram tanpa izin (Pati).
21/08/2023
Nama Pelajar : Muhammad Faizal Idris
No Matrik : 290983
Rasuah : “Diskaun”
Sumber dari Berita Bernama pada 7 Oct 2022 sindiket rasuah “diskaun” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menahan 11 individu termasuk anggota polis dan penjawat awam kerana disyaki terlibat sindiket pengurangan saman trafik sejak 2016 sehingga kini melibatkan transaksi wang lebih RM5 juta.
Mereka yang ditahan ialah empat anggota polis, enam penjawat awam dan seorang orang awam masing-masing berusia 40-an hingga 50-an.
Sindiket diskaun saman trafik: Empat anggota polis antara 11 ditahan
: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 11 individu termasuk anggota polis dan penjawat awam kerana disyaki terlibat sindiket...
21/08/2023
Nama pelajar : Sarani Ravinthran
No matrik : 291117
Rasuah : “Upah”
Sumber dari Berita Harian Online🗞️6 December 2022📌
SHAH ALAM: Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia Bhd masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM26,000 bagi membantu mempercepatkan bayaran kepada sebuah syarikat, dua tahun lalu.
Bekas Ketua Pengurusan Kontrak dan Armada, Abdul Hadi Aziz Wong dan bekas Penolong Pengurus Operasi, Ruslin Sapari membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Abdul Hadi, 48, dan Ruslin, 54, yang bertugas di Bahagian Pengurusan Kenderaan Pos Malaysia, masing-masing didakwa dengan tiga dan dua pertuduhan secara rasuah menerima suapan untuk diri mereka iaitu wang berjumlah RM16,000 serta RM10,000 melalui pindahan dalam talian ke akaun bank milik kedua-dua lelaki itu daripada syarikat OnxOn Logistik Sdn Bhd sebagai “upah” melakukan perbuatan berkenaan.
2 bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah | Berita Harian
SHAH ALAM: Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia Bhd masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM26,000 bagi membantu mempercepatkan bayaran kepada sebuah syarikat, dua tahun lalu.