24/09/2025
Assalamualaikum Wbt,
Makluman Pengurusan Jenazah
Dengan penuh dukacita dimaklumkan, jadual pengurusan jenazah arwah ayahnda kami PPj. Kehormat (PA) Dato' (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdullah adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 25 September 2025
📍 Lokasi Utama: Masjid At-Taqwa, Taman Tun
https://maps.app.goo.gl/NA93QedYiMzeHLgK9
8.00 pagi (anggaran): Jenazah tiba di Masjid At-Taqwa
9.00 – 10.00 pagi (anggaran): Mandi & kafan jenazah
10.00 pagi – 12.00 tengah hari: Ziarah terakhir untuk keluarga, sahabat handai dan kenalan
1.08 tengah hari: Solat jenazah selepas solat Zuhur di Masjid At-Taqwa
📍 Pengebumian
1.30 tengah hari: Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 2
https://maps.app.goo.gl/WxjBXjrkwsA1Yces8
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 🤲
Peringatan Mesra
Bagi sahabat dan kenalan bukan Muslim yang ingin hadir ke masjid untuk memberi penghormatan terakhir, adalah dibenarkan. Hanya perlu menjaga adab pemakaian dengan berpakaian sopan (lelaki diwajibkan memakai seluar panjang, manakala wanita diminta mengelakkan pakaian yang terlalu singkat atau menjolok mata serta sebaiknya memakai tudung atau baju berlengan panjang).
Datin Aminah Lee
Datuk Wira Mustafa Chan
Datuk Muhammad Nik Chan
Puan Eliza Chan dan keluarga.