SAMPAH TERBANG - BCOMM SOCIETY

SAMPAH TERBANG - BCOMM SOCIETY

Share

Page ini bertujuan untuk membincangkan masalah pembuangan sampah secara terbuka di dalam kalangan penduduk Malaysia.

KUMPULAN 4 - Isu Kebersihan : Sampah terbang

15/01/2021

REPOST - POSTER SAMPAH TERBANG!

JOM RAMAI-RAMAI SHARE DAN LIKE PAGE KAMI ☺️☺️

Menjaga kebersihan amalan mulia.

Ungkapan yang sering kedengaran seawal usia kanak-kanak sejak di bangku sekolah. Namun ungkapan ini menjadi omongan kosong apabila semakin menginjak usia dewasa kita semakin leka dan tidak lagi mempedulikan kebersihan persekitaran. Ini kerana kita beranggapan ada petugas-petugas kebersihan yang bertanggungjawab membersihkan kawasan-kawasan di sekitar perumahan, tempat kerja dan tempat awam.

Angka dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mendedahkan, seorang rakyat Malaysia dianggarkan menghasilkan 1.17 kilogram sampah sehari pada tahun 2018, berbanding 0.8 kilogram pada 2005.

Turut dimaklumkan, peratusan sisa plastik direkodkan meningkat 20 peratus pada 2018 berbanding 44.5 peratus daripada keseluruhan jumlah sampah yang kebanyakannya adalah sisa makanan. Sisa plastik p**a sebanyak 13.2 peratus dan lampin pakai buang p**a sebanyak 12.1 peratus pada tahun 2005.

Lebih menyedihkan, kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk menangani sikap rakyat negara ini yang gemar membuang sampah secara melulu tanpa mempedulikan natijah yang akan diterima. Ini termasuk kesan terhadap kualiti kehidupan dan masa depan negara yang berisiko mendapat status negara sampah.

RM 200,000 sebulan yang dibelanjakan kerajaan untuk tempoh sebulan bagi membiayai tugas-tugas pengurusan sampah di kawasan tidak dibenarkan membuang sampah di sekitar ibu negara nyata tidak berbaloi. Sedangkan jumlah itu boleh digunakan untuk pembangunan jika rakyat lebih peka dan prihatin terhadap amalan pembuangan sampah yang betul.

Hakikatnya, menjaga kebersihan bukan terletak di bahu petugas kebersihan atau pihak kerajaan semata-mata sebaliknya perlu dipikul semua pihak.

Lebih penting, amalan kebersihan yang disemai dan dipupuk walau di mana saja kita berada adalah cerminan sikap dan mentaliti kita sendiri. Ini sekaligus berupaya menghindarkan kita dan generasi akan datang dari terdedah kepada penyakit yang berpunca daripada kekotoran yang kita lakukan.

Ingat, penyesalan esok tidak bermakna andai kita tidak bertindak hari ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



Editor: Margaret Gambang (274710)
Poster : Amrina Ahmad (274877)

15/01/2021

Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mempergiatkan kempen ‘anti-litter’ kepada orang awam khususnya pengguna kenderaan bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar serta mengubah minda masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan.

Ini adalah salah satu langkah untuk kita mengatasi masalah SAMPAH TERBANG dari tingkap kenderaan. Disini, ingin saya menyenaraikan langkah-langkah yang boleh dicontohi bagi menjaga kelastrian alam sekitar negara kita:

1. Sediakan plastik sampah kecil ATAU tong sampah khas untuk kenderaan di dalam kenderaan anda.

2. JIka anda seorang perokok, jangan lupa sediakan ash tray khas di dalam kenderaan anda.

3. Rajinkan diri anda untuk mengutip sampah-sampah seperti tisu, botol kosong, resit-resit lama, dan serpihan kertas yang bertaburan di dalam kereta dan mas**an ke dalam plastik atau tong sampah yang disediakan khas di dalam kenderaan anda.

4. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam kereta, hendaklah di buang dengan serta merta ke dalam tong sampah yang di sediakan di tempat awam. Ini agar mengelakan serangga perosak memasuki kenderaan anda.

5. Setelah plastik sampah anda penuh dengan sampah-sampah kering, boleh la anda membuang ke dalam tong sampah yang di sediakan di tempat awam seperti di stesen minyak, atau di mana-mana lokasi yang berhampiran anda.

INGAT!!!!! menguruskan sampah dan menjaga kebersihan adalah satu ibadah fardhu kifayah dan tanggungjawab kita bersama. Agar tip-tip ini dapat membantu anda dari pencemaran alam sekita negara kita.

Editor: Aqilah Binti Alwy - 274102

05/01/2021

Perangai orang Kita dan juga warga asing!

Hari berganti Hari,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun.Dan sikap bagi sesetengah penduduk masih ditakuk yang lama.Kejadian dan keadaan sampah seperti ini bukan sahaja baru terjadi di alaf 2000 tetapi sejak sekian lama lagi.

Sampai bilakah sesetengah lagi penduduk yang mana menjaga kebersihan harus berhadapan dengan situasi dan sikap penduduk yang sambil lewa Akan perkara berkaitan sampah sebegini.

Jika bercakap soal kesedaran,sudah banyak aktiviti dan projek kemasyarakatan yang telah lama dibuat bagi memberi kesedaran kepada penduduk di setiap tempat berkaitan dengan sampah dan juga cara mengitar semula sampah.Tetapi semua Itu tidak kekal lama,dan sikap perangai yang lama masih menahan dalam diri.

Adakah manusia-manusia sebegini hanya boleh diberi kesedaran secara lisan dengan berhemah atau pun sebaliknya?Tidak sesekali rugi jika sampah tersebut dibuang di dalam tong dengan sebaiknya.Secara tidak langsung Kita juga memudahkan para pekerja pengutip sampah melakukan kerja harian mereka.

Ada sepotong ayat yang berbunyi
'jika Kita tidak boleh menyenangkan orang lain,jangan p**a Kita menyusahkan nya,kelak perkara yang sama Akan terjadi pada Kita.Tidak lambat dan juga tidak cepat,tapi tepat pada masanya.

Kesedaran semuanya bermula dari dalam diri Kita.Oleh Itu,buang lah sampah secara berhemah,jika tidak mampu untuk mengikut kitaran nya,tetapi setidaknya buang di dalam tong yang disediakan,bukannya di luar tong.sekian,moga bermanfaat untuk Kita semua.Dunia bersih,penyakit tiada,Kita ceria.

Maisarah Jali
274235
Salah Satu kawasan sekitar Kuala Lumpur

02/01/2021

Mungkin ramai dikalangan anda pernah mengalami situasi sebegini, adakalanya terkejut berbaur sifat marah yang berkemungkinan menyebabkan segala sumpah seranah terkeluar dgn perilaku terus menerus secara memaki hamun.

Apapun yang berlaku tidak mengubah apa2 jika tidak melalui kesedaran akan rasa bertanggung jawab dalam menguruskan sisa dengan baik,ini kah sikap yang kita terapkan untuk generasi akan datang?

Walhal tindakan dengan memasukkn sampah kedalam tong yang disediakan tidaklah terlampau berat tapi berpunca dari sikap bersahaja dan mementingkan diri sekaligus mengenepikan aspek2 nilai moral dalam kehidupan komuniti yang sejahtera.

Ayuh bersama-sama kita mengambil langkah agar budaya amalan ini dapat segera dibendung sewajarnya agar masyarakat lebih peka dalam pengurusan sisa pepejal dengan lebih baik.

Langkah demi langkah yang diambil pihak berwajib demi kemudahan penduduk setempat, namun sikap endah tak endah sebeginilah membuahkan hasil yang kurang berkesan dan akhirnya menjejaskan pandangan serta menyebabkan rasa kurang selesa akibat pencemaran bau dan sisa yang bertaburan.

Oleh yang demikian pupuklah rasa tanggung jawab dalam diri melalui contoh yang terbaik yang mampu dizahirkan kepada generasi akan datang..negara bersih pengakit tersisih😷

Editor: AMIRULHALIF BIN MOHD MUSTAFA (274876)

02/01/2021

Bayangkan kalau xde superhero, kena kepala akak tu dah tentu bocor mambang 🤣🤣🤣

02/01/2021

2020 telah berlalu..tetapi dikalangan Kita masih lagi mempunyai sikap tidak bertanggungjwab membuang sampah dari tingkap luar rumah.

Sampai bilakah Kita harus mempunyai sikap yang sedemikian rupa.bukan sahaja menyusahkan penghuni lain,tetapi juga menyusahkan pekerja yang mengutip sampah.

Di tahun 2021 seharusnya dipupuk dengan nilai-nilai murni.jagalah kebersihan tempat dimana Kita tinggal.bukan sahaja untuk diri dan keluarga Kita bahkan untuk penduduk dan jiran di sekeliling Kita.

Kerana Kita bukan sahaja menjaga kebersihan,tetapi Kita juga hormat Akan alam yang dihuni.bumi kian nazak,dan Kita masih ambil mudah Akan perkara sebegini.dimana sikapmu?dimana akalmu?dimana hormatmu kepada alam?tepuk dada dan ambil sedikit masa untuk berfikir adakah betul tindakan yang kita lakukan........

Hazwan khairi
274266
Genting court condominium

31/12/2020

Menjaga kebersihan amalan mulia.

Ungkapan yang sering kedengaran seawal usia kanak-kanak sejak di bangku sekolah. Namun ungkapan ini menjadi omongan kosong apabila semakin menginjak usia dewasa kita semakin leka dan tidak lagi mempedulikan kebersihan persekitaran. Ini kerana kita beranggapan ada petugas-petugas kebersihan yang bertanggungjawab membersihkan kawasan-kawasan di sekitar perumahan, tempat kerja dan tempat awam.

Angka dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mendedahkan, seorang rakyat Malaysia dianggarkan menghasilkan 1.17 kilogram sampah sehari pada tahun 2018, berbanding 0.8 kilogram pada 2005.

Turut dimaklumkan, peratusan sisa plastik direkodkan meningkat 20 peratus pada 2018 berbanding 44.5 peratus daripada keseluruhan jumlah sampah yang kebanyakannya adalah sisa makanan. Sisa plastik p**a sebanyak 13.2 peratus dan lampin pakai buang p**a sebanyak 12.1 peratus pada tahun 2005.

Lebih menyedihkan, kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk menangani sikap rakyat negara ini yang gemar membuang sampah secara melulu tanpa mempedulikan natijah yang akan diterima. Ini termasuk kesan terhadap kualiti kehidupan dan masa depan negara yang berisiko mendapat status negara sampah.

RM 200,000 sebulan yang dibelanjakan kerajaan untuk tempoh sebulan bagi membiayai tugas-tugas pengurusan sampah di kawasan tidak dibenarkan membuang sampah di sekitar ibu negara nyata tidak berbaloi. Sedangkan jumlah itu boleh digunakan untuk pembangunan jika rakyat lebih peka dan prihatin terhadap amalan pembuangan sampah yang betul.

Hakikatnya, menjaga kebersihan bukan terletak di bahu petugas kebersihan atau pihak kerajaan semata-mata sebaliknya perlu dipikul semua pihak.

Lebih penting, amalan kebersihan yang disemai dan dipupuk walau di mana saja kita berada adalah cerminan sikap dan mentaliti kita sendiri. Ini sekaligus berupaya menghindarkan kita dan generasi akan datang dari terdedah kepada penyakit yang berpunca daripada kekotoran yang kita lakukan.

Ingat, penyesalan esok tidak bermakna andai kita tidak bertindak hari ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



Editor: Margaret Gambang (274710)
Poster : Amrina Ahmad (274877)

23/12/2020

walaupun tidak berlaku di Malaysia namun rata2 masyarakat luar juga turut mengecam keras tindakan yang tidak beretika, sekiranya anda s**ar untuk mematuhi sila elak berbuat demikian💁🏻‍♂️
bak kata pepatah kami buat anda tengok🤣

AMIRULHALIF BIN MOHD MUSTAFA (274876)
❗jangan lupa like dan share setiap perkongsian yang dimuat naik🆗️

22/12/2020

MASIH MAMPUKAH ANDA TERSENYUM?🤷‍♂️

Bayangkan hidup anda dihiasi dengan kepelbagaian sisa buangan ekoran dari rasa tidak bertanggung jawab sekaligus menyebabkan penyebaran wabak penyakit menular dek tingkah laku yang bersahaja dengan istilah 'tidak mengapa'.

Pengamalan budaya sebegini lah harus dikikis dalam masyarakat kita, ambil iktibar dengan apa yang berlaku di kebanyakan negara jiran yang kurang mementingkan pengurusan sisa pepejal dengan baik, kesannya kita yang menanggung.

Bagaimana nak atasi? Bermula dari kesedaran diri menerusi rasa penuh tanggung jawab dan cintakan akan kebersihan disulami nilai2 murni yang dipupuk lalu dikongsikan melalui perkongsian media dan mencontohi individu sekeliling dengan amalan menguruskan sisa pepejal ditempat yang sepatutnya.

Adakah cara ini berkesan? YA jawapannya, sekiranya ia bermula dari ANDA ! Pupuk dalam diri dgn mudah rasa bersalah sekiranya gagal menguruskan sisa dengan baik. Jika anda berjaya membentuk diri nescaya budaya yang baik ini mudah dicontohi dan seterusnya disegani segenap masyarakat disekeliling anda.Bermula lah rasa MALU nak buang sampah ikut s**a.

Apa adanya kebaikan menguruskan sisa buangan walaupun sehelai carekan kertas tisu atau hanya sebutir puntung rokok? Ya jika sekecil2 pun kita tidak mampu uruskan dengan mudah bagaimana budaya yang kita amalkan dengan sisa yang lebih besar? Mungkin 1001 alasan anda mampu berikan2🤔

Budayakan etika pengurusan sisa pepejal dgn baik,ia sangat bermanfaat dlm kehidupan individu, masyarakat dan dunia seterusnya.Anda bersih negara sihat renung-renungkan selamat beramal !!!🤭

AMIRULHALIF BIN MOHD MUSTAFA (274876)

22/12/2020

Jadi harini kita berkongsi lagi kesedaran kenapa "sampah" terjadi.

Tahukah anda bahawa-
INDUSTRI FESYEN ADALAH PENYUMBANG KEPADA PENCEMARAN TERBESAR SELEPAS MINYAK!

Rasanya sebab semua orang kena pakai baju, industri pakaian ni tersangatlah penting. Jujurnya, berapa kali korang beli baju setahun? Sekali? Dua kali? Atau setiap kali sale mesti belilah, rugilah p**ak, dah la murah, lawa p**ak tu kan? Tak salah pun nak bergaya kalau poket tebal, tapi mungkin dah sampai masa kita berpada-pada beli baju sebab industri ini bagi kesan yang sangat teruk untuk alam sekitar.

Sebab hakikatnya, setiap tahun 80 juta pakaian baru dihasilkan dan industri pakaian (baca: fesyen) ni ialah industri kedua paling cemarkan alam sekitar di dunia selepas industri minyak dan gas (O&G)! Eh kenapa p**ak jadi macam tu? Apa yang menyebabkan industri ni boleh cemarkan alam sekitar dengan sangat teruk?

Kita rasa pakaian yang murah menguntungkan kita, tapi sebenarnya tak.

Sebabnya mudah, kebanyakkan pakaian sekarang dibuat guna kain sintetik (polister, nylon, acrylic dan banyak lagi), dan semua kain sintetik ni dihasilkan daripada petroleum! Misalnya, pada tahun 2013 je, lebih dua per tiga pakaian dunia menggunakan kain sintetik. Jadi bila kita basuh pakaian yang guna kain sintetik ni, fabrik sintetik tu akan keluarkan partikel mikroplasik yang akhirnya akan masuk dalam kitaran makanan manusia.

Malah, kain kapas yang kita anggap semulajadi tu pun sebenarnya bagi kesan kat alam sekitar. Sebabnya, walaupun kapas hanya ditanam di 2.4% tanah dunia, proses penanaman kapas ni guna 10% bahan kimia dan 25% racun perosak daripada jumlah keseluruhan bahan kimia dan racun dunia. Malah korang bayangkan, untuk hasilkan hanya sepasang seluar jeans dan t-shirt saja pun, 5,000 galon air digunakan dan sisa air ni yang tercampur dengan pencuci, pewarna dan pelbagai jenis bahan kimia dilepaskan p**ak ke alam sekitar tanpa dirawat.

Fashionista-fashionista mesti tahu yang selama ni pereka fesyen akan keluarkan pakaian diorang ikut musim. Empat musim, jadi akan adalah empat rekaan terbaru. Tetapi sekarang dunia sedang dilanda musim “fast fashion”, pendek kata kalau dulu ada empat rekaan mengikut musim setahun, sekarang kita ada hampir 11-15 musim setahun!

“Fast fashion” ini ialah tren yang keluarkan pakaian murah secara besar-besaran ikut tren fesyen yang diperkenalkan jenama mewah yang mahal harganya. Eh eloklah tu, bukan semua orang mampu beli yang mahal! Mungkin ini yang korang fikir kan? Tapi setiap benda mesti ada sisi buruknya, dan dalam dunia “fast fashion” ni kesan buruknya sangat besar.

Kesan fast fashion ni bukan setakat pada alam sekitar tapi juga pada hak asasi pekerja negara miskin.

Kalau korang nak tahu kesan “fast fashion” ini dengan lebih lanjut, korang boleh cari dan tonton dokumentari “The True Cost” dan marilah kita bersama-sama berfikir banyak kali sebelum seronok beli baju baru dan tak peduli pun dari mana baju tu datang.
-sumber dari blog soscili.my

Contohnya orang buang sampah baju seperti imej dibawah ini yang dikongsikan oleh suatu kawasan jiran tetangga di fb.

Editor : Nur Hana Binti Ahmad Bakhra (274514)

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kuala Lumpur