Maahad Tahfiz Bustanul Quran

Maahad Tahfiz Bustanul Quran

Share

Melahirkan generasi insaniyah yang huffaz

26/05/2026

Semoga ALLAH SWT menerima segala amal soleh kita 🤲

23/04/2026

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Jom rebut peluang Ibadah Korban 1447H bersama Maahad Tahfiz Bustanul Quran.
📅 Tarikh : 13 Zulhijjah 1446 H / 30 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 8:00 pagi
📍 Tempat : Dewan Terbuka & Kawasan Lapang tepi MTBQ

💰 Pakej Korban Lembu :
🐄 RM850 / 1 bahagian
_(Termasuk kos pengurusan bagi setiap peserta)_

✨ Pengurusan berpengalaman
✨ Agihan kepada golongan memerlukan
✨ Mudah & dipercayai

⌛️ TEMPAT TERHAD
Klik / reply sekarang untuk tempahan penyertaan :
👉 http://wasap.my/60139911158/SayaNakKorban1447H
👉 http://wasap.my/60178815504/SayaNakKorban1447H
👉 http://wasap.my/60133795189/SayaNakKorban1447H

Photos from Maahad Tahfiz Bustanul Quran's post 23/04/2026

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH atas kesempatan yang sangat bermakna minggu lepas, para pelajar menyertai larian kesedaran autisme di sekitar Dataran Kuala Lumpur. Satu pengalaman yang bukan sahaja mencergaskan fizikal, tetapi juga membuka hati untuk lebih memahami dan menghargai insan-insan istimewa di sekeliling kita.

Sebelum itu, kami sempat singgah menunaikan solat tahajjud dan fardhu Subuh di Masjid Sultan Abdul Samad. Tenang dan penuh keberkatan, menjadi permulaan yang indah sebelum memulakan aktiviti.

Moga pengalaman ini menjadi asbab didikan jiwa buat para pelajar belajar tentang empati, kesyukuran, dan kebersamaan dalam masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI yang sudi menjemput kami. Semoga langkah kecil ini dinilai besar di sisi Allah 🤍


24/03/2026

Semoga ALLAH menerima segala amal soleh kita dalam bulan Ramadhan 🤲
Ya ALLAH, pertemukan kami dengan Ramadhan akan datang 🤲


23/03/2026

Semoga ALLAH menerima segala amal soleh kita dalam bulan Ramadhan dan sentiasa petunjuk dan kasih sayang ALLAH 🤲

18/02/2026

Semoga ALLAH berikan petunjuk kepada kita dalam bulan Ramadhan dan menerima segala amal soleh yang kita kerjakan 🤲

18/02/2026

Jom sama-sama kita amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk dibaca ketika awal Ramadhan dan bulan-bulan Islam yang lain



Photos from Maahad Tahfiz Bustanul Quran's post 23/12/2025

✨ MAJLIS APRESIASI & KECEMERLANGAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ BUSTANUL QURAN✨

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Pelajar MTBQ telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan kesyukuran.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Maahad,
Yang Berbahagia Datuk Haji Wan Mohamad Ghazali Bin Nor,
yang sudi meluangkan masa memberi sokongan dan amanat berharga buat para pelajar dan warga maahad. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan.

🌟 Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya, sama ada dalam hafazan, akademik mahupun sahsiah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus istiqamah dan beramal dengan al-Quran.

💙 Buat pelajar yang belum menerima anugerah, ketahuilah bahawa setiap usaha dan kesungguhan kalian tetap bernilai di sisi Allah. Teruskan berusaha, kerana kejayaan bukan hanya diukur dengan anugerah, tetapi dengan kesabaran dan istiqamah dalam menuntut ilmu.

🤝 Jutaan terima kasih diucapkan kepada:
• barisan pengurusan dan guru-guru,
• para kakitangan,
• ibu bapa serta penjaga,
• dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.

💖 Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para penyumbang dan dermawan khususnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, yang sentiasa menyokong perjuangan pendidikan tahfiz. Semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran berlipat ganda dan keberkatan rezeki.

Semoga MTBQ akan terus melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

📿 “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
— Hadis Riwayat al-Bukhari




Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

PPR Taman Wahyu, Batu 6 1/2 Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
52100