Belajo logha' Tghanung

Belajo logha' Tghanung

Share

Mempelajari loghat negeri Terengganu secara tepat

29/08/2024

Waktu kecik2 dulu, kalu main bola, oppo buat hal, timmate akan naik angin...
Di Tghanung, biasanya kita akan kata, "SLEK je!"
Adapun, perkataan SLEK itu adalah berasal dari perkataan SLIDE.

INDAHNYA loghat tghanung...

23/05/2023

DO'DANG
Merupakan perkataan yang berasal dari 2 perkataan, DO'(tidak) dan DANG(sempat). Do'dang sangat biasa didengar. Contoh apabila seseorang tertinggal bas, dan balik rumah jalan kaki.
Ibu : Ba'pe pulo' balek jallang kaki eh?
Anak : Do'dang naik bah ta'di...

Contoh 2:
A: Guane do' maghi smalang?
B: Do'dang jember..

11/05/2023

Kata Melayu untuk DO'GHO' ialah tak larat atau letih. Do'gho' eh aghining no' gi jogging. Tak laratnya nak pegi jogging hari ni.

08/05/2023

DO'LEH. Satu kata jawapan ringkas untuk semua perkara yang tidak boleh dilakukan atau tak dibenarkan.

Contoh soalan:
Buleh do' tulong ato baghang ning? = DO'LEH

Buleh masuk ke? = DO'LEH

Do'leh tebeng ning.

Nanti kita syarah dalam video..

DO'LEH... DO'LEH...

07/05/2023

BA'PE tiada kena mengena dengan Mbappe atau brand BAPE(Bathing Ape). Ba'pe membawa makna literal "kenapa".

Ba'pe mung jadi ginning?
Ba'pe do' bang?
Doh ba'pe!?

Nanti kita ulas dala LIVE hari Jumaat.

06/05/2023

BILLO ialah perkataan yang bermakna berbekas akibat dirotan. Rujuk gambar untuk contoh ayat.

04/05/2023

PIYA' adalah perbuatan merotan. Adapun rotan itu sendiri tidak boleh dikata piya'. Perkataan ini seperti banyak juga perkataan dialek Terengganu lain, mempunyai hujung berbunyi seperti huruf 'ain dalam arab. Cuma ia tidak terlalu kuat. Nanti kita akan bawa bukti dalam video tengahari nanti, insyaa ALlaah.

Aku piya' billow mung kang..
--Aku rotan berbekas kau nanti...

04/05/2023

NJA ialah satu kata kerja yang dalam bahasa Inggeris disebut kick. Bahasa Melayu setandard sebut sepak atau terajang. Perkataan sebenar NJA ini sehingga kini belum saya ketahui dari mana asalnya. Lihat contoh ayat di gambar.

"Eeeee, aku nja mung ni kang!"..
--"Eeeee, aku sepak kau karang!"..

02/05/2023

BEGHEH sangat popular di Terengganu. Dalam bahsa arab lebih kurang kata khalas. Adakala membawa makna baik atau ok(untuk menggambarkan situasi). Tidak digunakan untuk sifat seseorang. Contohnya menggambarkan perangai seseorang yang baik, kita tak kata begheh, kita guna 'jugh-ghuh"..

Contoh-contoh ayat:

1- Begheh bohh...
--Baiklah boss, anggap selesai perkara ni.

2- Guane gamo'? Begheh blake?
--Apa khabar? Semua ok?

3- Begheh do' agi khijje mareng?
--Dah selesai ke kerja semalam?

TIDAK BOLEH guna untuk sifat baik seseorang, contoh: "Beghehnya budak itu". Ayat ini sangat tak kena...

Indahkan? Jom Belajo logha' Tghanung!!

29/04/2023

GUANE boleh membawa makna macamana atau bagaimana. Sesetengah keadaan ia membawa makna kenapa.

Guane buleh jadi ginning?
-Macamana boleh jadi begini?

Guane dok sia' lagi khijje magheng?
-Kenapa belum siam kerja semalam?

Indahnya loghat Tghanung..
Bijok bohhh...

28/04/2023

HANYA dalam bahasa Melayu biasa sangat berlainan maknanya jika kita guna dalam loghat Terengganu. Di Terengganu atau Kelantan, hanya membawa erti berselerak. Contohnya seseorang baru kemas rumah, ada anak yang mula selerakkan semula barang. Jadi, hanya adalah kata kerja dalam kebanyakan keadaan.
"HANYA sokmo ghumoh, stgheh aku!" yang bermakna, "Sentiasa berselerak rumah ni, stress aku!"...

26/04/2023

PLEKONG mempunyai beberapa perkataan yang lebih kurang sama erti, tapi mungkin penggunaannya kena tepat pada ayat. Kata lain untuk plekong, ialah tago(TAR-GO), petong(PIR-TONK). Ada satu lagi perkataan, tapi tak datang pulak waktu tengah menaip ni. Nanti kalau ingat, kita letak dalam komen.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

24 Jalan Belangkas 2
Kuala Lumpur
55100