International Office UPNM

International Office UPNM

Share

Untuk menerajui dan meningkatkan dasar pengantarabangsaan ke tahap keunggulan global

Photos from International Office UPNM's post 13/12/2023

Sesi Libat Urus bersama Pihak Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan International Aero Training Academy Sdn. Bhd. telah diadakan pada 11 Disember 2023 (Isnin) bagi tujuan Lawatan Rasmi dan Validasi di IATAC, Melaka.

Sesi ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan persetujuan menandatangani Memorandum of Agreement (MoA) dan penyusunan kurikulum bagi program 2u1i.

Penglibatan: Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi (Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Lt Kol Hanif bin Zakaria (Bersara) (Penasihat Undang-Undang, Pejabat Naib Canselor), Prof. Madya Dr. Mohd Taufik bin Jusoh @ Tajudin (Dekan Fakulti Kejuruteraan), Prof. Madya Dr. Ku Zarina binti Ku Ahmad (Timbalan Dekan (Akademik dan Prasiswazah), Fakulti Kejuruteraan), Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Muhamad Azani bin Yahya (Pengarah, Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa), Lt. Kol. Prof. Madya Dr. S. Ananthan A/L Subramaniam (Bersara) (Pengarah NIEEd), Prof. Madya Dr. Muhamad Faiz bin Md Din (Pengarah Pusat Pembangunan Akademik), dan Puan Nur Shahrul Bariah binti Che Noh (Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa).

Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia




Photos from International Office UPNM's post 20/09/2023

Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa (PJAA) telah menerima jemputan untuk menyertai Program 'Metamorphosis Buddies Jamboree 2023' yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 13 September hingga 16 September 2023.

UKM telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Program 'Metamorphosis Buddies Jamboree 2023' dan membawa konsep METAMORPHOSIS dengan tema 'Transformasi Mencipta Evolusi'. Pelbagai akiviti menarik yang telah dijalankan termasuklah sesi perkongsian dan aktiviti bersama pakar bidang, 'tema bulding', aktiviti kebudayaan sertas asas tarian.

Objektif program ini adalah bagi memupuk graduan yang bersifat warga global dan berdaya saing, bersedia untuk masa hadapan dan pemimpin antarabangsa yang berpotensi. Ia juga dapat meningkatkan lagi kemahiran 'soft skills' graduan di samping memberi pendedahan untuk menjadi duta kepada para pelajar antarabangsa lain yang berminat untuk datang ke Malaysia.




Photos from International Office UPNM's post 29/08/2023

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Tahniah diucapkan di atas kejayaan memperoleh geran PENJANA KPT-PACE bagi tahun 2023 iaitu:

Nama Projek: 'Empowering Graduates with Power BI'
Ts. Dr. Syarifah Bahiyah Rahayu binti Syed Mansoor,
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP)

Nama Projek: Program Pensijilan Peningkatan Komunikasi dalam Bahasa Inggeris di Universiti Awam
Prof. Dr. Jowati binti Juhary,
Pusat Bahasa




Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Aras Bawah, Bangunan J***t, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sungai Besi
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:15