01/03/2025
Bismillah….
Marhaban Ya Ramadan 🌙
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي مِنْ رَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
Dikesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon ampun maaf andai ada terkasar, terguris, terkhilaf dan salah tutur kata.
Bersama meraih pahala berganda dan mengejar amal kebaikan. Mohon juga titipkan doa buat SS Simple-Shida ya! ☺️😉 ✨
Ramadan Kareem!
-SimpleShida-
27/01/2025
Bismillah!
Alhamdulillah!
Allahu Akbar!
Kali ke 3 🏆🏆🏆
Terima kasih Ya Allah atas rezekiMu,
Terima kasih mentor sifo Master Shiro Hasrul Roslan
Terima kasih MSGA, Team HQ
Master Shiro Global Academy
Terima kasih ahli keluarga,
Terima kasih semua yang mendoakan.
Apa rahsia?
Buat ja, jangan banyak soal selidik,
Buat ja, jangan banyak kajian penyelidikan,
Buat ja, jangan banyak alasan,
Buat ja, jangan malas.
Syukur alhamdulillah.
Jom cipta lebih banyak peluang.
Mari jadi penulis bersama kami😊
Jihad Ilmu. Jihad Ekonomi. Jihad Pendidikan.
-SS-
Founder InTouch Training & Consultancy
Founder Intouch Publication
Bengkel Tulis Ebook Master SS
MSGA Champion 2022,2023,2024 🏆
01/01/2025
SALAM 1 REJAB 1446
Selamat Tahun Baru Masihi 2025
Jom bersama terus melakar kejayaan,
Mencipta memori kehidupan terindah!
Projek Digital 2025
Tulis Terbit Ebook
www.intouchebook.com
10/07/2024
I have reached 500 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉
03/05/2024
Bismillah!
Impian tak kan tercapai andai hanya berangan,
Impian tak kan datang bergolek andai hanya merancang tak sudah,
Impian tak kan jadi jika bercakap omong kosong melata.
Merancang dengan apa di tangan,
Merancang dengan ikut kadar kemampuan,
Merancang dengan tahap yang boleh diukur,
Merancang lah dengan ikut munasabah.
Rancang dan bertindak dengan segala yang dirancang,
Paling penting adalah bertindak!
Ayuh! Jangan jadi orang yang s**a merancang tak sudah… tapi jadi lah insan yang dia cakap, dia buat dan dia bertindak✌️😄
-SS-
Founder InTouch Training & Consultancy
Intouch Publication
Bengkel Tulis Ebook Master SS
29/03/2024
Bismillah!
Potensi diri setiap dari kita berbeza.
Bakat kita juga berbeza.
Kemahiran setiap individu juga tak sama.
Alhamdulillah, jiwa dalam bidang “training” pada 2012 ditemukan dengan program Profesional Learning Facilitator (PLF), yang dikendalikan oleh Mohd Rizal Hassan.
Seronok berada dalam kalangan insan positif, bertemu dengan profesion tenaga pakar bidang.
Masa akan terus berlalu,
Orang akan datang dan pergi,
Bina ukhwah, bina networking,
Sinergi kepakaran dan sama-sama saling berkongsi ilmu dan support each other!
Hidup ini lebih indah jika sentiasa memberi,
Hidup ini lebih indah jika kita saling doa-mendoakan,
Teruskan berkongsi dalam hidup yang hanya sementara,
Kerna bila kita banyak memberi, insyaallah Allah akan tambahkan lagi cabang rezeki yang lain.
Say hi to all PLF 🙋♀️🙋♀️🙋♀️
-SS-
Founder InTouch Training & Consultancy
Intouch Publication
Bengkel Tulis Ebook Master SS
26/03/2024
Bismillah!
Bakat dan kemahiran setiap dari kita pastinya berbeza.
Bakat lahir ada yang semulajadi, disebabkan faktor keluarga, faktor sekeliling, minat dan passionnya di situ.
Kemahiran p**a sesuatu perkara baru atau sedia ada dalam diri yang dicungkil, diasah dan digilap
potensi itu agar ianya menyerlah dalam diri.
Contoh kemahiran bercakap, tak semua orang boleh bercakap di depan khalayak ramai.
Maka, dia perlu berlatih dan berlatih agar kemahiran itu sentiasa menjadi lebih baik dan dia cekap mampu untuk melakukan.
Kemahiran melukis, kemahiran menulis, kemahiran menjahit, kemahiran menanam, kemahiran memandu dan banyak lagi jenis kemahiran yang ada kala kita boleh lakukan dengan pemerhatian.
Misalnya kemahiran melukis, pada awalnya dia memerhati guru melukis di depan kelas, lama-kelamaan dia juga mencuba dan meniru apa hasil lukisan cikgu tersebut sampai jadi!
Ahaaa, bakat dan kemahiran bila digaul menjadi menjadi sebati akan mendapat satu ramuan dan acuan yang sedap dimakan! Ahaa gitu 😄😁
Natijahnya, kita semua lahir punya bakat tersendiri. Jangan simpan bakat anda, jangan simpan sijil kemahiran anda menjadi perhiasan semata… tapi garapkan segala bakat dan kemahiran itu untuk memberi makna seterusnya manfaat kepada segenap masyarakat yang memerlukan.
Buatlah, kongsilah dan sebarkan ilmu kepakaran kalian. Tak rugi berkongsi, kerna bila kita banyak memberi, kita banyak beramal dengan ilmu tersebut, ianya akan mengalir saham pahala yang berkekalan. Ameenn
-SS-
Founder InTouch Training & Consultancy
Intouch Publication
Bengkel Tulis Ebook Master SS
17/03/2024
Bismillah!
Dunia ni memang pinjaman semata,
Dunia ni juga hanya tempat persinggahan,
Dunia juga tempat untuk menuai, membaja dan menanam amal kebaikan.
Pastinya setiap perjalanan kita berbeza,
Liku ujian kita tak sama,
Rezeki tiap dari kita juga beza pembahagian posisinya.
Hidup jadi simple bila kita semua saling mudah-mudahkan,
Hidup ni jadi tenang, aman dan damai bilamana semua saling bertimbang-rasa, bertolak-ansur.
Tiap detik fikirkan untuk buat kebaikan,
Tiap minit cari lah untuk mencari sesuatu yang bermanfaat,
Tiap saatmu berlumba lah untuk menambah pahala dan syukuri apa yang dimiliki.
Salam juang✌️😁
-SS-
Founder InTouch Training & Consultancy
Intouch Publication
Bengkel Tulis Ebook Master SS
15/03/2024
Bismillah!
Setiap hari adalah proses belajar.
Setiap hari kita akan ada cerita tersendiri.
Setiap hari juga kita diuji dengan cabaran, ujian dan rintangan.
Kita semua ada pilihan,
Sama ada untuk terus buat kebaikan, tingkatkan kemahiran diri, ataupun mahu tambah nilai dalam hidup.
Buat keputusan dengan sebaiknya,
Buat pilihan ikut kata hati,
Semoga setiap apa yang dilakukan pastikan ianya memberikan kebaikan, mendatangkan manfaat.
Jom! Teruskan buat baik💚❤️
-SS-
Founder InTouch Training & Consultancy
Intouch Publication
Bengkel Tulis Ebook Master SS
08/03/2024
Happy International Women’s Day ❤️💚
06/02/2024
Bismillah!
Kenangan akan pergi bersama pusingan masa,
Kenangan hanya menggamit seketika cuma,
Kenangan akan pergi meninggalkan kita semua…
Namun,
Ilmu dan penulisan akan kekal dibaca, diamal, disebar dan dipraktiskan.
Sayangnya ilmu dan pengalaman tidak ditulis, tidak diarkib dan tidak didokumentasikan.
Adalah akan dibiarkan tinggal kenangan juga?
Ayuh tulislah, sebelum mata terpejam.
📸 Bergambar kenangan di UiTM Kuala Pilah, slot bersama mahasiswa Digital Transformation Strategy, 2023.
-SS-
Founder InTouch Training & Consultancy
Intouch Publication
Bengkel Tulis Ebook Master SS