Terapi Cara Kerja UCMI

Terapi Cara Kerja UCMI

Share

Program Diploma Terapi Cara Kerja di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP/ University College MAIWP International

Photos from Terapi Cara Kerja UCMI's post 04/04/2026

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16, UNIVERSITI ANTARABANGSA MAIWP

Alhamdullilah, Syabas dan tahniah kepada pelajar ambilan September 2022 atas kejayaan menamatkan pengajian.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk melangkah lebih jauh dan terus berjaya sebagai seorang OT yang memberi manfaat kepada masyarakat.

18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙
Semoga Ramadan ini membawa keberkatan dan ketenangan kepada semua ✨ .

Ikhlas daripada,
Program Terapi Cara Kerja. 🥰

17/02/2026

9 Februari 2026

Workshop Empower and Engage: Occupational Therapy for Special Needs Kids telah dijalankan oleh pelajar intake Flexible Dec 2024 sebagai sebahagian daripada projek penilaian bagi kursus yang diambil.

Program ini memberi pendedahan mengenai peranan Occupational Therapy dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas melalui aktiviti bermain.

Selain itu, kami juga dapat mempelajari tentang kanak-kanak berkeperluan khas serta cara pengurusan dan pendekatan yang sesuai bagi menyokong perkembangan mereka.

13/02/2026

Pelajar ambilan September 2023 telah diberikan tugasan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dalam penganjuran Bengkel Pengurusan Autism Siri Pertama yang berlangsung di Langkawi pada 6 hingga 7 Februari 2026.
Pengalaman ini amat berharga kerana pelajar bukan sahaja berpeluang mempelajari cara mengurus dan mengendalikan sesebuah bengkel secara profesional, malah turut memperoleh ilmu serta pendedahan yang lebih mendalam mengenai kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya dalam pengurusan autism.
Bengkel ini turut disampaikan oleh barisan penceramah berpengalaman, iaitu Dr. Arita, Pakar Kanak-Kanak dari Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Puan Ainon Saleha, Pensyarah Program Terapi Cara Kerja, UniMAIWP. Puan Sharifah, Pengetua dan Pengurus Ideas Autism Centre, serta Puan Aini, Senior Speech Therapist.
Diharapkan bengkel ini dapat memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat. Bengkel Pengurusan Autism ini juga akan diteruskan lagi pada siri kedua pada masa akan datang.

Photos from Terapi Cara Kerja UCMI's post 24/01/2026

23 JANUARI 2026

TAKLIMAT PENEMPATAN KLINIKAL

Sesi taklimat penempatan klinikal telah diadakan sebagai persediaan kepada pelajar yang bakal menjalani penempatan dalam bidang masing-masing.

Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan awal berkaitan keperluan penempatan, tatacara penggunaan log book, di samping mengingatkan pelajar agar sentiasa menjaga sikap dan adab, serta mematuhi etika profesional epanjang tempoh penempatan klinikal.

Semoga semua pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna dan profesional sepanjang penempatan nanti.

Photos from Terapi Cara Kerja UCMI's post 24/12/2025

23 Disember 2025

Program “Merangsang Kanak-Kanak Autisme: Aktiviti Kreatif Terapi Cara Kerja (OT)” telah berjaya dilaksanakan.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai idea aktiviti kreatif Terapi Cara Kerja, permainan bagi merangsang perkembangan kemahiran motor dan kognitif, serta aktiviti hands-on DIY yang interaktif dan praktikal.

Terima kasih kepada semua pelajar UCMI dan pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membantu perkembangan kanak-kanak autisme.

Photos from Terapi Cara Kerja UCMI's post 14/11/2025

14 NOVEMBER 2025

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada Asma’ .... daripada ambilan September 2023, pelajar Diploma Terapi Cara Kerja yang mewakili FSK dan berjaya merangkul Johan dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran sempena Fiesta Harmoni Seni Islam & Rumpun Budaya.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kecemerlangan kepada para pelajar Diploma Terapi Cara Kerja yang lain ✨

Photos from Terapi Cara Kerja UCMI's post 12/11/2025

11 NOVEMBER 2025

LAWATAN KE HOSPITAL UNTUK PENDEDAHAN KEPADA PROFESION TERAPI CARA KERJA

Seramai 10 pelajar Tahun 1 pelajar Diploma Terapi Cara Kerja telah melawat hospital bagi mengetahui bidang-bidang perawatan yang berkaitan dengan profesion sebagai Terapis Cara Kerja.

Semoga pelajar lebih cakna berkenaan profesion dan bertambah minat mempelajari bidang ini dengan lebih tekun.

27/10/2025

Celebrating the spirit of Occupational Therapy, where every action creates change 🌟

From restoring independence to building confidence, OT empowers people to live meaningful and fulfilling lives 🤍.

23/10/2025

“Setiap anak autisme melihat dunia dengan cara yang unik, tugas kita adalah untuk memahami.” 💫

Jom Sertai Bengkel Pengurusan Kanak-Kanak Autisma anjuran Program Terapi Cara Kerja, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang akan diadakan pada 12 November 2025 (Rabu), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Kampus Utama Batu Muda, UCMI.

23/10/2025

“Setiap anak autisme melihat dunia dengan cara yang unik, tugas kita adalah untuk memahami.” 💫

Jom sertai Bengkel Pengurusan Kanak-Kanak Autisma anjuran Program Terapi Cara Kerja, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang akan diadakan pada 12 November 2025 (Rabu), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Kampus Utama Batu Muda, UCMI.

📥 Pendaftaran dan bukti pembayaran boleh dibuat melalui pautan berikut :
https://forms.gle/Y8dVWkcjuzSTq1Qf9

Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00