Dakwah Muslimat Malaysia

Dakwah Muslimat Malaysia

Share

Dakwah muslimat malaysia merupakan wasilah media sosial yang akan menyebarkan pelbagai maklumat tentang Islam dan aktiviti dakwah didalam masyarakat malaysia.

Pages ini diurus selia oleh Lajnah Dakwah Dewan Muslimat Pas Pusat LD DMPM

14/07/2024

Pensyariatan Puasa Hari 'Asyura

Daripada Ibn Abbas R.A berkata: _“Sesungguhnya Rasulullah SAW datang ke Madinah dan mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’. Lalu Nabi SAW berkata kepada mereka: Mengapakah kamu berpuasa pada hari ini? Mereka menjawab: Hari ini adalah hari yang agung di mana Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya serta Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur. Disebabkan itu kami pun turut berpuasa. Maka Nabi SAW bersabda: Kami lebih berhak dan utama mengikut Nabi Musa berbanding kamu. Dengan itu, *Rasulullah SAW berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.*”_ [Riwayat Muslim]

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: _*Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.*_ [Riwayat Ahmad]

Lajnah Dakwah
Dewan Muslimat PAS Malaysia

06/06/2024

KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH

Labbaikallah Humma Labbaik

Bulan Zulhijjah adalah bulan yang penting dan istimewa kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan fadilat. Antaranya ialah:

- Pensyariatan Ibadah Haji: Disyariatkan ibadah haji yang merupakan salah satu rukun Islam yg lima.

- 10 hari awal Zulhijjah: Beramal pada 10 hari awal Zulhijjah sangat disukai oleh Allah berbanding hari-hari lain. Digalakkan berpuasa sunat bermula dari 1 hingga 8 Zulhijjah.

- Hari Arafah:Pada 9 Zulhijjah para jemaah haji melaksanakan rukun haji iaitu wukuf di Arafah manakala orang-orang yang tidak menunaikan haji disunatkan berpuasa. Fadilat berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang.

- Hari Raya Eid Al-Adha:Pada 10 Zulhijjah disunat menunaikan solat sunat Eid Al-Adha dan mendengar khutbah serta melakukan ibadah Qurban.

- Hari Tasyriq:Menghidupkan hari-hari Tasyriq pada 11 hingga 13 Zulhijjah dengan melakukan ibadah Qurban dan memperbanyakkan zikir. Namun, diharamkan berpuasa pada hari-hari tersebut.

Marilah kita sama-sama memanfaatkan tarikh-tarikh penting ini dengan meningkatkan amalan dan ibadah kita. Semoga segala amal soleh kita diterima oleh Allah SWT.

Salam Zulhijjah daripada:

LAJNAH DAKWAH
DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA

06/06/2024

Assalamualaikum semua

15/10/2023

▪️MAKSUD SOLAT FIRST▪️

Solat merupakan ibadat yang paling utama dan wajib difahami serta diamalkan oleh setiap Muslim.

Jika iman merupakan keyakinan di dalam hati, maka solat p**a mewakili amalan lahir sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT.

Solat adalah ibadat yang merealisasikan makna penyerahan diri kepada Allah semata-mata, sebagai tanda keimanan serta sebagai perantara bagi orang yang beriman untuk mencari kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Maka, solat mestilah diutamakan berbanding urusan-urusan lain.

وعن عبدالله بن مسعودٍ، قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم: أي العمل أفضل؟ قال: ((الصلاة لوقتها))، قال: قلت: ثم أي؟ قال: ((بر الوالدين))، قال: قلت: ثم أي؟ قال: ((الجهاد في سبيل الله))، فما تركت أستزيده إلا إرعاءً عليه
HRBukhari.

▪️MENGAPA KAMI PILIH SLOGAN SOLAT FIRST?

Melihat kepada statistik, realiti hari ini ramai yang tidak menunaikan solat. Maka, menjadi tanggungjawab kita sebagai pendakwah untuk mengajak masyarakat mendirikan solat dlm usaha mendekatkan diri dengan Allah.

Manakala bagi golongan yang tidak meninggalkan solat, maka kita ingin mengajak mereka untuk mengutamakan solat dalam kehidupan harian dengan mendirikan solat diawal waktu selaras dengan firman Allah:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ كِتَـٰبࣰا مَّوۡقُوتࣰا ………..
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (An-Nisāʾ: 103]

Solat bukanlah perkara sampingan tetapi ia merupakan perkara yang mesti menjadi keutamaan buat semua umat Islam.

Sesungguhnya solat adalah tiang agama yang patut dijaga dan diambil berat oleh semua lapisan masyarakat Islam.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الْعَبْدِ وَبَيْنَ الْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلَاةِ
"Rasulullah ﷺ bersabda, "(Pembatas) antara seorang hamba dan kekafiran adalah meninggalkan solat."

▪️OBJEKTIF KEMPEN SOLAT FIRST▪️

1. Memberi pendedahan tentang kepentingan solat dalam diri setiap Muslim dan memberi bimbingan solat secara sempurna agar solat mampu menjadi benteng aqidah dalam diri umat Islam.

2. Memperbetulkan pergerakkan praktikal solat yang sempurna sebagaimana solat Rasulullah SAW.

3. Memberi motivasi dan kefahaman bahawa solat yang sempurna adalah perisai dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

4. Mewujudkan budaya _'SOLAT FIRST'_ dalam kehidupan seharian kita.




22/04/2023

Taqabbalallahu minna wa minka

Selamat menyambut lebaran buat muslimin muslimat di seluruh dunia.








21/04/2023

Subhanallah wa bihamdihi





20/04/2023

Derma

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١








20/04/2023

Sabar dan Memaafkan

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41) Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (42)

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (43)

Surah as-Syuura







19/04/2023

Niat







18/04/2023

Doa Seorang Saudara buat Saudaranya Secara Rahsia






17/04/2023

Malam Ganjil





17/04/2023

Tanda Lailatul Qadr




Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kuala Lumpur