MPU1013CPenghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 6

MPU1013CPenghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 6

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPU1013CPenghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 6, Education Website, MPU1013-C-06, Jalan Penghayatan Etika dan Peradaban, Taman UUM, Kuala Lumpur.

MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Group C -Kumpulan 6
Kami akan berkongsi maklumat berkenaan C19 untuk kita sama-sama melandaikan lekuk COVID-19 dan putuskan rantaian COVID-19 Course : JJ212 MPU1013 KUMP C PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Copyright reserved by Kumpulan 6
Lecturer : Sir Iskandar Bin Adon
Members :
1. 276568 MOHD RIZUWAN BIN TOHARUDDIN
2. 276544 MOHD AMIRUL AZLY BIN RAZALI
3

06/11/2021

Semakan semula protokol bagi kes dan kontak rapat

🔴Jika anda disahkan positif, kuarantin diri selama 10 hari dan tidak perlu ulang ujian.

🔵Jika anda kontak rapat yang telah lengkap vaksinasi, kuarantin diri selama 7 hari dan ulangi ujian pada hari kelima.

⚫️Jika anda kontak rapat yang belum lengkap vaksinasi / tiada vaksinasi, kuarantin diri selama 10 hari dan ulangi ujian pada hari kelapan.

276544 MOHD AMIRUL AZLY BIN RAZALI

04/11/2021

BERSAMA PUTUSKAN RANTAI COVID DENGAN SIKAP YANG BERTANGGUNG JAWAB!!!!!!!!!

Kita semua sedia maklum berkenaan pemakaian pelitup muka semasa berada di luar rumah terutama bila berada di tempat awam. Pemakaian pelitup muka mestilah sempurna untuk ia betul-betul menjadi salah satu ‘tools’ bagi mengurangkan jangkitan Cov-19.

Kini di pasaran sedar atau tidak anda telah banyak pilihan dan jenis pelitup muka dengan mempunyai pelbagai corak, warna dan jenis. Maka dengan itu, jadilah individu yang bijak dalam pemilihan pelitup muka demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling anda.

Terkini terdapat tiga pelitup muka yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia iaitu KN95, KF94 dan topeng bedah (kegunaan medical) dimana katakannya lebih berkesan dengan penapisan sebanyak 95% terhadap virus.

Kerajaan telah mewajibkan dan menyatakan pemakaian pelitup muka adalah salah satu SOP untuk kita dalam urusan harian kita. Jadi kita perlu menjadi seorang rakyat yang bertanggungjawab dalam mematuhi SOP supaya jangkitan dapat dikurangkan. Jangan ambil mudah dan sambal lewa dalam pemakaian pelitup muka.

Jika dilihat hari ini masih ada segelintir daripada masyarakat kita tidak mengambil berat berkenaan pelitup muka. Akhir kata jom sama-sama cegah dengan tunaikan tanggungjawab individu demi keselamatan bersama. Jom pakai, inikan norma baru.

SAYANG DIRI>SAYANG KELUARGA>SAYANG SEMUA!!!!!!!!!!!!!

🥰 Norhidayah binti Baharuddin (276630) 🥰




04/11/2021

JOM BERSAMA!
Lakukan pematuhan SOP dengan sempurna demi keselamatan bersama... 😄

03/11/2021

CEGAH COVID-19 DENGAN PENGAMBILAN VAKSIN 💉

Malaysia kini telah hampir tiba ke ambang kemerdekaan bagi memastikan seluruh rakyat menerima vaksin. Namun masih terdapat segelintir yang masih belum menerima vaksin dan malah tidak mengetahui cara untuk mendaftar vaksin.

Dengan kemudahan kini yang semakin canggih pihak kerajaan telah menyediakan applikasi MYSEJAHTERA sebagai sebuah applikasi yang memudahkan rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mengenal pasti keberadaan bagi setiap individu. Seperti yang kita tahu, untuk masuk ke dalam sesebuah premis, kita perlulah melaksanakan pengesanan bar kod di MySejahtera sebagai langkah penjagaan untuk mencegah kluster covid berlaku lagi.

Mari semua yang masih belum menerima vaksin. Jangan bimbang ikuti langkah ini untuk mendaftar vaksin dengan cepat dan mudah melalui applikasi MYSEJAHTERA.

Ayuh Rakyat Malaysia!
Kita kejar pencapaian yang gemilang dalam menghadapi Covid-19.





posted by : Nur Izzati Adha Bt Zanira (276650)

03/11/2021

ELAKKAN DIRI DARI MENGUNJUNGI HOSPITAL JIKA TIADA KEPERLUAN..
Dengan adanya wabak dan pandemik covid 19 ini kita mempunyai norma baharu jadi ini antara salah satu cara agar wabak ini tidak menular lebih besar..
Pelbagai lagi cara dan kaedah yang telah di berikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia...
Posted by: NOOR ATIKA BINTI AHMAD FAISOL(276616)


29/10/2021

“LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA !”

Vaksin merupakan salah satu kaedah
untuk kita mengawal pandemik ini dan
ia antara cara yang terbaik untuk
melindungi masyarakat daripada
COVID-19.

Dalam situasi wabak yang kian mengganas, di mana setiap individu perlu memainkan peranan penting melindungi sesama sendiri dan ummah, kita harus berusaha sedaya-upaya untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan kesihatan awam yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Vaksinasi juga adalah salah satu kaedahnya .Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil vaksin.

Ayuh , lindungi diri , lindungi semua !






Posted by : SYARIFAH ZAINAB ALMOHDHAR BINTI SYED MOHAMED
NO MATRIK : 276713

27/10/2021

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Nama : Mohd Helmi Bin Mohd Tarmizi
No Matrik : 276558
Kumpulan : 6
Tajuk :Putuskan Rangkaian Jangkitan Covid-19
"Daftar Vaksinasi"

27/10/2021

Adakah Anda tahu? Kesan COVID-19 lebih teruk kepada orang yang belum divaksinasi. Jangan tunggu dan tangguh, daftar untuk dapatkan vaksin anda ‼️‼️‼️‼️‼️

ESOK JOM DAFTAR VAKSIN COVID 19..
Sape cepat dia dapat...



17/10/2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. Pastikan anak-anak ANDA mematuhi Prosedur Kehadiran Murid Di Sekolah bagi memastikan sekolah Menjadi tempat BEBAS jangkitan Covid-19...

7 Prosedur Yang perlu dilalui oleh setiap murid-murid yang hadir ke sekolah:-

I) Berbaris di pintu masuk sekolah mengikut garisan jarak yang telah disediakan

II) Guru akan mengimbas suhu setiap murid (Suhu yang melebihi 37.5 darjah akan di asingkan dan akan diambil semula selepas 15minit. Jika masih melebihi had suhu normal, maka ibubapa/penjaga murid tersebut dinasihati membawa pulang semula murid-murid berkenaan ke rumah bagi langkah berjaga-jaga)

III) Guru akan mengibas QR kod peribadi murid tersebut dan mencatat bacaan suhu murid tersebut.

IV) Murid diminta agar menggunakan "Hand sanitiser" ketika masuk ke sekolah

V) Murid yang mempunyai suhu normal akan dibenarkan ke kelas masing-masing

VI) Murid dibantu oleh guru yang bertugas melihat pelan kedudukan di dalam kelas yang ditampal di pintu kelas.

VII) Murid masuk ke kelas melalui laluan yang bertanda anak panah arah pergerakan masuk yang telah disediakan dalam kelas.

Nota: Ibubapa perlu sentiasa mengingatkan anak masing-masing tentang Prosedur ini serta perkara-perkara yang perlu dielakkan agar tidak berlaku jangkitan Covid-19 di sekolah.

Nama: MOHD RIZUWAN BIN TOHARUDDIN
No. Matrik: 276568
Kumpulan : 6




14/10/2021

Amalkan pemakaian pelitup muka sebagai norma hidup baru. Wajib memakai pelitup muka untuk melindungi diri, keluarga, dan masyarakat. BERSATU MEMERANGI COVID-19

-ISAAC EMANUAL A/L FRANCIS
NO MATRIK: 276507

13/10/2021

Patuhi Arahan KKM Dari Masa Ke Semasa ( TEGUH BERSAMA MELANDAIKAN LENGKUNGAN KEBOLEHJANGKITAN ) Kita Akan Menang Melawan COVID - 19.

1) kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain.

2) Amalkan amalan batuk dan bersin dengan betul ketika berada di tempat awam atau di pejabat.

3) Kerap cuci tangan dengan air atau sabun pensanitasi tangan dengan betul.

4) Pastikan Aliran udara yang baik seperti membuka tingkap.

5) Jangan berkongsi makanan atau minuman serta barang peribadi.

6) Daftar My Sejahrera, pakai pelitup Muka ketika keluar untuk membeli keperluan ditempat awam.

7) Duduk dirumah jika bergejala dan dapatkan rawatan Segera jika mengalami tanda-tanda covid - 19.

NAMA : MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD

NO MATRIK : 276773

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

MPU1013-C-06, Jalan Penghayatan Etika Dan Peradaban, Taman UUM
Kuala Lumpur
50050