ADHD Malaysia

ADHD Malaysia

Share

Advocating for ADHD awareness in Malaysia. Content are for educational purpose only.

09/12/2025

Baru saya tahu, jangan cakap pada anak, "Dah, jangan nangis!"

Rupanya ayat ini potong proses anak belajar urus emosi.

Selalu kita dengar pasal emosi, tapi adakah kita betul-betul faham cara mengurusnya?

Menurut Dr. Umi Adzlin, kemampuan mengawal emosi (regulasi emosi) bukan sekadar menahan marah atau mendiamkan diri.

Ia adalah keupayaan kita untuk memahami, mengurus, dan mengekspresikan perasaan dengan cara yang sihat mengikut keadaan.

Macam mana rupa "mengawal emosi" ini dalam situasi sebenar? Ini contohnya:

1.⁠ ⁠Fasa Memahami (Awareness) Bila sesuatu berlaku, langkah pertama ialah faham apa yang kita rasa. Contohnya, bila rasa sedih, kita tak nafikan perasaan itu. Kita sedar, "Okay, aku tengah sedih sekarang sebab perkara ni berlaku". Kita bagi "nama" pada perasaan itu supaya kita tak keliru.

2.⁠ ⁠Fasa Mengurus (Managing) Lepas dah faham, kita uruskan perasaan itu. Kalau tengah sedih, kita cari jalan untuk tenangkan diri. Mungkin dengan ambil masa bersendiri sekejap, atau buat aktiviti yang boleh redakan tekanan. Kita tak biarkan rasa sedih itu "makan diri" atau bertukar jadi amuk.

3.⁠ ⁠Fasa Mengekspresi (Expressing) Akhir sekali, kita luahkan rasa itu secara sihat. Kita beritahu orang sekeliling apa yang kita rasa dengan cara yang baik, atau kita salurkan kesedihan itu ke arah yang positif. Yang penting, cara kita luahkan tu sesuai dengan situasi dan tempatnya.

Berita baiknya? Mengawal emosi adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ia bukan sifat kekal, tapi sesuatu yang boleh dilatih hari demi hari supaya kita lebih tenang menghadapi cabaran.

01/12/2025

Dalam mendidik, cabaran terbesar kita adalah memisahkan antara perasaan dan perbuatan anak.

Ingat prinsip ini: Semua perasaan boleh diterima, tapi bukan semua tingkah laku dibenarkan. Jangan nafikan hak mereka untuk rasa marah, sebab memendam emosi boleh memudaratkan jiwa anak.

Tetapi, bila sampai bab merosakkan barang, itu adalah tingkah laku yang perlu ditegur serta-merta. Mesej kita mesti konsisten, kita boleh marah, tapi ekspresi marah dengan cara merosakkan itu tidak baik.

Ajar mereka salurkan tenaga marah itu ke tempat lain, bukan pada barang atau orang lain.

FULL VIDEO APA DAYA HILANG DOA 17/06/2025

Tahniah atas penghasilan filem pendek yang sungguh bermakna.
Teruskan berkarya dan bersinar.

Tajuk: APA DAYA HILANG DOA (2025)
Lakon Layar & Pengarah: Mohd Shyafiq Baharun
Produksi: Visiobox

FULL VIDEO APA DAYA HILANG DOA

11/06/2025

Jumpa malam ini di Konvensyen Virtual ADHD Malaysia 2025

10/06/2025

Topik malam ini bersama Ahli Terapi Carakerja.

Adakah anak anda bergelut di sekolah walaupun anda tahu dia bijak dan berbakat?

Adakah dia sukar fokus, mudah hilang tumpuan atau sering dianggap “malas” oleh guru dan rakan sebaya?

Dengan sokongan yang betul, anak ADHD boleh cemerlang. Sama ada melalui pelan pembelajaran yang disesuaikan, pendekatan pengajaran kreatif, atau hanya guru yang memahami.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

✅ Kenali tanda-tanda ADHD dan dapatkan penilaian awal
✅ Berbincang secara terbuka dengan pihak sekolah
✅ Minta pelan pembelajaran yang fleksibel dan bersesuaian
✅ Fokus pada kekuatan anak, bukan sekadar kekurangannya

Mari bersama-sama mendengar informasi lanjut mengenai topik ini bersama Pn Nasirah Zulkifli, Ahli Terapi Cara Kerja.

Daftar sekarang di www.adhdmalaysia.com/kvadhd2025/

09/06/2025

Topik pertama malam ini 🎉

Membesarkan anak dengan ADHD memerlukan lebih daripada sekadar kesabaran. Ia menuntut kefahaman, ilmu, dan strategi yang menyeluruh.

Dalam dunia yang serba pantas ini, tekanan terhadap keluarga yang membesarkan anak ADHD boleh menjadi luar biasa.

Namun, dengan pendekatan yang betul, keluarga boleh mencapai kesejahteraan yang menyeluruh, bukan sahaja untuk anak, tetapi juga untuk ibu bapa dan seluruh isi rumah.

Antara strategi penting yang boleh diamalkan:

✅ Wujudkan rutin yang konsisten
✅ Berkomunikasi dengan sabar & jelas
✅ Libatkan diri dalam sokongan profesional
✅ Jaga kesihatan mental ibu bapa

Anak ADHD bukan beban mereka adalah anugerah dengan potensi besar. Keluarga yang memahami adalah asas kepada kesejahteraan mereka.

Ketahui kupasan lebih lanjut berkaitan topik ini bersama Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja.

Daftar sekarang di www.adhdmalaysia.com/kvadhd2025/

Photos from ADHD Malaysia's post 03/06/2025

Persatuan ADHD Dewasa Malaysia (Malaysian Adult ADHD Society – MAAS) merupakan kesinambungan kepada usaha yang dimulakan oleh Cogniversity Malaysia, sebuah perusahaan sosial yang ditubuhkan pada hujung tahun 2021.

Apa yang bermula sebagai inisiatif komuniti, kini pada tahun 2025 telah berkembang menjadi sebuah NGO berdaftar, meneruskan misi untuk meningkatkan kesedaran, menyediakan sokongan dan memperjuangkan advokasi bagi komuniti ADHD dewasa di Malaysia.

Kami tampil dengan identiti visual yang baharu, logo dan imej yang lebih segar. Namun, perjuangan kami tidak berubah. Kami kekal berteraskan empati, pendidikan berasaskan ilmu saintifik, dan pengalaman yang relevan buat individu ADHD dewasa.

Pasukan kami terdiri daripada para profesional yang juga merupakan individu ADHD. Gabungan pengalaman peribadi dan kepakaran ini membolehkan kami memahami cabaran sebenar, serta membawa suara komuniti dalam setiap program dan inisiatif yang dijalankan.

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. ❤️

Photos from ADHD Malaysia's post 27/05/2025

📌 Ada soalan tentang Konvensyen Virtual ADHD 2025?

Kami dah sediakan 15 Soalan Lazim (FAQ) khas untuk anda!

Segala maklumat penting seperti siapa yang patut sertai, topik yang akan dibentangkan, yuran, rakaman, sijil, cara daftar dan banyak lagi ada di sini.

✨ Siapa yang patut join?
✓ Ibu bapa kepada anak ADHD
✓ Dewasa dengan ADHD (didagnosis atau belum)
✓ Guru, kaunselor, majikan dan sesiapa yang mahu faham ADHD dengan lebih baik

🗓️ 9 – 15 Jun 2025
💻 100% atas talian dengan sesi pagi dan malam
🎙️ Penceramah pakar dari pelbagai bidang
📜 Sijil penyertaan disediakan
🎥 Rakaman untuk semua sesi disediakan

👉 Daftar dan akses semua sesi di: www.adhdmalaysia.com/kvadhd2025

27/05/2025

7 hari. 7 sesi. 7 suara komuniti.

Setiap sesi membawa suara komuniti ADHD, daripada pakar psikiatri dan psikologi hingga ke pendidik, ahli terapi dan konsultan organisasi yang bersatu untuk membina pemahaman yang lebih mendalam tentang kehidupan dengan ADHD.

📅 Berikut ialah Jadual Rasmi Konvensyen Virtual ADHD 2025, yang akan berlangsung dari 9 hingga 15 Jun 2025.

Sepanjang tujuh hari, anda akan dibimbing dalam pelbagai topik penting seperti strategi membesarkan anak neurodivergen, sokongan pendidikan di sekolah, cabaran di tempat kerja serta kesejahteraan emosi dan intervensi berasaskan komuniti.

🧠 Semua sesi dijalankan secara atas talian. Akses rakaman rasmi akan disediakan kepada peserta yang berdaftar.

🔗 Daftar sekarang di www.adhdmalaysia.com/kvadhd2025

26/05/2025

🌪️ “Anak Saya Selalu Tantrum!"

Mengasuh anak dengan ADHD bukanlah tugas yang mudah. Setiap hari penuh dengan emosi dan cabaran.

Anak cepat marah, sukar bertenang, manakala ibu bapa p**a berasa sukar untuk terus bersabar.

Tapi tahukah anda? Regulasi emosi bukan sahaja cabaran untuk anak, tetapi juga untuk ibu bapa.

📌 Apabila emosi ibu bapa tidak terkawal, ia boleh mempengaruhi emosi anak.
📌 Anak ADHD memerlukan bimbingan emosi yang konsisten.
📌 Regulasi emosi bukan sekadar “menenangkan diri”, ia melibatkan kefahaman, empati, penerimaan dan strategi.

✨ Dalam sesi ini, kita akan mengetahui lebih lanjut tentang:

✅ Apa itu regulasi emosi dan kenapa ia penting dalam keluarga ADHD
✅ Teknik praktikal untuk bantu anak urus emosi besar mereka
✅ Cara ibu bapa boleh kekal tenang walaupun dalam situasi mencabar
✅ Bagaimana mencipta hubungan yang lebih tenang, selamat dan penuh sokongan

💡 Anak yang belajar mengurus emosinya, akan membesar dengan lebih yakin dan seimbang.

Jom pelajari lebih lanjut bersama Dr Umi Adzlin Silim, Pakar Psikiatri dan berikan yang terbaik buat anak anda.

Daftar sekarang di www.adhdmalaysia.com/kvadhd2025/

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

Kuala Lumpur