Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Share

A charity honoring YAM Tengku Abdul Aziz ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar’s compassionate legacy, dedicated to uplifting and supporting those in need.

Membina Masa Depan, Membantu Kehidupan | Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar - CorpCast EP 4 20/08/2026

🎙️ KENALI YTAA | CORPCAST EPISOD 4

Apa peranan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) dan apakah sumbangan yang kami usahakan untuk masyarakat?

Dalam CorpCast Episod 4, Ketua Pegawai Eksekutif YTAA, Tuan Khairiul Anuar bin Khahfi, berkongsi dengan lebih dekat mengenai YTAA, aspirasi kami serta usaha yang dilaksanakan dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

Lebih daripada sekadar sebuah yayasan, YTAA komited untuk menjadi sebahagian daripada usaha membina masa depan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

🎥 Jom kenali YTAA dengan lebih dekat. Saksikan CorpCast Episod 4 sekarang!

👉 https://youtu.be/hCjXR0es698

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Bersama Membina Masa Depan, Membantu Kehidupan.

Membina Masa Depan, Membantu Kehidupan | Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar - CorpCast EP 4 Membina masa depan, membantu kehidupan. Dalam episod CORPCAST kali ...

30/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448H.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, keberkatan serta terus memayungi Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh kebijaksanaan dan kedaulatan.

Ikhlas daripada kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Barisan Kepimpinan Tertinggi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Photos from Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar's post 15/07/2026

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA), selaku Agen Lantikan Sah Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), telah berjaya menganjurkan Program Taklimat dan Pendaftaran Potongan Zakat Melalui Potongan Gaji untuk warga kerja syarikat korporat bagi meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan potongan zakat melalui potongan gaji sebagai satu kaedah yang sistematik, mudah dan efisien dalam menunaikan kewajipan zakat pendapatan.

Program yang berlangsung hampir dua (2) jam ini telah disertai oleh 70 orang peserta, menampilkan sesi penerangan komprehensif yang disampaikan oleh pegawai-pegawai PPZ-MAIWP serta disusuli dengan sesi soal jawab interaktif. Turut diadakan ialah sesi pendaftaran potongan zakat melalui potongan gaji, yang membolehkan para peserta mendapatkan panduan secara langsung mengenai proses pendaftaran, kaedah pelaksanaan serta manfaat potongan zakat melalui potongan gaji mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.

Melalui inisiatif ini, YTAA terus komited memperkukuh kerjasama strategik bersama sektor korporat dalam memperluaskan budaya berzakat di tempat kerja, di samping menyokong usaha meningkatkan kesedaran, pematuhan dan pengurusan zakat yang lebih sistematik, telus dan mampan demi kesejahteraan ummah serta pembangunan sosioekonomi negara.

Photos from Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar's post 23/06/2026

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar berbesar hati menerima kunjungan YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammed Bin Hj Abdullah, Undang Luak Johol sebagai tetamu kehormat dalam Majlis Makan Malam dan Doa Selamat yang telah diadakan baru-baru ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YM Tengku Hassanal Badyr Bin Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Abdul Aziz, adinda beliau YM Tengku Ibrahim Putra Bin Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Abdul Aziz, Y.Bhg Dato' Abdul Fatah bin Haji Abdul Jalal, anakanda Angkat DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Selain mengeratkan silaturahim, majlis ini turut menjadi platform bagi mengadakan sesi perbincangan yang konstruktif berhubung potensi kerjasama strategik yang boleh dijalinkan bersama YTAA dalam memperkukuhkan pelaksanaan program kebajikan, pendidikan, pembangunan komuniti serta inisiatif kemanusiaan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pihak YTAA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammed Bin Hj Abdullah meluangkan masa menghadiri majlis ini. Semoga pertemuan yang penuh bermakna ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kepada kerjasama yang lebih strategik dan berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.

21/06/2026

Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa-bapa di Malaysia.

Terima kasih di atas segala pengorbanan, tunjuk ajar dan kasih sayang yang menjadi tunjang kekuatan institusi keluarga serta memberi inspirasi dalam membentuk generasi yang berakhlak dan berilmu.

Semoga setiap pengorbanan para bapa sentiasa diberkati, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kekuatan untuk terus memimpin keluarga dengan penuh amanah dan hikmah.

Ikhlas daripada kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Barisan Kepimpinan Tertinggi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar







16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

"Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi suatu perjalanan menuju perubahan yang lebih baik – memperkukuh keimanan, mempertingkatkan keikhlasan serta memperluaskan manfaat kepada sesama insan."

Bersempena dengan kedatangan Awal Muharram 1448 Hijrah, Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita terus memperbaharui azam, memperkukuhkan nilai integriti dan ihsan, serta bersama-sama menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang lebih sejahtera, penyayang dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah & Barisan Kepimpinan Tertinggi YTAA







31/05/2026

Daulat Tuanku.

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Tahun 2026.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan dan kedaulatan.

Ikhlas daripada kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah & Barisan Kepimpinan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar







31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut beragama Buddha.

Semoga Sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian, kesejahteraan serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ikhlas daripada kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah & Barisan Kepimpinan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar






31/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Sesungguhnya, perayaan pesta menuai ini merupakan simbol kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah, di samping mencerminkan keindahan perpaduan, keharmonian, dan kepelbagaian budaya yang menjadi teras kekuatan negara kita.

Kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta seluruh Barisan Kepimpinan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar dengan penuh keikhlasan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak.



26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 🌙

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan, pengorbanan serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, perpaduan, dan semangat kebersamaan sesama kita.

Ikhlas daripada kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah & Barisan Kepimpinan Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Kuala Lumpur