20/03/2026
Tempat terakhir persinggahan Dr Lolo’ Ghazali, Mantan Ahli Parlimen Titiwangsa (PAS) sebelum dikebumikan.
📍Masjid Al Akram, Dato’ Keramat
Bicara Soal Kehidupan Seorang Insan Menurut Perspektif Syariah
20/03/2026
Tempat terakhir persinggahan Dr Lolo’ Ghazali, Mantan Ahli Parlimen Titiwangsa (PAS) sebelum dikebumikan.
📍Masjid Al Akram, Dato’ Keramat
14/03/2026
Masjid yang sangat meraikan kedatangan tetamu khasnya dalam menyantuni keluarga yang mempunyai anak-anak kecil
Memang patut masjid ini ditularkan sebagai antara masjid terbaik untuk juadah berbuka puasa bersama seisi keluarga🥰🥰🥰
📍Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara
02/03/2026
A Bookstore in Singapore
I was fascinated by the collections they are selling here and how they refurbished this old storey building into a modern, creative and stylish bookstore.
Located on the main street of Arab Street near Masjid Sultan. It should be included in your itinerary if you’re coming to visit Singapore.
📍Wardah Bookstore, Singapore
27/02/2026
Masjid kawasan elit yang menenangkan dan sempoi
Makanan pun sedap alhamdulillah untuk berbuka puasa.
📍Masjid Abu Bakar As Siddiq, Bangsar
23/02/2026
Masjid di tengah bandar kosmopolitan
Antara masjid yang boleh dipertimbangkan untuk jamuan berbuka puasa
📍Masjid As Syakirin, KLCC
20/02/2026
Antaa masjid yang seharusnya disinggahi untuk mengerjakan solat tarawih dan jamuan berbuka puasa
📍Masjid al Hidayah, Taman Melawati
07/02/2026
Masjid ini terletak di Lebuh Pitt ialah masjid tertua di George Town, Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid.
Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.
📍Masjid Kapitan Keling, Georgetown
#مسجدتراثي
02/02/2026
Dikenali sebagai Masjid Diraja di negeri Perak Darul Ridzuan. Terletak di kawasan Bukit Chandan, berdekatan dengan Istana Sultan Perak.
Ianya dibina atas titah Sultan Perak ke - 28, DYMM Sultan Idris yang bernazar ingin mendirikan sebuah masjid sekiranya diberi kesembuhan yang dideritai baginda.
Seni bina masjid ini mengambil inspirasi seni bina Moors dan pembinaan projek telah diketuai seorang artikek berbangsa Inggeris.
📍Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar
01/02/2026
Antara masjid utama di bandaraya Ipoh.
Pernah suatu tahun, kelihatan DYMM Sultan Perak mencemar duli bagi menghadiri solat hari raya Aidilfiri diirinfi dengan mantan M***i Perak, Almarhum Tan Sri Harussani Zakaria di masjid ini.
Institut Tadbiran Islam Negeri Perak yang melahirkan dan melatih para imam dan du’at juga ditempatkan di dalam kawasan masjid ini. Ianya terletak berhadapan dengan Politeknik pertama Malaya iaitu Politeknik Ungku Omar.
Khatib yang menyampaikan khutbah juga mempunyai cara yang cukup berkesan pada penyampaiannya.
📍Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh
31/01/2026
Masjid & Ramadan Siri 1
Antara masjid terbaik untuk majlis iftar. 🥰🫰
Gambar kenangan Ramadan tahun 2025
📍Masjid Umar Al Khattab, Bukit Damansara
#رمضان
31/01/2026
Masjid ini dibina pada tahun 1928 bagi menggantikan masjid lama yang dibina daripada kayu.
Masjid ini dinamakan Masjid Raja Alang sempena nama Raja Alang Ibn Raja Berayun.
Masjid ini dibina atas tanah wakaf yang diwakafkan oleh kerabat diraja Raja Alang.
📍Beranang, Selangor
11/11/2025
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan p**a tempat bermain.
Kampus UIA yang pertama ketika mula ditubuhkan pada tahun 1983.
Ketika kampus utama UIAM di Gombak siap dibina pada tahun 1997, kawasan ini telah menjadi kampus Matrikulasi kedua selepas penempatan sementara di Institut Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2017, Matrikulasi UIAM telah berpindah di kampus tetapnya di Gambang, Pahang, dan kampus ini telah diserahkan semula kepada pemilik asalnya iaitu Lembaga Kolej Islam Malaya.
Namun hanya sebahagian kecil bangunan dan kawasannya digunapakai oleh pihak Universiti Islam Malaysia dan Universiti Malaya, dan kebanyakan bangunan dan kawasan sekitarnya terbiar usang tanpa pemeliharaan dan penjagaan rapi.
Moga ada pihak dapat mengambil alih kawasan ini dan menghidupkannya semula sebagai hab pengajian Ilmu bagi kawasan Petaling Jaya khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya.🤲
📍Mantan Kampus UIAM 1983 - 2017, Seksyen 16, Petaling Jaya
❤️