13/07/2026
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) & BENGKEL SEMAKAN PRESTASI SETENGAH TAHUN 2026 PPD KERAMAT
Pejabat Pendidikan Daerah Keramat telah mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dan Bengkel Semakan Prestasi Setengah Tahun 2026 pada 8 hingga 10 Julai 2026 bertempat di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak. Program yang menghimpunkan barisan pengurusan tertinggi, SIPartners+, SISC+, pegawai dan anggota kumpulan pelaksana ini bertujuan menilai prestasi organisasi bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2026, menyemak keberkesanan pelaksanaan pelan strategik dan pelan operasi, serta memperkukuh penyelarasan tindakan bagi memastikan pencapaian sasaran dan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang lebih cemerlang.
Sepanjang program, pelbagai pembentangan dan sesi perbincangan telah dilaksanakan meliputi pencapaian aktiviti Pelan Taktikal dan Pelan Operasi sektor, Laporan Bimbingan Sektor Setengah Tahun 2026, prestasi KPI Pegawai Pendidikan Daerah dan KPI sektor, serta laporan berkaitan maklum balas pelanggan, kecukupan sumber, pengurusan latihan personel, analisis taburan guru, enrolmen murid dan keciciran murid. Bengkel ini turut membincangkan laporan pelibatan murid dalam kokurikulum dan sukan, kehadiran pegawai dan AKP, pencapaian pembekal, prestasi perbelanjaan serta laporan PKPPD 2026 sebelum diakhiri dengan rumusan, hal-hal lain dan ucapan penangguhan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.
Melalui pendekatan semakan prestasi yang berasaskan data, kolaboratif dan berfokuskan penambahbaikan berterusan, PPD Keramat terus komited memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan aspirasi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Keramat SMART Keramat Leads Kuala Lumpur.
* *
* *
* *
* *
* *
* *
* *