31/08/2022
SAYA ANAK MALAYSIA 🇲🇾✨
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65 dari kami murid-murid Prasekolah KVerts!!
Tanah Air Ku Terus Terbilang,
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan,
Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang,
Semarakkan Bersama Bulan Kebangsaan.
01/03/2022
✨✨Salam Israk Mikraj ✨✨
27 Rejab 1443H | 1 Mac 2022
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar kisah sejarah tetapi ia membawa pengajaran melalui pelbagai peristiwa yang Allah SWT tontonkan agar manusia sentiasa mengingati Allah dan takut akan kekuasaanNya.
Penghayatan terhadap peristiwa Israk dan Mikraj mampu menjadikan kita manusia yang sentiasa berlumba-lumba melalukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Salam dari Prasekolah KVerts
27/02/2022
🏫✏️🏫✏️🏫✏️🏫
PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM BAGI SESI 2023/2024
"mohon perhatian kepada Ibubapa yang mempunyai anak berumur 4 dan 5 tahun 👨👩👧👦👨👩👧 Pendaftaran untuk Kemasukan Prasekolah KPM akan bermula pada 1 Mac 2022 hingga 30 April tahun sebelumnya"
Permohonan melalui 2 kaedah:
1. Permohonan atas talian melalui http://eprasekolah.moe.gov.my
( 1 Mac 2022 - 30 April 2022 )
2. Pendaftaran di sekolah (manual )
( 1 Mac 2022 - 31 Mei 2022 )
Pihak sekolah mencadangkan pilihan terbaik adalah mengisi borang secara atas talian.
✨Syarat kemasukkan Prasekolah✨
1. Kanak-kanak warganegara Malaysia
2. Keutamaan adalah berumur 6 tahun
3. Kanak-kanak yang lahir pada 2 januari 2017 hingga 15 januari 2019 layak memohon tetapi kelulusan permohonan bergantung pada kelayakkan dan kekosongan
permohonan manual dan online hendaklah dikepilkan bersama-sama dokumen yang telah lengkap. Semua dokumen boleh dihantar kembali ke pejabat sekolah sebelum 31 MEI 2022
yang tidak lengkap atau meragukan akan DITOLAK oleh pihak sekolah. Semua dokumen original boleh dihantar ke pejabat sekolah.
05/03/2021
PERMOHONAN SECARA TALIAN/ONLINE TELAH DIBUKA
🔸 Bermula 1 MAC 2021 sehingga 31 MEI 2021
" jangan lupa daftar segera "
14/12/2020
Assalamualaikum dan Selamat Tengahari semua
kami dengan bangganya ingin mengucapkan TAHNIAH 🎉 kepada pemenang 🏆 untuk PERTANDINGAN LUKIS DAN CERITA 💬✍️ tentang SAYA, SEKOLAH DAN COVID-19. Alhamdulilah Prasekolah KVerts telah Berjaya memenangi tempat PERTAMA dalam kedua-dua kategori. 🥇
📝Tahniah kepada ADAM RAYQAL, PUTRI AMYRA dan SITI NURMADINAH yang telah memenangi tempat PERTAMA, KEDUA dan KEEMPAT dalam kategori A untuk 4&5 tahun.
📝Tahniah kepada NURAYESHA KHALEEDA memenangi tempat PERTAMA dalam kategoti B untuk 6 tahun.
📝Tahniah juga kepada TEACHER SITI NUR KHALIS untuk ANUGERAH GURU PEMBIMBING.
TERIMA KASIH atas jasa baik dan sokongan semua yang telah meluangkan masa untuk 'LIKE & VIEW' video Murid-murid Prasekolah KVerts 👍👍 kepada pihak penganjur Community services dengan kerjasama UMCares dan semua Ibubapa yang membantu Murid-murid Prasekolah KVerts dalam menghasilkan lukisan dan video yang sangat kreatif. ‼️TAHNIAH 👍 PRASEKOLAH KVERTS CEMERLANG
03/06/2020
PERINGATAN MESRA UNTUK PEMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2021 ✏️
⚠️ Tempoh pemohonan online
⚠️ Penghantaran dokumen ke pejabat atau prasekolah
⚠️ Permohonan manual
18/05/2020
Assalammualaikum dan salam sejahtera 👨👩👧👦👋
Bersempena dengan *Hari Guru* yang kebiasaannya disambut pada tanggal 16 Mei maka tugasan yang diberikan adalah berkaitan dengan Hari Guru.
💕*Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu*💕
SUBJEK : Kreativiti Dan Estetika
Topik : Membuat Kad Hari Guru bertemakan tema hari guru.
✉️📩📨📧💌📥📤🏷📰
15/05/2020
🔹Biar penat berdiri;
Jangan penat memberi.
🔹Biar lelah terduduk;
Jangan lelah membentuk.
🔹Biar penat bercakap;
Jangan penat berharap
SELAMAT HARI GURU 👨🏫👩🏫📚
teacher Siti Nor Khalis dan ustaz Abdul Bais Ramli
TERIMA KASIH CIKGU, JASA MU DIKENANG SELALU 🌸
12/05/2020
Salam semua...
Salam ramadhan
Hari ini Prasekolah Kverts minta anak2 tonton Tv Pendidikan yg tlh di sediakan oleh pihak KPM khas utk murid2 prasekolah.. stay tune jam 1.00 -2.00 tgh hari..
Slot Tv Pendidikan utk Prasekolah
Tajuk : Genius Matematik nombor 1-5
Ibubapa blh temankan anak2 belajar sambil menonton..
TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di capaian internet melalui laman sesawang https://myklik.rtm.gov.my
ASTRO TUTOR TV di Saluran 601 dan 603.
Lots of love prasekolah KVerts 💕
12/05/2020
Assalamualaikum semua 🤩🙋♀️🙋♂️
Alhamdulilah, selama tempoh PKP sehingga PKPB dijalankan telah banyak penurunan kes jangkitan yang dicatatkan 👍 semoga kita dapat kekal menjaga kebersihan dan jarak ketika berada di luar 🏘️
Hari ini kita belajar CARA - CARA MENCUCI TANGAN 👏💧 dari anak2 Prasekolah kolej vokasional ert setapak
👎
Terima kasih dan tahniah semua bagus dan hebat ☺️
❤️Adam rayqal
❤️Ashyam
❤️Khaleeda
❤️Auni
❤️Rafanda