Hidayah Centre Foundation

Hidayah Centre Foundation

Share

We strive to achieve this by taking a holistic and systemic approach, with a sense of duty and compassion towards humanity.

Hidayah Centre (HC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat untuk menghubungkan komuniti daripada pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Khidmat dan aktiviti HC adalah tertumpu kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama, serta saudara baru yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai aspek. Pada 29 Februari 2012, The Trustees of Hidayah Centre Foundation Re

02/06/2026

Selamat Datang ke Agama Fitrah

HCF Pulau Pinang

Alhamdulillah, petang semalam satu lagi syahadah telah berlangsung di pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang.

Seorang saudari yang berasal dari Sabah telah melafazkan kalimah syahadah dengan penuh keikhlasan, menandakan permulaan baharu dalam kehidupannya sebagai seorang Muslim.


Majlis syahadah tersebut telah dipimpin dan dibimbing oleh Pengurus HCF Negeri Pulau Pinang, En Ahmad Shiham dengan turut disertai oleh saudari Ayunazirah, pelajar latihan industri, yang bersama-sama menyaksikan momen bermakna ini.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat-Nya, mempermudahkan setiap urusan, menguatkan iman serta memberi kekuatan untuk beliau terus istiqamah dalam setiap langkah sebagai seorang Muslimahโœจ



01/06/2026

๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฏโ—

"Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan,
Allah memudahkannya di dunia dan di akhirat."
(Riwayat Ibnu Majah)

Mari bersama membantu ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ต & ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ณ oleh Hidayah Centre Foundation melalui:
www.infaqhidayah.com
www.infaqhidayah.com
www.infaqhidayah.com
atau
Atau melalui perbankan internet.
๐Ÿ“ฅ Maybank: 5622 0962 4421 [The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered]
๐Ÿ“ฅ Bank Islam: 1211 3010 0494 33 [Hidayah Centre Foundation]

01/06/2026

Ziarah Kasih Pasangan Mualaf

HCF Pulau Pinang

Alhamdulillah, HCFPP berkesempatan menziarahi dua orang mualaf yang merupakan pasangan suami isteri di sekitar Air Itam, Pulau Pinang. Pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki berusia lebih kurang sebulan lebih.

Ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi sebagai sokongan kepada saudara mualaf yang memerlukan bantuan. Dalam ziarah ini, kami juga menyampaikan sumbangan barangan dapur serta bantuan wang tunai untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Semoga usaha kecil ini dapat memberikan sinar kegembiraan dan kekuatan kepada mereka. HCFPP akan terus komited dalam menyantuni dan membimbing mualaf ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan beriman.

HCFPP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kompleks Darul Hidayah atas sumbangan yang diberikan. Bantuan ini amat bermakna dalam menyokong saudara mualaf di santunan kami.

Doakan agar usaha dakwah ini terus dipermudahkan dan diberkati.


01/06/2026

Revert leadership camp

01/06/2026

Prophetic Leadership oleh Pakcik Lan di Revert Leadership Camp 2026.

01/06/2026

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
Sembah Takzim daripada seluruh warga kerja
Hidayah Centre Foundation.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

31/05/2026

"Trust Allah's plan when things don't go the way you wanted, because He is the best of planners."

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 300. 3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00