11/03/2021
MAKLUMAN TENTANG KEMASUKAN KE IPTA, IPG, KOLEJ MATRIKULASI DAN ILKA
Berita baik buat semua rakan-rakan FB!!!!!!!!!!!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!!!!!!
Jom turut serta!!!!!!
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman sesawang upu.moe.gov.my
10/03/2021
๐ SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2021 ๐
10 Mac merupakan tarikh yang amat bermakna pada setiap tahun bagi meraikan Pegawai Pembantu Perubatan di seluruh Malaysia ๐. Di kesempatan ini, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan, UKM ingin mengucapkan Selamat Hari Pembantu Perubatan kepada semua anggota Pembantu Perubatan di Malaysia.
Tema sambutan Hari Pembantu Perubatan pada tahun ini ialah 'Bersama Pembantu Perubatan Memerangi COVID-19' yang amat bersesuaian dengan peranan yang dimainkan Pembantu Perubatan sewaktu berhadapan dengan pandemik COVID-19. Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tema ini mencerminkan kesungguhan Pembantu Perubatan dalam meningkatkan professionalisme dan berkhidmat dengan penuh dedikasi bagi memastikan kesejahteraan masyarakat di Malaysia ๐๐ป.
Semoga anggota Pembantu Perubatan terus bersemangat menjalankan tugas dalam memerangi pandemik COVID-19 dan terus memberi khidmat dan melakukan yang terbaik untuk negara ๐ช๐ป. Terima kasih kepada semua Pegawai Pembantu Perubatan atas segala jasa.
27/02/2021
Pencapaian yang amat membanggakan telah dicipta oleh salah seorang Pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan, Wong Sii Riong yang telah dilantik sebagai Regional Director untuk Asia Pasific Region dalam International Federation of Physician Assistant/ Physician Associate and Clinical Official/ Clinical Associate/ Comparable Student's Association (IFPACS) ๐๐๐ป
Tahniah diucapkan. Semoga pencapaian ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada pelajar EMED yang lain dalam memajukan diri dan profession PPP pada masa hadapan . Selamat menjalankan tugas, Wong Sii Riong ๐๐ป.
10/02/2021
[ PEMBENTANGAN PROJEK ELEKTIF ]
Pada 09 Februari 2021, pembentangan subjek Projek Elektif bagi pelajar EMED tahun 2 telah berlangsung dengan jayanya ๐.
Pembentangan ini merupakan salah satu komponen utama dalam memenuhi keperluan subjek Projek Elektif FFEP 2132 ๐.
Projek Elektif merupakan sebuah subjek yang unik dan berbeza berbanding subjek yang lain๐ง. Hal ini kerana, subjek ini telah memberi pendedahan kepada pelajar terhadap pembelajaran luar kampus ๐. Pelajar dikehendaki memilih dan mengikuti sebarang posting elektif mengikut minat dan kecenderungan masing masing ๐ค.
Dengan ini, pelajar secara tidak langsung dapat mengorganisasikan kemahiran mengurus pembelajaran luar kampus disamping menimba pengalaman dan mempelajari kemahiran kerja berpasukan dan berkomunikasi dengan individu dan organisasi luar ๐ฃ๏ธ๐๐ป.
Antara bidang menarik yang telah dipilih termasuklah:
- Perakaunan ๐ฐ
- Keusahawanan ๐ต
- Fotografi ๐ธ
- Perkhidmatan pelanggan ๐ฅ
- Fisioterapi๐ง๐ปโ๐ฆผ
Walaupun posting elektif ini dijalankan dalam keadaan norma baharu, namun, kesemua pelajar tahun 2 telah berjaya menyelesaikan dan membentangkan projek mereka dengan begitu baik ๐๐ป๐๐ป๐ค.
Panelist utama yang terlibat dalam pemarkahan pelajar termasuklah Pakar Perubatan Kecemasan, HCTM Prof Johar Jaafar, Ketua Program EMed, Dr Alias Mahmud dan juga En Salim selaku ketua modul Projek Elektif ๐๐ .
Pelbagai perkara dan intipati menarik telah dikongsikan oleh setiap pelajar sepanjang pembentangan ini berlangsung. Diharap agar dengan segala ilmu yang ditimba sepanjang kursus Projek Elektif ini memberi pengalaman yang luar biasa kepada semua. Tahniah diucapkanโจ๐๐๐ป !
31/01/2021
๐SELAMAT MAJU JAYA ๐
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar Sains Perubatan Kecemasan (EMED) UKM terutamanya pelajar Tahun 2 dan Tahun 4 yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada minggu hadapan ๐ . Kepada pelajar Tahun 3, gunakanlah masa sepanjang study week ini sebaiknya dengan mengulangkaji pelajaran bagi persiapan untuk peperiksaan akhir tidak lama lagi ๐ .
Semoga segala urusan dipermudahkan sepanjang minggu peperiksaan ๐ช . Dengan berkat usaha dan doa, InshaAllah kita semua akan memperoleh kejayaan ๐ฏ.
'Kecemerlangan dicipta oleh insan biasa, yang berusaha secara luar biasa!'๐ฅ
Selamat berjuang semua!๐๐
04/12/2020
๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง๐๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก ๐
Pada 01 Disember 2020, sebuah program *'Seminar Perkhidmatan Operatif Ambulan'* telah dijalankan dengan jayanya secara atas talian melalui aplikasi Zoom ๐ป. Program ini telah dianjurkan oleh Pelajar EMED Tahun 3 dan dimeriahkan lagi oleh semua pelajar Ijazah Sains Perubatan Kecemasan, UKM.
Program Seminar POA ini merupakan salah satu komponen utama dalam memenuhi keperluan subjek FFEP 3314 ๐ bagi pelajar EMED Tahun 3. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai isu-isu berkaitan operasi dan penggunaan ambulan di perawatan pra hospital. ๐จ๐
Bukan itu sahaja, antara *OBJEKTIF* lain program ini ialah:
- Meningkatkan daya pemikiran pelajar agar lebih kritis dalam pengendalian operasi ambulan ๐ง.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar mengenai perkembangan semasa dalam operasi ambulan ๐.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan ambulan dalam perawatan pra hospital pada masa hadapan ๐ฏ๐๐ป.
Program ini telah dirasmikan oleh Dr Alias Mahmud. En Abdul Karim juga telah dijemput sebagai panel seminar bersama-sama Dr Alias โบ๏ธ.
Antara *tajuk-tajuk menarik* yang telah dibentangkan oleh setiap kumpulan ialah :
- ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐๐๐
- ๐๐ซ๐ข๐ฏ๐๐ซ ๐
๐๐ญ๐ข๐ ๐ฎ๐
- ๐๐๐ญ๐ข๐๐ง๐ญ ๐๐จ๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ฆ๐๐ง๐ญ ๐๐ฐ๐๐ซ๐๐ง๐๐ฌ๐ฌ
- ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐ซ๐๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐ซ๐ข๐ฏ๐ข๐ง๐
Banyak ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsi bersama sepanjang seminar ini berlangsung ๐๐ค. Ianya juga sedikit sebanyak telah memberi pengalaman baru kepada pelajar EMED dalam menjalankan seminar secara atas talian ๐๐๐ป.
Dengan ini, diharap agar aktiviti seminar seperti ini dapat diteruskan lagi oleh legasi EMED pada masa akan datang agar setiap pelajar dapat memperluaskan pengetahuan di samping memperoleh ilmu yang bermanfaat demi meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan ambulan dan perawatan pra hospital๐๐จ๐ฏ.
22/11/2020
๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฌ๐ป๐ญ๐ป
Alhamdulillah, pada 20 November 2020 telah berlangsungnya sebuah program ๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐ yang julung kalinya dianjurkan oleh Pelajar EMED Tahun 3 dengan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP) โจ.
Program EM-Mate yang juga dikenali sebagai Emergency Medicine - Mate dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta menjadi satu medium perhubungan antara junior dan senior dalam kalangan pelajar Sains Perubatan Kecemasan ๐ค.
Bukan itu sahaja, antara *objektif* lain program ini ialah:
- Memupuk semangat persahabatan antara junior dan senior ๐ญ๐ป๐ฌ๐ป.
- Membantu dalam proses pembelajaran sepanjang tempoh pengajian di Fakulti Perubatan, UKM ๐.
- Memberi sokongan secara berterusan dan berkongsi pengalaman dalam mengharungi kehidupan sepanjang sesi pengajian di UKM ๐ช๐ป.
Program ini telah dirasmikan oleh Dr Akmal Shareela Ismail iaitu Penasihat 2 PERSIAP dan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Dr Alias Mahmud selaku Penasihat Persatuan Pelajar Sains Perubatan Kecemasan dan Ketua Program Sains Perubatan Kecemasan ๐.
Antara *aktiviti* yang telah dijalankan ialah:
- Suai kenal antara satu sama lain ๐คฉ
- Pengenalan kepada program ๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ญ๐ป๐ฌ๐ป
- Pemilihan Buddy๐ค
Dengan ini, diharap agar program 'EM-Mate' dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar baharu dan Buddy supaya dapat saling
membantu dalam meneruskan perjuangan sebagai pelajar sepenuh masa di UKM โจ๐ช๐ป.
19/11/2020
HADIAH CABUTAN BERTUAH UNTUK SOALAN YANG TERPILIH SEMASA SESI BUAL BICARA!
Klik pautan ini untuk mendaftar :
https://us02web.zoom.us/.../reg.../WN_GtBRDz6OQNG-YTq22t20Qg
Anda akan menerima link yang dihantar melalui emel yang anda daftarkan untuk masuk ke sesi berkenaan malam ini. Apa yang perlu anda buat adalah hanya klik pd link yg diberikan dalam email berkenaan pada jam 8.45 malam ini..
19/11/2020
๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐ข๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ
Umum menyedari suatu fenomena baharu telah mengejutkan penduduk dunia. Ia berpunca akibat pendemik COVID-19 yang telah memberi implikasi yang negatif dan kurang sihat kepada kemakmuran dan kesejahteraan kehidupan kita. Ia menuntut kepada satu perubahan cara dan gaya hidup kita semua. Apa yang pasti jika kita tidak tanganinya bersama & tidak dapat mengadaptasi norma baharu ini, ia akan mengundang implikasi negatif kepada gangguan emosi, fizikal dan sosial masyarakat. Antara yang turut merungsingkan kita adalah kekangan dan keterbatasan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ketika berada dalam fenomena ini.
Seperti yang saya janjikan, isu kesihatan kaum adam yang terkesan akibat fenomena ini perlu dibincangkan supaya kita semua mempunyai solusi untuk mengadaptasi norma baharu, lantaran itu dapat memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang baik.
Justeru, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Sains Perubatan Kecemasan UKM mengajak anda untuk bersama-sama di dalam bual bicara bersama Pakar-Pakar Sakit Tuan dan Subject Metter Expert yang dijemput untuk bersiaran melalui platform Zoom pada 19 November 2020. Bersempena sambutan Hari Lelaki Sedunia kali ini maka tajuk siri bual bicara yang akan disajikan adalah KESIHATAN LELAKI DALAM NORMA BAHARU.
Panelist:
1. Dr Haji Mohd Ismail bin Mohd Tambi (Pakar Sakit Tuan (Andrologi) Malaysia)
2. LT. Kol. (PA) Profesor Dato' Dr. Zulkifli Md Zainuddin (Pakar Perunding Kanan Urologist/Nephrologist)
3. Hj. Jamal Abdul Nasir Bin Sohaimi (Ketua Penolong Pegawai Perubatan Sektor Kesihatan Dewasa BPKK KKM)
HADIAH CABUTAN BERTUAH UNTUK SOALAN YANG TERPILIH SEMASA SESI BUAL BICARA!
Klik pautan ini untuk mengikuti siri bual bicara ini https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_GtBRDz6OQNG-YTq22t20Qg
Anda akan menerima link yang dihantar melalui emel yang anda daftarkan untuk masuk ke sesi berkenaan malam esok. Apa yang perlu anda buat adalah hanya klik pada link berkenaan pada jam 8.45 malam ini..
16/11/2020
๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐ง & ๐๐๐๐ฆ๐ง
Pada 16 November 2020, kesemua pelajar Perubatan Kecemasan Tahun 3 telah menjalani satu latihan praktikal berkaitan prosedur FAST & EFAST bersama AMO Zulhafizi ๐ค.
Sesi praktikal yang berjalan selama 3 jam tersebut telah memberi peluang kepada setiap pelajar Perubatan Kecemasan Tahun 3 untuk melaksanakan prosedur tersebut dengan teknik yang betul ๐๐ป.
Banyak ilmu yang telah dikongsi oleh AMO Zulhafizi dalam sesi ini. Semoga ke semua ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan pendedahan baru kepada setiap pelajar dan diaplikasikan pada masa akan datang ๐.
10/11/2020
[ SESI PERKENALAN PELAJAR BAHARU EMED SESI 2020/2021 BERSAMA PELAJAR EMED TAHUN 3 ]
Alhamdulillah, pada malam 9 November 2020, satu perjumpaan yang melibatkan pelajar baharu EMED sesi 2020/2021 (Tahun 2) dan pelajar Tahun 3 telah diadakan bagi meraikan kedatangan keluarga baru EMED.
Perjumpaan ini telah diadakan menerusi platform aplikasi ZOOM. Antara aktiviti dan perbincangan yang telah diadakan sepanjang sesi perjumpaan semalam termasuklah:
- Aktiviti suai kenal dan beramah mesra.
- Sesi perkongsian pengalaman.
- Aktiviti soal jawab berkaitan modul baharu pembelajaran.
Di samping itu, banyak juga input yang telah dikongsikan bagi membantu pelajar baharu meneruskan aktiviti pembelajaran dalam keadaan norma baharu (online learning).
Semoga perjumpaan seperti ini dapat diteruskan bagi mengukuhkan lagi ukhwah dalam kalangan pelajar EMED.
*Perjumpaan seterusnya akan diadakan bersama pelajar tahun akhir EMED dalam masa terdekat*