Karya NHI

Website

Karya NHI Perkongsian berkaitan pendidikan anak/murid. Menghasilkan modul pembelajaran untuk kegunaan guru, ibu bapa dan kanak-kanak.

Seterusnya..."Baca perkataan bermula huruf..."πŸ’™ Huruf I🀎 Huruf J🩷 Huruf K🀍 Huruf LJemput guna.https://t.me/KaryaCikguNHI
19/09/2026

Seterusnya...
"Baca perkataan bermula huruf..."

πŸ’™ Huruf I
🀎 Huruf J
🩷 Huruf K
🀍 Huruf L

Jemput guna.
https://t.me/KaryaCikguNHI

Aktiviti menulis tidak semestinya bermula dan berakhir di atas buku latihan semata-mata. Ramai ingat bila tiba aktiviti ...
17/09/2026

Aktiviti menulis tidak semestinya bermula dan berakhir di atas buku latihan semata-mata. Ramai ingat bila tiba aktiviti menulis, buku latihan perlu sedia atas meja anak. Jika kita tetapkan seperti itu, anak mungkin cepat bosan dan mudah hilang fokus.

Di sini saya kongsikan 5 aktiviti menulis yang ibu ayah boleh guna tanpa menggunakan buku latihan.

Aktiviti 1 : Tulisan Pasir
πŸ’› Sediakan pasir di atas bekas atau pinggan. Ibu ayah tunjukkan kad huruf yang ingin dipelajari dan cara menulis huruf di atas pasir. Minta anak tulis huruf beberapa kali. Jika tiada pasir, boleh gantikan dengan garam. Biarkan anak seronok 'membentuk' huruf sebelum menulis pada buku latihan.

Aktiviti 2 : Tulisan Angin
πŸ’œ Tulisan angin membantu tingkatkan daya imaginasi anak. Ibu ayah tunjukkan cara menulis atas angin. Mulakan dengan garisan lurus, beralun dan bentuk seperti bulat. Kemudian, selitkan satu atau dua huruf pada satu-satu masa. Elak tegur kesilapan anak jika tulisan angin anak belum tepat. Perlahan-lahan betulkan selepas beberapa kali aktviti tulisan angin dibuat.

Aktiviti 3 : Tulisan Kapur
πŸ’™ Kapur tulis bantu anak kenal bentuk huruf secara 'kasar'. Cari kawasan untuk anak menulis menggunakan kapur tulis seperti lantai atau dinding. Aktiviti ini bukan nak anak terus fokus bentuk huruf atau perkataan. Aktiviti ini nak anak biasakan menulis huruf dengan saiz yang bebas. Biarkan anak tulis huruf saiz kecil, besar atau mungkin jauh berbeza dari apa yang ibu ayah inginkan. Kita nak anak mula biasa memegang 'sesuatu' untuk menulis.

Aktiviti 4 : Doh Huruf
πŸ’š Sediakan doh dan minta anak menguli doh menjadi bentuk panjang atau bulat. Pilih huruf secara rawak dan sebut huruf sambil bermain doh dengan anak. Ketika anak seronok menguli doh, anak akan rasa 'tak belajar'. Jadi, ibu ayah perlu memainkan peranan di sini untuk sebut huruf atau uli doh mengikut huruf. Minta anak tiru bentuk doh dan sebut huruf sekali-sekala ketika aktiviti tersebut.

Aktiviti 5 : Berus dan Air
❀️ Bermain warna sememangnya dunia anak-anak. Sediakan berus, cat air dan kotak kosong. Jadikan aktiviti ini seperti aktiviti bebas. Biarkan anak berkarya bebas menggunakan bahan yang disediakan. Selit beberapa huruf ketika aktiviti. Contohnya, anak lukis rumah, ibu ayah boleh selit huruf 't' pada tingkap.

Sebenarnya, kita sebagai ibu ayah boleh tarik minat anak hanya dengan pelbagaikan aktiviti menulis. Bagi peluang anak meneroka kemahiran menulis dengan aktiviti yang berbeza.

Jika anak dah seronok dengan aktiviti menarik, ibu ayah boleh beri latihan menulis secara berperingkat menggunakan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kemahiran menulis anak.

Moga bermanfaat.
https://t.me/KaryaCikguNHI/10674

Dah bulan September ni sesuai sangat bagi anak buat latihan menulis bermula huruf A hingga Z. Pada masa yang sama, kita ...
16/09/2026

Dah bulan September ni sesuai sangat bagi anak buat latihan menulis bermula huruf A hingga Z.

Pada masa yang sama, kita boleh tengok kemahiran menulis dan kemahiran membaca anak.

Ibu ayah boleh guna "Latihan Rajin Pintar BM" yang terbaru ni sebab...

πŸ“– Ada latihan membaca dan menulis perkataan bermula huruf A hingga Z.

⭐️ Ada latihan padankan perkataan dengan gambar yang betul bagi mengukuhkan kemahiran membaca.

βœ”οΈ Sesuai untuk kanak-kanak umur 5 tahun ke atas.

Dapatkan softcopy lengkap sebanyak 51 muka surat di sini πŸ‘‡πŸΌ
πŸ“Ž https://karyanhi.com/products/latihanrajinpintarbm

Kita sambung..."Baca perkataan bermula huruf..."πŸ’œ Huruf D🩡 Huruf EπŸ’› Huruf F❀️ Huruf G🧑 Huruf HMoga bermanfaat.https://t....
15/09/2026

Kita sambung...
"Baca perkataan bermula huruf..."

πŸ’œ Huruf D
🩡 Huruf E
πŸ’› Huruf F
❀️ Huruf G
🧑 Huruf H

Moga bermanfaat.
https://t.me/KaryaCikguNHI

Baca perkataan mudah mengikut huruf.🩷 Huruf AπŸ’š Huruf B🧑 Huruf CMoga bermanfaat.https://t.me/KaryaCikguNHI
12/09/2026

Baca perkataan mudah mengikut huruf.
🩷 Huruf A
πŸ’š Huruf B
🧑 Huruf C

Moga bermanfaat.
https://t.me/KaryaCikguNHI

Dah nak kembali sekolah kan?Boleh guna aktiviti macam ni untuk tarik minat anak-anak yang dah bercuti seminggu.🧑 Tingkat...
06/09/2026

Dah nak kembali sekolah kan?
Boleh guna aktiviti macam ni untuk tarik minat anak-anak yang dah bercuti seminggu.

🧑 Tingkatkan kemahiran motor halus.
πŸ’š Kukuhkan kemahiran membaca.
βœ”οΈ Baca, warna, gunting dan tampal.

Jemput guna. Moga bermanfaat.
https://t.me/KaryaCikguNHI/10638

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karya NHI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share