17/04/2026
Rabu , 15 April 2026
SMK Setapak Indah kembali mencatatkan memori indah apabila seorang murid terpilih memenangi Anugerah Khas bersempena Majlis DUTA ( Digital Utilization and Technology Awards) 2025 di JPWPKL .
Syabas dan Tahniah warga SMKSI ucapkan kepada:
Aleeya binti Muhamad Faridzman, 5 Kreatif (bersama guru pembimbing, Pn Nur Shazana binti Ahmad Bzyauddin) - Anugerah Ikon Murid Digital Robotik)
Semoga dengan pengiktirafan ini, dapat memberikan semangat dan harapan baharu kepada anak anak didik SMKSI untuk lebih cemerlang dan maju kehadapan. Terima kasih kami ucapkan khas kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. 🌸
13/04/2026
PERINGATAN
Mohon semua warga sekolah SMK Setapak Indah dan semua penduduk sekitar kawasan sekolah SMK Setapak Indah untuk mematuhi had laju kenderaan yang telah ditetapkan iaitu 10 km/j ketika berada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan yang berhampiran kawasan sekolah.
Kerjasama semua amat dihargai
Arahan Pengetua
ROSDI BIN HUSIN
03/03/2026
Selamat datang guru praktikal baharu! Semoga terus menjadi lilin yang menerangi, menyemai ilmu dan inspirasi buat anak bangsa.
Kami warga SMK Setapak Indah mengalu-alukan kedatangan guru praktikal dari UIA dan UKM. 🌸
27/02/2026
Tuan Pengetua, Encik Rosdi bin Husin mewakili pihak sekolah menerima penghargaan atas pencapaian cemerlang Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan dalam tempoh 7 hari bagi Tahun 2025.
19/02/2026
Salam Ramadan Kareem buat semua..
09/02/2026
“Hilang satu berganti satu, namun yang lama tetap di hati”
Pada 30 Januari yang lalu, pihak sekolah dibawah kelolaan KGS2026 telah mengadakan majlis perpisahan buat dua orang guru yang amat disayangi warga sekolah :
🎀Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu Encik Che Zanusi bin Che Hadi (2007-2005)
🎀Guru Bahasa Inggeris yang merangkap bekas KGD sekolah iaitu En Mohd Yusoff bin Wan Chik (2008-2025)
Mereka masing-masing telah memulakan tugas di sekolah baharu awal tahun 2026. Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul.. Pemergian ini bukan noktah sebuah jasa, tetapi permulaan lembaran baharu. Walau langkah Cikgu Zanusi dan Sir Yusoff beralih arah, bakti yang ditinggalkan terus hidup dalam ingatan dan doa kami..
03/02/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada 3 orang guru SMK Setapak Indah yang hebat dan kreatif kerana berjaya memenangi Anugerah Emas dalam Pertandingan International Conference on Teaching , Research, Administration, Leadership and Creative Transformation ( INTERACT) di WYSII 2026 di Bangkok, Thailand pada 30 Januari lalu..
Pasukan ini diwakili oleh GK Sains Matematik iaitu Pn Rismawati Ismail, serta dua orang guru Sains yang lain iaitu En Ahmad Shauqi dan Cik Nurul Sarra Farhana Sunata..
25/01/2026
Notis dan Makluman Berkaitan Program Penetapan Sasaran Calon SPM 2026 & Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
📌 Program Hari Penetapan Sasaran Calon SPM 2026 bermula pada pukul 11 pagi (rujuk poster hebahan)
📌 Kaunter Penyerahan BAP bagi murid Tingkatan 5 akan dibuka pada jam 12.00 hingga 2.00 petang di Dewan Wawasan.
📌 Pintu pagar utama sahaja dibuka bagi urusan penyerahan BAP.
📌 Murid boleh pulang bersama ibu bapa / penjaga selepas urusan selesai.
Terima kasih atas kerjasama semua ibu bapa
21/01/2026
“ Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan”
Kami mengalu-alukan kehadiran 4 orang guru praktikal dari UPTM dan KUIS ke SMK Setapak Indah.
Semoga kedatangan semua cikgu ini ibarat benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Selamat menimba pengalaman di sini dan selamat maju jaya 🌸
18/01/2026
“Setiap pertemuan ada perpisahan, setiap perpisahan ada hikmahnya”
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.
Kami warga SMKSI mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan staf baharu yang berpindah ke SMKSI. Semoga kehadiran barisan baharu diharapkan dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah ini.