09/05/2026
Jom saksikan secara langsung di https://vt.tiktok.com/ZS9FfvnKaFYGJ-HcQrb/
Laman FB Rasmi SK AU Keramat
BERUSAHA BERILMU BERJAYA
09/05/2026
Jom saksikan secara langsung di https://vt.tiktok.com/ZS9FfvnKaFYGJ-HcQrb/
08/05/2026
β½οΈπ PENDAFTARAN BARU 2026 DIBUKA! πβ½οΈ
Jom sertai **Soccer Ace** dan gilap bakat si kecil dalam dunia bola sepak! πββοΈπ₯
β
Latihan asas & kemahiran bola sepak
β
Jurulatih berpengalaman
β
Tingkatkan disiplin, keyakinan & teamwork
β
Sesuai untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur
π₯ Tempat terhad!
Daftar sekarang dan beri peluang anak anda menjadi bintang di padang! ββ½οΈ
π Untuk pendaftaran & pertanyaan:
Rujuk poster ini.
βKick Start Their Dream With Soccer Ace!β β½οΈπ
07/05/2026
π£ Jemputan Rasmi ke Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-33 / 2026 πββοΈπ
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dengan penuh sukacitanya, semua warga sekolah dijemput untuk memeriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-33 / 2026 yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
π Tempat: Kompleks Sukan MSN Setiawangsa
Ayuh bersama-sama kita memberi sokongan padu kepada para atlet dan memeriahkan suasana dengan semangat kesukanan yang tinggi! πͺπ₯
Jumpa anda di sana! π
06/05/2026
Pasukan catur SKAUK mencipta kejayaan dalam MSSWPKL 2026 apabila berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan berpasukan.
Kategori lelaki bawah 12 tahun memperoleh tempat ketiga, manakala kategori perempuan bawah 12 tahun berjaya menduduki tempat kedua.
Tahniah atas usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Semoga terus cemerlang pada masa akan datang! βοΈ
04/05/2026
Tahniah buat adik Hani Hazeeq Rizqy bin Haizard dari kelas 4 USM yang telah mengharumkan nama dengan meraih Pingat Emas dalam kategori umur 10 tahun bagi sukan Mighty Throwers 2.2 (Sukan Judo) di peringkat negeri pada 25 April 2026.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Teruskan berusaha dan berjuang! ππ₯
04/05/2026
ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA KEHADIRAN MURID SK AU KERAMAT ππ
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak sekolah yang menerima anugerah lonjakan saujana.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga SK AU Keramat untuk terus meningkatkan kehadiran murid, memupuk disiplin hadir ke sekolah secara konsisten serta mencapai kecemerlangan yang berterusan pada masa hadapan. π
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja buat semua warga SK AU Keramat. Terima kasih atas dedikasi dan komitmen semua warga sekolah dalam mendidik serta membentuk generasi masa depan. Semoga terus cemerlang dalam setiap usaha. π§π»βπ«π©π»βπ«β¨
30/04/2026
Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan tahniah diucapkan kepada para pemenang Minggu Bahasa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang bahasa serta meningkatkan keyakinan diri pada masa hadapan.
27/04/2026
SUMBANGAN & TAKLIMAT YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM)
Tarikh : 27 April 2026
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Gerakan, SKAUK
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Yaacob bin Haji Alias, Pengurus Eksekutif Kanan YAPEIM atas perkongsian ilmu dan keprihatinan terhadap warga SK AU Keramat.
Alhamdulillah. Pihak YAPEIM telah membuat sumbangan sebanyak RM5000 kepada pihak sekolah.
Guru juga berpeluang menyokong usaha kebajikan YAPEIM dan dapat bersama-sama dalam memberi sumbangan.
Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati serta memberi manfaat berterusan kepada semua.
27/04/2026
Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Diharapkan kemenangan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan.
26/04/2026
Tahniah !
| Monday | 07:30 - 16:30 |
| Tuesday | 07:30 - 16:30 |
| Wednesday | 07:30 - 16:30 |
| Thursday | 07:30 - 16:30 |
| Friday | 07:30 - 16:30 |