14/05/2024
Tuan puan yang saya muliakan,
Pada kesempatan ini, s**a saya khabarkan yang 253 naskah al-Quran tuan puan telah kami serahkan pada Sekolah Rendah Islam dan Tahfiz Al-Quran Wawasan Al-Irfan, Ulu Tiram Johor. Alhamdulillah, pihak madrasah ucapkan jutaan terima kasih pada semua penginfaq di atas segala kebaikan yang dicurahkan. Moga Allah membalasnya kelak di syurga.
Bagi anda yang ingin menambah bekal saham pahala amal jariah dengan menginfaqkan al-Quran kepada pelajar tahfiz, jemput semua untuk sama-sama menekan link yang kami sediakan di bawah ni ya :
http://ezy.la/infaqjariah
http://ezy.la/infaqjariah
Ataupun boleh tekan link whatapps ini untuk infaq melalui urusetia kami:
www.wasap.my/60199875606/infaqquranfb
www.wasap.my/60199875606/infaqquranfb
Pihak kami mengucapkan terima kasih sebesarnya di atas sokongan baik anda.
Cik Naziah Marsin,
Pengurus Program Infaq Ahlullah
14/05/2024
“BIAR TERASA PAHITNYA DUNIA AGAR TERASA MANISNYA SYURGA ”
Saya terdengar ayat ini dari seorang pendakwah yang sohor. Ringkas tapi 'deep'. Saya yakin, tuan puan yang sedang baca coretan ini pastinya lebih banyak makan garam daripada saya sendiri. Saya ini pun baru nak kenal dunia. Banyak perkara kena belajar.
Kadang kala, rasa takut jika tak mampu nak hadap 'kemanisan dunia' ni. Manis itu tidak semuanya manis, tapi disertai juga dengan ujian. Macam kata orang, nikmat itu juga adalah ujian untuk kita.
Pesan guru saya, kita berhempas p**aslah untuk kejar amal kebaikan di dunia walau kena lalui banyak hal-hal yang pahit sebab syurga itu nikmatnya sangatlah besar. Nak masuk bukannya mudah. Kena sungguh-sungguh.
Memang dunia ini ujian untuk kita. Ada masa, kita buat kebaikan disalah erti.
Pada akhir zaman, kita rasa pelik kenapa kemungkaran dijulang tinggi.
Bagi yang masih 'terdetik' hatinya untuk lihat kebenaran, bersyukurlah sebab itu tanda hidayah Allah bersama kita. Hati kita masih 'lembut untuk terima petunjuk dan bezakan yang mana baik yang mana sebaliknya.
Doa saya, moga kita ini selamat dari tipu daya dunia ini. Kita ini lemah, bergantung haraplah pada Allah semata-mata.
Doakan saya dan kita semua ya tuan puan.
Tuan puan yang saya hormati,
Alhamdulillah tuan puan. Kami telah poskan al-Quran anda ke Pusat Pendidikan Ribath Az Zahra Al Batul, Pahang Darul Makmur sebanyak 130 naskhah. Pihak madrasah ucapkan jutaan terima kasih buat semua penginfaq yang bermurah hati hadiahkan al-Quran ini pada semua pelajar.
InsyaAllah, pihak kami akan sampaikan lagi Al-Quran ke maahad tahfiz/madrasah yang seterusnya dalam masa yang terdekat ini. Jika tuan puan berhasrat untuk hadiahkan al-Quran pada pelajar-pelajar ini, jemput untuk sama-sama tekan link di bawah ini ya :
http://ezy.la/infaqjariah
http://ezy.la/infaqjariah
Ataupun boleh tekan link whatsapp ini untuk infaq melalui urusetia kami :
www.wasap.my/60199875606/infaqquranfb
www.wasap.my/60199875606/infaqquranfb
Terima kasih di atas keprihatinan anda.
Semoga Allah berkati segala usaha murni ini, InsyaaAllah.
Jemput infaq al-Quran baru kepada pelajar ini dengan :
Cik Naziah
Pengurus Program Infaq Ahlullah
04/04/2024
Terasa tenang je solat terawikh malam 25 Ramadhan ni. Buatnya LAILATUL QADAR mlm ni, beruntung kita infaq sbb dpt pahala sedekah 1,000 bulan. Jemput infaq Quran kpd plajar tahfiz, niatkan pahala ’pencen kubur’. Layari : bit.ly/mlmAkhir
03/04/2024
DAMAI je pagi ni. Rupanya puasa mlm 23 rmdn. Buatnya LAILATUL QADAR, beruntung kita bersedekah. Dpt pahala 1,000 bulan. Jemput infaq Quran utk plajar tahfiz, niatkan ’pencen kubur’. Layari: bit.ly/mlmAkhir
20/03/2024
DAH AMBIL KE VIDEO PERCUMA NI?
Alhamdulillah, kepada sahabat yang baik hati yang sudi infaqkan Al-Quran kpd pelajar tahfiz, ustaz nak hadiahkan 25 Video Kuliah Tajwid sempena bulan Ramadhan agar kita dapat mengaji dgn lebih lancar..
100% PERCUMA utk anda yg menginfaq Al-Quran.
Sambil-sambil tunggu waktu nak berbuka tu boleh belajar tajwid..
atau
Sambil-sambil tunggu geng tadarus boleh revise hukum tajwid..
Anda boleh menginfaq Al-Quran seperti berikut :
✅ RM10 (1 penama dlm Quran)
✅ RM30 ( 3 penama. Boleh sertakan nama diri sendiri, mak & ayah dlm Quran)
✅ RM100 (infaq senaskah Quran. Boleh sertakan 10 penama)
Boleh wasap saya di link ini ya utk claim hadiah FREE ini :
👇
www.wasap.my/60199875606/infaq-Q-RamadhanFB
20/03/2024
Rezeki anda, dpt peluang melombong pahala berganda sempena ramadhan..
Syukur Alhamdulillah, pagi ini team Program Infaq Ahlullah sedang menyampaikan 70 naskah Al-Quran infaq, hadiah dari tuan puan kepada Maahad Tahfiz Baitul Aini, Kuang, Rawang,
Kami doakan anda yang menginfaq al-Quran kepada pelajar-pelajar tahfiz dapat memperoleh pahala yang berpanjangan. Terima kasih ya tuan-tuan dan puan-puan atas sumbangan ikhlas anda.
Kami juga mohon doa dari tuan puan agar majlis penyampaian Al-Quran berjalan dengan lancar pagi ini..
Buat anda yang ingin menambah bekal saham pahala dengan menginfaq al-Quran kepada pelajar tahfiz, kami menjemput anda untuk bersama-sama menyokong perjuangan para pelajar menghafaz al-Quran dengan menginfaqkan Al-Quran baru buat mereka.
Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini, ganjarannya berganda tak macam bulan lain. Infaq sekali, tapi pahalanya berpanjangan..
Insya Allah, ada beberapa maahad tahfiz lain yang bakal kami sampaikan Al-Quran infaq bulan Ramadhan ini.
Anda boleh sertainya melalui link di bawah ya :
bit.ly/Sedekahikhlas
bit.ly/Sedekahikhlas
Ataupun boleh tekan link whatapps ini untuk infaq melalui urusetia kami:
www.wasap.my/60199875606/sedekahku2
www.wasap.my/60199875606/sedekahku2
Pihak kami mengucapkan terima kasih sebesarnya di atas sokongan baik anda.
Puan Laila,
Pengurus Program Infaq Ahlullah.
16/03/2024
NAK DOA CEPAT MAKBUL? JOM KITA IKUT CARA NI
Kita semua maklum yang doa ni ‘senjata’ dan kekuatan kita sebagai seorang muslim. Dulu, saya pernah ada keinginan dengan sesuatu. Saya tiap hari minta, Allah tak bagi-bagi lagi. Saya rasa sedih. Lepas tahu teknik yang BETUL untuk berdoa, alhamdulillah satu persatu doa saya Allah perkenankan.
Nak tahu apa tips doa cepat makbul? Saya kongsikan caranya di bawah ini ya.
TIPS NO #1 KITA MULAKAN DENGAN MEMUJI-MUJI ALLAH & KEKASIHNYA
Antara adab berdoa yang paling utama kita puji Allah dulu. Allah sangat s**a bila dipuji. Kemudian barulah kita puji kekasihnya iaitu Rasulullah S.A.W.
TIPS NO #2 ISTIGHFAR
Kemudian, kita lanjutkan dengan istighfar memohon keampunan atas semua dosa-dosa yang kita lakukan. Kata tok guru saya, bila ada dosa doa kita susah untuk dimakbulkan sebab dosa ni jadi benteng. Jadi kita minta dengan Allah supaya dosa-dosa ini dihapuskan.
TIPS NO #3 BERDOA DI WAKTU MUSTAJAB
Banyak hadis-hadis yang sebut tentang perkara ini. Antara yang saya boleh sebutkan di sini, “Allah turun ke langit dunia setiap malam, ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Allah berfirman, ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan, siapa yang meminta, akan Aku beri, dan siapa yang memohon ampunan pasti Aku ampuni’.” (HR. Muslim)
Paling best lagi, sekarang kita di bulan ramadan kan. Bulan mustajabnya doa. 30 hari masa yang Allah bagi untuk kita ‘meminta’ dengan Dia. Kita grab peluang ini dengan sebaiknya.
TIPS NO #4 MENGHADAP KIBLAT
Rasulullah setiap kali baginda berdoa akan menghadap kiblat. Dari Jabir radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berada di Padang Arafah, beliau menghadap kiblat, dan beliau terus berdoa sampai matahari terbenam. (HR. Muslim).
TIPS NO #5 BERSUARA LEMBUT
Kalau kita nak minta tolong pun perlu dengan nada lembut dan sopan, apatah lagi dengan Tuhan kan? Bersuara lembut dalam meminta ini juga sebagai tanda kita ini hamba yang banyak kekurangan, merendah diri dengan Tuhan. Dalam Quran sendiri ada ‘mention’ tentang perkara ini.
TIPS NO # YAKIN & BERSUNGGUH
Tips terakhir ni perlu kita bagi perhatian sikit. Doa ni , kalau tak yakin memang tak jadi. Bila kita rasa ragu dengan ‘kemampuan’ Tuhan, mana mungkin doa kita diangkat kan.
Tapi bila kita yakin, segala permintaan yang kelihatan mustahil pun boleh terjadi. Dalam Quran sendiri Allah ada sebut ‘Kun Faya Kun’. Jika Dia kehendaki, pasti terjadi. Kita takkan tahu ‘cara’ Allah menyusun takdir sehinggakan doa yang kita minta tu akhirnya makbul.
Kita cuba amalkan sama-sama tips ini. Saya yakin dan percaya, anda semua mungkin sudah terbiasa dengan tips ini dan bagi yang baru tahu, masih belum terlambat untuk kita amalkan. Semoga Allah mengampuni kita & terima amalan kita di bulan mulia ini.
Oh ya. Di kesempatan ini, s**a untuk saya maklumkan pada tuan puan semua yang pihak Pondok Tahfiz Baitussiddiq, Alor Gajah Melaka sudah menerima al-Quran infaq dari anda semua sebanyak 12 naskhah. Pihak madrasah ucapkan jutaan terima kasih untuk sumbangan ini.
Saya doakan anda yang sudah infaqkan al-Quran kepada pelajar-pelajar tahfiz ini akan dapat memperoleh pahala amal jariah yang berpanjangan. Terima kasih ya atas semua sumbangan ikhlas ini.
Bagi anda yang ingin menambah bekal saham pahala amal jariah dengan menginfaqkan al-Quran kepada pelajar tahfiz, jemput semua untuk sama-sama menekan link yang kami sediakan di bawah ni ya :
http://ezy.la/infaqjariah
http://ezy.la/infaqjariah
Ataupun boleh tekan link whatapps ini untuk infaq melalui urusetia kami:
www.wasap.my/60199875606/infaqquranfb
www.wasap.my/60199875606/infaqquranfb
Pihak kami mengucapkan terima kasih sebesarnya di atas sokongan baik anda.
Cik Naziah Marsin,
Pengurus Program Infaq Ahlullah
01/03/2024
Salam ceria Jumaat, jom raih BERKAHnya dgn infaq Quran di : ezy.la/infaqQjumaat Saya doakan, Ya Allah kurniakanlah rezeki yg mencurah-curah & pahala mengalir tanpa henti buat mereka yg menginfaq JUMAAT ini. Amiin. 🤲
27/09/2023
BAHAGIA TU SEDERHANA. TAPI APA ERTI ‘BAHAGIA’ YANG SEBENARNYA?
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Sebelum ini kita banyak cerita tentang hati, hari ni saya nak share p**a tentang bahagia. Intipati sharing ni sebenarnya dari guru-guru saya yang banyak mengajar saya tentang macamana nak menikmati hidup beragama.
Kalau nak cerita pasal bahagia ni tuan puan, tiap dari kita ni mesti ada definisi atau maksud bahagia kita sendiri.
Ada yang rasa bahagia bila boleh berkumpul ramai-ramai dengan keluarga. Ada yang rasa bahagia bila ada anak-anak yang ramai. Ada juga yang masih boleh rasa bahagia walaupun Allah tak bagi mereka anak. Ada juga yang tak kahwin sampai di penghujung usia, tetap rasa bahagia.
Bahagia itu ada bermacam-macam, bergantung pada individu itu sendiri. Kita yang mencorakkan rasa bahagia dalam diri.
Kata guru saya, bahagia menurut agama kita ialah bila kita redha dengan apa yang Tuhan bagi, itulah bahagia.
Kita pernah nampak kan orang yang diuji tapi masih boleh senyum macam tak ada apa yang berlaku? Mereka sedar yang mereka ini sedang diuji tapi masih boleh rasa bahagia sebab itulah kesempatan yang mereka ada untuk rasa bahagia Lillahi Taala.
Perasaan sedih itu fitrah tapi semua kita layak untuk bahagia. Untuk kita redha dengan sebenar-benar redha ini sangatlah berat kan, tapi nak capai bahagia yang sebenar kita pasti boleh. InsyaAllah.
P/s: Coretan di atas ini adalah perkongsian dari salah seorang team Program Infaq Ahlullah. Semoga perkongsian ini dapat beri sedikit kebaikan pada anda semua yang sudi membacanya.
Tuan puan yang budiman,
S**a untuk dimaklumkan juga yang baru-baru ini team infaq telah hantarkan al-Quran infaq anda ke Pusat Pengajian Tahfiz Balqis, Seri Manjung Perak dan pelajar-pelajar di sini menerima 280 naskhah Al-Quran Infaq dari anda semua. Alhamdulillah…
InsyaAllah, pihak kami akan sampaikan lagi Al-Quran ke maahad tahfiz/madrasah yang seterusnya dalam masa yang terdekat ini.
Jemput infaq al-Quran baru kepada pelajar ini dengan melayari :
ezy.la/infaqjariah
ezy.la/infaqjariah
wasap:
www.wasap.my/60199875606/infaqjariah
www.wasap.my/60199875606/infaqjariah
Terima kasih di atas ketulusan budi baik anda.
Semoga Allah membalasnya dengan sebesar ganjaran, InsyaaAllah.
P/S: Jika tuan/puan mempunyai cadangan berkenaan maahad atau sekolah yang sesuai untuk kami hantar Al-quran infaq ini boleh maklumkan kepada kami melalui komen di bawah atau whatsapp kami melalui link yang telah diberikan diatas.
Mohon jasa baik anda semua untuk sebarkan kepada rakan / kenalan di semua media sosial. Syukran.
Cik Naziah
Pengurus Program Infaq Ahlullah