PAS Cawangan Chegar Medang

PAS Cawangan Chegar Medang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Cawangan Chegar Medang, Computer training school, Kuala Lumpur.

Photos from PAS Cawangan Chegar Medang's post 10/05/2026
25/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN CHEGAR MEDANG KALI KE-29

Photos from PAS Cawangan Chegar Medang's post 24/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN CHEGAR MEDANG KALI KE-29

Alhamdulillah selesai menjalankan mesyuarat Agung tahunan bermula selepas isyak dan berakhir kira² jam 11:45 malam. Kehadiran memenuhi kehendak perlembagaan, terima kasih semua yang menjayakan MAT pada kali ini.

08/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN CHEGAR MEDANG KALI KE-29

HARI : JUMAAT
TARIKH : 24 APRIL 2026 bersamaan 6 ZULKAEDAH 1447H
MASA : 9.00 mlm
LOKASI : Markas PAS Cawangan Chegar Medang

Semua ahli wajib hadir dan menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM3 setahun.

Photos from PAS Cawangan Chegar Medang's post 13/03/2026

SUMBANGAN KIT ASNAF LAJNAH KEBAJIKAN & KEPRIHATINAN SOSIAL

Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Cawangan Chegar Medang mengadakan acara sumbangan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri, bertujuan meringankan beban mereka dan memastikan mereka dapat merayakan hari raya dengan gembira dan bermakna. Sumbangan ini diserahkan langsung kepada penerima, menunjukkan kepedulian dan kebersamaan masyarakat.

Photos from PAS Cawangan Chegar Medang's post 25/02/2026

RAMADAN MELATIH DIRI BERANI KE HADAPAN

Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan peluang untuk kita memperbaiki diri. Salah satu aspek penting dalam Ramadan adalah melatih diri untuk berani ke hadapan, menghadapi cabaran, dan mengatasi kelemahan diri. Dengan berpuasa, kita belajar untuk mengendalikan nafsu dan emosi, serta meningkatkan kesabaran dan ketabahan.

Melalui ibadah puasa, kita juga diajar untuk berani mengakui kelemahan diri dan berusaha untuk berubah menjadi lebih baik. Ramadan mengingatkan kita bahawa setiap cabaran adalah peluang untuk meningkatkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Dengan berani ke hadapan, kita dapat mengatasi rintangan dan mencapai kejayaan sejati.

Jadi, mari kita manfaatkan Ramadan ini untuk melatih diri berani ke hadapan, menghadapi cabaran, dan menjadi versi terbaik diri kita!

Photos from PAS Cawangan Chegar Medang's post 24/02/2026

IFTAR JAMAIE DENGAN KERJASAMA LAJNAH DAKWAH PAS KAWASAN KEHADIRAN FULL HOUSE

Perang Badar adalah perang istimewa kerana ia adalah peperangan pertama umat Islam, dihadiri oleh para malaikat, matinya Abu Jahal iaitu Firaun zaman Rasulullah dan Umat Islam menang meskipun dengan bilangan tentera yang kecil.

02/02/2026

SALAM NISFU SYAABAN 1447H DARI PAS CAWANGAN CHEGAR MEDANG

Malam Nisfu Sya’ban memiliki keutamaan yang besar, malam nisfu Sya'ban termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa kerana perisitiwa² besar terjadi di malam penuh berkah tersebut.

PAS Cawangan Chegar Medang mengajak semua umat islam khasnya yang berada sekitar Dun Ketari untuk bersama² mempertingkatkan amal ibadah. Semoga kita semua diberkati, amiiin..

29/01/2026

✨*INFAQ RAMADHAN 1447h*✨

Bulan Ramadan bakal menjelma!

Lajnah Ekonomi PAS Cawangan Chegar Medang membuka peluang bagi program Infaq Ramadan. Jom rebut peluang untuk berinfaq sempena bulan ramadan ini!

🍽️ Iftar Jama'ie
🕌 Moreh
🥘 Saguhati Pentazkirah

📌 Program-program ini memerlukan sumbangan sebanyak *RM3800* untuk dijayakan.

📌 Mari bersama kita ringankan beban, berkongsi rezeki & meraih keberkatan bulan Ramadan!

📞 Sebarang pertanyaan sila hubungi Bendahari Cawangan
📲 *+60 192315209* (Hj Joan Samad)

📌 Follow kami untuk perkembangan terkini!
https://www.facebook.com/share/15ZQZYNQarY/

Jom jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna! 🌙

Photos from PAS Cawangan Chegar Medang's post 27/01/2026

USRAH & MESYUARAT PAS CAWANGAN CHEGAR MEDANG

Alhamdulillah Usrah dan mesyuarat bulanan PAS Cawangan Chegar Medang berjalan lancar. Bermula dengan solat maghrib berjemaah, bacaan mathurat, solat Isyak berjemaah, makan malam dan mesyuarat cawangan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:35 malam.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur