SRITI Ansorullah Wangsa Maju
SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) ANSORULLAH WANGSA MAJU
01/12/2025
🎉 JEMPUTAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA!🎉
📢 Ayuh datang beramai-ramai ke Festival Mahabbah Ansorullah anjuran SRITI Ansorullah Wangsa Maju!
📅 Tarikh: 3 Disember 2025 (Rabu)
🕖 Masa: 7.30 pagi – 3.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Persiaran Kawasan 12, Taman Melati
Antara aktiviti menarik menanti anda:
🎈 Trampoline
🫧 Giant Bubble
🎣 Flick Fishing
🎨 Sand Art
🏰 Soopa Doopa
🔫 Gel Blaster
🚂 My Train
💦 Splash Battle
📚 Jualan Buku, Gerai Makanan, Susu Farm Fresh dan banyak lagi!
💉 Saringan Kesihatan PERCUMA
🎟️ Cabutan Bertuah menarik untuk pembeli tiket RM25 ke atas!
💸 Tiket:
RM5 – 1 permainan
RM25 – 6 permainan + UNLIMITED Soopa Doopa 🎊
🎊 Jangan lepaskan peluang ini! Bawa seisi keluarga dan meriahkankan festival penuh kasih sayang ini bersama kami! 🌟
19/11/2025
🌟 SMART SAINS 🌟
📅 19 November 2025
Hari ini murid-murid menjalankan pelbagai eksperimen mengikut kelas, penuh dengan rasa ingin tahu dan semangat meneroka dunia sains! 🔬✨
Setiap kelas menjalankan eksperimen yang berbeza – ada yang menguji penyerapan, ketumpatan, ada yang menguji keapungan, dan ada juga yang membuat eksperimen berkaitan tenaga. Seronok melihat keterujaan mereka! 😄
Tahniah diucapkan anak-anak yang berani tampil mewakili kelas masing-masing seterusnya dan jutaan tahniah diucapkan kepada anak-anak Tahun 4 yang memenangi pertandingan ini👏🏻
Semoga program ini dapat menyuburkan minat murid terhadap sains serta terus melahirkan generasi yang kreatif dan berfikiran kritis.
06/11/2025
🎓 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗦𝗜 🎓
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Muallimah Nur Asmat Nabillah binti Zulkifli @ A P John atas kejayaan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah (Qiraat).
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi aset berharga dalam menyumbang kepada ummah, masyarakat, dan negara.
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, ketekunan, serta keberkatan dalam menuntut ilmu.
Moga terus cemerlang, sukses dalam apa jua bidang yang diceburi dan menjadi inspirasi kepada generasi Rabbani yang lain.
03/11/2025
PENILAIAN AKHIR SESI 2025
Selamat menduduki Penilaian Akhir Sesi (P.A.S) 2025 kepada semua murid SRITI Ansorullah Wangsa Maju.
Semoga semua murid diberkati dengan ketenangan jiwa dan kelapangan hati dalam menghadapi penilaian ini.
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah” (Surah Ali Imran : 159)
Bittaufiq wannajah☺️
14/10/2025
🎯 HEBAHAN SUMBANGAN KOKURIKULUM SRITI ANSORULLAH, WANGSA MAJU 🎯
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak SRITI Ansorullah, Wangsa Maju sedang memohon sumbangan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan latihan sukan sekolah yang akan dijalankan sepanjang Disember 2025 hingga Januari 2026.
Sumbangan ini bertujuan untuk:
🏓 Membeli set meja pingpong dan peralatan latihan sukan.
🚐 Menampung kos pengangkutan pelajar ke tempat latihan.
💪 Menyediakan latihan intensif bersama jurulatih bertauliah bagi sukan pingpong dan olahraga.
Kami ingin mendedahkan bakat murid ke peringkat lebih tinggi, termasuk penyertaan dalam Kejohanan MSSD 2026, serta memberi peluang murid menambah markah PAJSK melalui penglibatan aktif dalam sukan.
📦 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
Bank Islam
🧾 No. Akaun: 1211 3010 0747 77
🏫 Nama Akaun: SRITI WANGSA MAJU RESOURCES
📎 Rujukan: SUKAN SRITI
Setiap sumbangan anda amat kami hargai.
*UNIT KOKURIKULUM*
*SRITI ANSORULLAH WANGSA MAJU*
03/10/2025
🌙✨ SOLAT HAJAT UNTUK KESELAMATAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA (GSF) ✨🌙
Semalam, warga SRITI Ansorullah telah bersama-sama menunaikan Solat Hajat memohon keselamatan dan perlindungan Allah buat para peserta Global Sumud Flotilla (GSF).
🤲 Semoga Allah mempermudahkan perjalanan mereka menuju Gaza, melindungi setiap langkah, membebaskan yang ditahan serta memberi kejayaan kepada misi kemanusiaan ini.
Ya Allah, jadikan usaha mereka sebagai wasilah kemenangan dan kekuatan umat Islam. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
03/10/2025
*🎉 HEBAHAN SUMBANGAN FESTIVAL SRITI ANSORULLAH! 🎉*
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak *SRITI Ansorullah Wangsa Maju* sedang mengumpul dana bagi menampung keperluan program sekolah yang akan datang. Sumbangan ini akan digunakan bagi:
✅ Mikrofon & Speaker
✅ Bayaran Sewa Dewan
✅ Banner Program
*🎯 Sasaran: RM1,500*
Justeru, kami memohon jasa baik ibu bapa/penjaga/masyarakat setempat untuk bersama menyumbang seikhlas hati demi kelancaran program anak-anak kita.
🟢 Sumbangan boleh dibuat ke akaun:
*Bank Islam*
*1211 3010 0747 77*
*SRITI WANGSA MAJU RESOURCES*
📲 Atau imbas terus QR code yang tertera.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berkekalan. Terima kasih atas sokongan semua!
22/09/2025
Tahniah diucapkan kepada semua peserta MAIS Wilayah Persekutuan yang telah menunjukkan usaha dan semangat juang yang tinggi.
Sekalung penghargaan serta ucapan tahniah khusus buat:
🏆 Nur Atisha Safeera binti Mohd Atiq – Johan Pertandingan Hafazan P Tahap 1
🥉 Nur Alya binti Abdullah – Tempat Ketiga Pertandingan Pidato Bahasa Melayu
Moga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Semoga Allah SWT memberkati usaha dan pencapaian kalian. 🌹✨
22/09/2025
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Alhamdulillah, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada 11 September yang lalu bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
🌸 Antara pengisian program:
✨ Perarakan selawat bersama murid & guru dan persembahan qasidah
✨ Ceramah khas oleh Ustazah Suria binti Saad
✨ Pertandingan mengikut tahun (mewarna, kuiz & lain-lain)
Semoga program ini dapat menyemai kecintaan murid-murid terhadap Rasulullah ﷺ serta mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.
09/09/2025
🤲✨ 𝐒𝐎𝐋𝐈𝐃𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐔𝐃 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 & 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐒𝐔𝐌𝐔𝐃 𝐅𝐋𝐎𝐓𝐓𝐈𝐋𝐀 (𝐆𝐒𝐅)
“Sumud” bermaksud teguh dan tabah walau ditekan. Itulah semangat rakyat Falasteen yang kini dikongsi bersama dalam gerakan Sumud Nusantara – solidariti umat Asia Tenggara yang mengangkat isu Falasteen sebagai perjuangan sejagat.
Gerakan ini bukan baru. Dari Misi Flotilla ke Gazzah 2009, solidariti besar-besaran 2014, kempen 2018, hingga kini membentuk jaringan Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand & Selatan Filipina. Ia bukan sekadar emosi, tetapi dibina melalui pendidikan, diplomasi masyarakat & jaringan antarabangsa.
📌 Misi Sumud Nusantara 2025
🚢 Pasukan A – 15 wakil Malaysia (aktivis, influencer, media & artis tempatan) belayar dari Barcelona pada 31 Ogos 2025. Antaranya Musa Nuwayri, PU Rahmat, Z**i Kirana & Ardell.
🚢 Pasukan B – 15 wakil Malaysia bersama rakan Brunei & NGO kemanusiaan (Iman Care, Yayasan Amal, GPM, ABIM, Childrity, MAPIM, ZRA Strim dll.) akan belayar dari Pelabuhan Itali pada 4 September 2025. Turut serta Ustaz Mad Kecik, Syed Solahuddin, Farah Lee & ZRA.
SRITI Malaysia turut berdoa agar Sumud Nusantara dari Malaysia dalam menjayakan misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ini berjalan lancar, diberkati Allah dan sampai dengan selamat membawa bantuan ke bumi Ghazzah, Falasteen. 🌊🚢
اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِينَ فِي فِلَسْطِين
Ya Allah, menangkanlah saudara-saudara kami yang berjuang di Falasteen.
09/09/2025
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah memberikan kerjasama serta sokongan dalam menjayakan Program Gotong-Royong Mega yang telah diadakan pada 7 September yang lalu.
Komitmen dan kehadiran para guru, ibu bapa dan murid amatlah bermakna dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria dan kondusif untuk anak-anak kita menimba ilmu.
Semoga usaha murni dan semangat gotong-royong ini mendapat keberkatan Allah SWT.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Kuala Lumpur
53100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 05:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |