12/12/2025
TAHNIAH!!!
Tahniah diucapkan kepada Permata MAIWP Darul Hikmah yang telah merangkul tempat pertama dalam pertandingan INISIATIF DIGITALISASI INSTITUSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH TERBAIK.Manakala MAIWP Kids TTDI dan Permata MAIWP Al- Ridhwaniah Seksyen 4 masing-masing telah mendapat tempat kedua dan ketiga. Kategori ini telah dinilai dari beberapa aspek iaitu kepenggunaan Ipermata dan juga sistem pembelajaran e-Qalam secara aktif dan semaksimum. Penilaian dibuat adalah dari segi RPH, pentaksiran dan gred pencapaian murid di prasekolah masing-masing.
Majlis penyampaian sijil telah disampaikan oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Disember. Selain itu, penglibatan murid dalam pertandingan SMART DIGITAL yang telah dijalankan sebelum ini di mana mereka perlu melalui beberapa peringkat dari peringkat tadika, zon, antara wilayah KL dan Putrajaya seterusnya peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh KPM telah menjadikan batu loncatan bagi tadika ini mendapat penilaian markah yang tinggi dalam pertandingan INISIATIF DIGITALISASI INSTITUSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH TERBAIK. Tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga dengan adanya pertandingan seperti ini mampu memberi inspirasi kepada tadika-tadika yang lain untuk terus aktif dalam penggunaan IT ketika waktu pembelajaran bersama pelajar.
07/12/2025
03/12/2025
02/12/2025