19/04/2022
TAKJUB DENGAN NASI ARAB KABSAH, SANTAPAN LUAR BIASA TIMUR TENGAH!
Hei guys!
You guys mesti s**a makan nasi arab kan? Nasi Arab ni masakan famous dari Timur Tengah tapi harga Nasi Arab di restoran arab agak pricey.
So, kali ni saya nak kongsikan resepi Nasi Arab Kabsah yang mudah disediakan di rumah. Boleh la you guys cuba hujung minggu ni. π
Sebelum mula memasak, pastikan you guys ada semua bahan-bahan di bawah ye.
1 kg beras basmathi - basuh & tos
1 ekor ayam - potong 8
3 bawang besar - dipotong dadu
3 biji tomato - dipotong dadu
1 sudu besar tomato puri
75 gm halia - dikisar
Β½ sudu kecil bunga cengkih
6 keping kayu manis
7 biji buah pelaga
1 sudu kecil garam
1 cube maggi secukup rasa
Β½ sudu kecil lada hitam
2 helai bay leave
Β½ sudu kecil buharat (serbuk 5 rempah arab)
75 gm unsalted butter atau 125ml minyak sayur
2 liter air panas
CARA-CARA MEMASAK:
1. Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, daun bay, lada hitam dan ayam ke dalam air mendidih. Kemudian, masukkan garam dan maggi cube secukup rasa.
2. Bila ayam separuh masak, keluarkan dari periuk dan simpan air rebusan.
3. Gunakan periuk yang sama, masukkan minyak atau unsalted butter. Tumis bawang besar, halia dan tomato hingga lembut. Masukkan tomato paste dan rempah buharat, masak lagi sehingga naik bau.
4. Masukkan beras, kacau rata hingga rempah meresap pada beras. Kemudian, tuangkan air rebusan ayam, jangan mengacau beras selepas masukkan air supaya nasi tidak melekat.
5. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masakkan sekejap. Masukkan ayam, susun di atas nasi dan tutup periuk. Teruskan masak sehingga nasi masak.
6. Akhir sekali, keluarkan ayam dan kacau nasi secara perlahan-lahan supaya nasi tak patah.
Dah siap boleh la hidangkan. Nak hidangkan dalam pinggan pun boleh, dalam dulang style orang arab pun boleh, barulah feeling arab. π
Selamat mencuba!
Nak resepi-resepi dari 10 chef hebat Malaysia yang tak ada di Google? Klik sini πππ
https://bit.ly/PJJResepiBangsawan
https://bit.ly/PJJResepiBangsawan
https://bit.ly/PJJResepiBangsawan