04/09/2021
SSPN-i Plus kini berwajah baharu.
SSPN-i Plus merupakan produk simpanan yang menawarkan enam (6) pakej simpanan berserta perlindungan takaful. Setelah ia dilancarkan pada tahun 2015, SSPN-i Plus telah berjaya menjadi produk simpanan pilihan utama rakyat Malaysia.
Kini, SSPN-i Plus dikenali sebagai Simpan SSPN Plus. Produk simpanan yang sangat kompetitif dan unik ini merupakan simpanan pendidikan yang digabungkan bersama manfaat perlindungan takaful yang sememangnya terbaik di antara pelan simpanan pendidikan lain di pasaran. Dengan mengekalkan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) sebagai Syarikat Pengendali Takaful, Simpan SSPN Plus tampil dengan penambahan 2 lagi Syarikat Pengendali Takaful iaitu Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB). Yang pastinya, Simpan SSPN Plus masih mengekalkan pakej simpanan serendah RM1 sehari yang mampu dimiliki oleh setiap isi rumah dan manfaat perlindungan takaful yang lebih menarik sehingga RM1.2 juta!
04/09/2021
SSPN-i kini berwajah baharu.
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak di samping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
30/08/2021
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 buat seluruh rakyat Malaysia!
Semoga negara kita yang tercinta ini terus aman makmur dan kita semua terus bersatu teguh melawan COVID-19.
29/08/2021
“Kalau bukan keranamu belum tentu langkahku sejauh ini, akan ku kenang jasa ini."
Kisahku tidak sehebatmu, langkah perjalananku juga bukan semudahmu. Aku hanya anak nelayan yang hidup "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” tetapi impianku ingin mengorak langkah menuju kejayaan sangat luar biasa.
Terfikir sejenak, “mampukah keluargaku? mampukah aku?” Ahh impianku tidak masuk akal! Mana mungkin aku boleh melanjutkan pengajian ke universiti dengan kos pendidikan semakin hari semakin tinggi.
Masa sangat mencemburuiku, terlalu pantas ia berjalan sehingga surat tawaran diterima tidak aku pedulikan, tetapi aku bersyukur kerana bertemu dengan guruku. Guruku memberi dorongan dan sokongan kepadaku sehingga aku sedar yang PTPTN ada menawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada golongan B40 yang ingin memulakan pengajian.
Aku tersenyum lebar, peluang ini tidak akan aku sia-siakan! Terima kasih PTPTN kerana bantu aku untuk mulakan langkah pertama menuju impianku!
21/08/2021
Tugu Negara dibina bagi memperingati para wira merdeka kita terutamanya yang telah berjuang dalam beberapa perang dari tahun 1914-1960.
Ia telah dihasilkan oleh Felix de Weldon, serang pengukir dari Austria. Diperbuat daripada gangsa, setiap patung ini melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan.
Terima kasih !
17/08/2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Setelah lebih 18 tahun beroperasi di Bangunan Wisma Chase Perdana, Ibu pejabat PTPTN berpindah ke lokasi baru pada 1 Disember 2015 sehingga kini di Menara PTPTN, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Harapan kami adalah untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan sepanjang berurusan bersama kami.
15/08/2021
Dengan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi, sememangnya memberi kesan buat seluruh negara khususnya buat para frontliners.
Jadi, jika anda hadir ke pusat pemberian vaksin, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada sukarelawan, jururawat atau doktor yang bertugas.
Walaupun nampak kecil tapi setiap ucapan itu pasti bermakna buat mereka.
Jadilah rakyat yang lebih prihatin kepada para frontliners.
12/08/2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Antarabangsa.
Belia tunggak kepemimpinan negara pada masa akan datang.
Sentiasa amalkan penjagaan SOP yang ditetapkan agar rantaian pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan demi menjamin keselamatan diri kita dan semua.
11/08/2021
Pejam celik kita dah pun berada di bulan Ogos, bulan kemerdekaan Malaysia dan tahun ini adalah tahun ke-64 sejak negara kita merdeka.
Walaupun pandemik COVID-19 masih melanda negara, jangan lupa untuk menghayati perjuangan wira negara yang dahulu dan sekarang.
Kita anak Malaysia, kekalkan semangat patriotisme selamanya!
03/08/2021
Semasa penubuhan PTPTN, ia hanya difokuskan sebagai institusi yang memberikan dana pinjaman pendidikan buat para pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Namun kini, PTPTN juga telah muncul dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu instrumen simpanan bagi mendidik budaya menyimpan dari kecil di kalangan ibu bapa serta generasi muda demi jaminan pendidikan masa depan yang lebih terjamin.
01/08/2021
Adakah anda seorang yang bijak menguruskan kewangan anda?
Seseorang yang pandai urus kewangan sekurang-kurangnya perlu mempunyai 4 tabiat ini.
Jom sama-sama kita praktikkan tabiat bermanfaat ini supaya kita dapat menyimpan dengan lebih efektif dan mempunyai kewangan yang stabil.