A211 Penghayatan Etika dan Peradaban

A211 Penghayatan Etika dan Peradaban

Share

Secu Zone

29/11/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua 🤗

Penderaan kanak-kanak bukanlah satu isu yang boleh diendahkan.🚫 Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini terutamanya kedua-dua ibu bapa.😉 Anak merupakan amanah yang telah diberikan oleh Allah untuk kita jaga dan didik sebaik-baiknya.😘 Kami yakin dan percaya tidak ada dalam mana-mana ajaran agama di dunia ini yang mengajar penganutnya supaya mendera🥺 atau menyakiti anak-anak.😫 Hal ini jelas ditunjukkan di dalam Al-quran iaitu Allah berfirman(Surah Al Isra', ayat 31) yang bermaksud "Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu. Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar." 😭Setiap ibu bapa perlulah menjalankan tanggungjawab yang diberikan itu sebaik-baiknya.🥰

Disediakan oleh:
MUHAMAD IZZUDIN BIN ABDUL RAZAK (279467)

22/11/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera😊

💡Kami merupakan mahasiswa Universiti Utara Malaysia, mengambil subjek MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (A). Pada laman Facebook ini kami memberi fokus dan membincangkan tentang Kes Penderaan Kanak-kanak.

💡Berikut merupakan 11 orang ahli kumpulan kami yang terdiri daripada :
1. Nur Syakirah binti Nor Safari (279210)
2. Jendy Liew (279343)
3. Chee Ze Sen (279367)
4. Darren Anak Minah (279422)
5. Muhamad Izzudin bin Abdul Razak (279467)
6. Muhamad Aidil Aiman Bin Mohd Kamarol (279602)
7. Nurul Syazwani binti Norhasmizam (279609)
8. Nor Aziena Ilyana binti Che Mohd Abd Khoha (279614)
9. Muhamad Yusrizal bin Mohd Yusoff (279686)
10. Hor Pei Yi (279902)
11. Muhammad Hakim A Rahim (289891)

Bagi yang sudi meninjau Page Facebook kami, jangan lupa untuk LIKE👍🏻 & SHARE📲 posting dan laman Facebook kami supaya dapat memberi manfaat buat semua. Terima Kasih✨

16/11/2021

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua📢💖

✨Kesimpulan✨

Penderaan kanak kanak 👧👦merupakan suatu perbuatan yang keji dan ditegah oleh agama. Anak-anak bukahlah suatu medium untuk ibu bapa melepaskan geram 🤬dan amarah 😡mereka. Perbuatan keji ini tidak ubah seperti memusnahkan generasi kita sendiri. Hal ini kerana, jika ibu bapa 👨👩sudah mengisi memori anak-anak mereka dengan babak yang ngeri😰dan menyedihkan😢, tidak mustahil mereka ini akan melakukan kesilapan yang sama terhadap anak -anak mereka kelak👶.

Anak-anak ialah penyambung generasi kita. Jadi, alangkah ruginya apabila mereka ini tidak disayangi 💝dan dilakukan dengan wajar👩‍🍼. Perbuatan keji ini juga tentunya akan menyebabkan trauma 😨terhadap mangsa selain akan menyebabkan mereka menjadi agresif👺. Maka lahirlah generasi mendatang yang tidak berkualiti untuk negara😈.

Akhir sekali, masyarakat perlulah bersikap lebih prihatin dan cakna 🔔akan gerak geri yang berlaku dalam komuniti👨‍👩‍👧‍👧👨‍👩‍👦‍👦 mereka di samping memainkan peranan mereka demi mencapai objektif utama kita iaitu melindungi 💕💞kanak-kanak dari sebarang bentuk pengabaian, penderaan😔dan keganasan 🤬demi melahirkan generasi yang lebih penyayang 💓dan berkualiti.

Disediakan oleh:
Muhamad Aidil Aiman Bin Mohd Kamarol 279602

13/11/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua🥰

LANGKAH MENGATASI MASALAH PENDERAAN KANAK-KANAK‼️‼️

Penderaan kanak-kanak sudah menjadi isu harian yang diperkatakan oleh masyarakat🗣️ pada masa ini. Hal ini demikian kerana penderaan kanak-kanak sering dipandang remeh kerana perkara ini tidak berlaku kepada diri sendiri atau orang tersayang😩. Isu penderaan kanak-kanak ini perlu dititik beratkan dan tidak boleh dipandang 👀 endah oleh semua lapisan masyarakat. Semua pihak perlu memainkan peranan📝 masing-masing bagi mengatasi masalah penderaan kanak-kanak yang semakin meningkat📈. Oleh itu, langkah ✅ yang efektif harus dilaksanakan untuk membendung masalah ini.

📝Langkah- langkah yang boleh diambil bagi membendung isu penderaan kanak-kanak :

📍Mengambil kursus pendidikan keibubapaan dan sesi kaunseling.

Ibu bapa harus sedar akan tanggungjawab📝 yang telah diberikan oleh tuhan iaitu anak 👫 dan tidak mensia-siakan mereka. Mereka sepatutnya sedar anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai ❎💵dan perlu dididik 🧑‍🏫 dengan baik kerana anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkan sama ada menjadi insan yang berguna 🧑🏻‍🎓 atau sebaliknya🙇🏻. Selain itu, kursus tersebut akan memberi pendedahan👀 tentang cara menjaga dan melayan pasangan 👩‍❤️‍👨 serta zuriat👩🏻‍🍼 dengan baik mengikut keadaan. Sebagai contoh, kursus ini akan mengajar bagaimana untuk menegur kesalahan anak-anak dengan betul✅ agar tidak berlaku trauma terhadap anak😣.

📍Memupuk sifat prihatin terhadap keselamatan kanak-kanak.

Hal ini demikian kerana terdapat segelintir kanak-kanak yang takut untuk menceritakan tentang penderaan yang berlaku🤐. Semua pihak tidak kira ibu bapa, guru, rakan-rakan malah jiran juga perlu prihatin🧐 terhadap perubahan yang berlaku seperti tiada selera makan😷, banyak menyendiri🙍 atau masalah sosial yang dilakukan di luar😵. Mereka haruslah membuang sikap pentingkan diri dan menunjukkan kasih sayang❤️ kepada mangsa 👧🏻🧑🏻agar mangsa berani untuk bercerita tentang perkara sebenar💪🏻. Mereka hendaklah segera mengambil tindakan untuk mencegah, serta melaporkan agar dapat menyelamatkan mangsa penderaan. Hal ini akan mengakibatkan si pelaku 😠 tiada kesempatan untuk terus melakukan penderaan🙅🏻.

📍Menguatkan rasa kasih sayang dalam keluarga👨‍👩‍👧‍👦💖.

Kasih sayang mampu untuk menjadi kunci🔑 dan matlamat untuk membina sebuah keluarga yang bahagia🥰. Dalam rumah tangga, mencurahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh dapat meningkatkan rasa sayang serta menjadikan keluarga tersebut lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi. Hal ini dikatakan demikian kerana kasih sayang dapat menghalang seseorang itu daripada menyakiti ahli keluarga sama ada dari segi fizikal👤, mental🧠 mahupun emosi🤗. Jelaslah disini bahawa kasih sayang di antara keluarga dapat melahirkan keluarga yang harmoni👨‍👩‍👧‍👦🌈.

📍Memperkukuhkan ilmu agama dan pendidikan moral🤲🏻.

Setiap agama yang dianuti semestinya melarang perbuatan yang menyiksa orang lain😰. Dalam menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang baik, kesedaran terhadap tanggungjawab agama dan ketuhanan semestinya mampu mencegah manusia daripada melakukan perkara yang diluar jangkaan😇. Setiap kepercayaan mempunyai cara tersendiri untuk melepas kemarahan😡 mahupun kesedihan😔 tetapi bukan❌ menggunakan kekerasan👊🏻 terhadap orang lain. Penghayatan pendidikan moral juga mampu membolehkan seseorang itu menghayati nilai kemanusiaan dengan lebih mendalam. Agama merupakan senjata yang paling kuat untuk mengawal diri terutama ketika marah dan tanpa pegangan agama yang kuat kita ibarat kapal tanpa nakhoda 🚢🌊.

Kesimpulannya📌, penderaan kanak-kanak merupakan satu perbuatan yang dilarang dan perlu dihalang❌💯. Oleh itu, semua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing dan tidak berpeluk tubuh untuk membendung masalah ini. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing nescaya masalah penderaan kanak-kanak dapat dibendung📉.

Disediakan oleh :

1.NUR SYAKIRAH BINTI NOR SAFARI (279210)

13/11/2021

✨Salam sejahtera & Salam satu Malaysia💖

Sejak kecil lagi, kanak-kanak dengan hatinya❤️ yang suci lagi naif mempunyai jangkaan dan harapan💭 untuk menjadi seorang yang dapat membanggakan👏✨ ibu bapa👨‍👩‍👦 mereka. Kesemuanya akan terhancur💔 dan berubah ketika ibu bapa tidak menjalankan tanggungjawab💪 mereka dan menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku. Penderaan bukan sahaja akan menyebabkan kecederaan dari segi fizikal malahan segi mental seseorang. Bak pernah perpatah, sesetengah kecedaraan yang disemai dengan dalamnya, parut akan wujud untuk selama-lamanya. Jadi, untuk mengelakkan parut tersebut, marilah kita menyemaikan sedikit pengetahuan💬 tentang kesan penderaan kanak-kanak.

Antara kesan-kesannya jika penderaan kanak-kanak berlaku adalah:

1.🚫Kecacatan fizikal💪
Salah satu punca penderaan kanak-kanak bermula adalah disebabkan oleh ibu bapa yang ingin melepaskan geram🤬 akibat daripada gangguan emosi🤯. Aksi fizikal seperti memukul🤛, menendang, dengan lebih kejamnya ada yang juga membaling kanak-kanak mereka serta ada yang juga menggunakan alat⚒ seperti tali pinggang untuk melepaskan geram ke atas kanak-kanak mereka. Bahagian-bahagian badan signifikan⚠️ seperti mata👀, tangan, kaki🦵, telinga dan juga bahagian kepala merupakan bahagian yang paling lemah🆘. Aksi-aksi tersebut, malang jika tidak berbau, kecederaan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut akan menyebabkan sebahagian daripada badannya cacat🚫 untuk sepanjang hayat mereka😱💔. Buta, pekak, tidak mampu untuk menggunakkan sebahgian tangan atau kaki merupakan musibah. Walaupun, sesetengah kanak-kanak yang mempunyai musibah sebegini semenjak mereka lahir😫 tidak bermaksud kanak-kanak yang lain perlu melalui musibah yang sama. Dengan kata lain, ibu bapa haruslah dilarang untuk menggunakan aksi fizikal untuk melepaskan geram🤬 yang tidak dapat dikawal ketika berada di sekeliling kanak-kanak mereka.

2.🚫Kecacatan mental🧠
Di mana kecederaan fizikal berlaku, ia juga akan mengakibatkan kecederaan dari segi mental. Pemikiran💭 ataupun mental merupakan teras bagaimana seseorang berkelakuan dengan orang lain dan ia mudah dijejas oleh orang sekelilingnya. Dalam konteks ini🤔, ia sama dengan peribahasa bagaimana acuannya, begitulah kuihnya🍰 di mana segala kelakuan ibu bapa akan memberi impak💢 kepada kanak-kanak mereka dan penderaan kanak-kanak adalah merupakan salah satu di antaranya. Kecacatan mental seperti tidak dapat bersosial🗣 dengan orang lain, sikap mendiam diri, fobia, serta gangguan stress punca trauma (PTSD) merupakan contoh kecacatan mental akibat daripada penderaan kanak-kanak. Yang paling seriusnya⚠️ adalah PTSD di mana ketika imbasan kembali seseorang yang mengalami penderaan pada zaman kank-kanak mereka berlaku, mereka berkemungkinan tidak dapat mengawal🤬 emosi mereka lalu mencederakan🆘 orang sekeliling mereka. Pendek kata, penderaan kanak-kanak akan menyebabkan seseorang mengalami kecacatan mental akan lebih sukar untuk bersosial dan berinteraksi🗣 dengan orang lain.

3.🔰Nama keluarga terjejas❎
Kanak-kanak amat diambil berat dan dikasihi oleh orang ramai serta dapat menyemaikan nama mereka jika mereka dilahirkan dengan bakat yang luar biasa✨ ataupun memperolehi pencapaian yang mengejutkan✨. Di mana wujud positif➕, di situ juga wujud negatifnya➖, pekara yang sama akan berlaku jika penderaan kanak-kanak berlaku pada sesebuah keluarga yang dikenali di sekitar jiran tetangga, gosip💬 akan tersebar dan nama baik mereka akan terjejas. Selain itu, jika ibu bapa ditahan polis👮 akibat penderaan kanak-kanak akan terpapar di halaman utama surat khabar📸 ataupun berita utama💻 akan kemudiannya menjejaskan nama mereka dengan lebih buruk. Penahan dari pihak polis merupakan senario yang paling buruk❌ di mana nama mereka akan disenaraikan ke dalam senarai hitam📓. Seseorang yang disenraikan dalam senarai hitam akan dihadkan kebebasannya untuk mendapatkan kerja atau mendapatkan pinjaman💰 untuk meneruskan kehidupan⛅️ biasa mereka. Bukan sekadar itu, kanak-kanak yang membawa nama tersebut juga akan terjejas. Hal ini kerana seseorang yang mengalami penderaan kanak-kanak sering ditanya soalan seperti latar belakang🤔 mereka yang membawa nama keluarganya. Mereka akan berasa malu dan sedih, lebih serius lagi seseorang itu juga berkemungkinan untuk bunuh diri😱. Kesimpulannya, impak💢 kepada masa depan ibu bapa dan kanak-kanak adalah amat besar akibat daripada kes penderaan kanak-kanak.

4.💰Pendapatan/Ekonomi negara terjejas📉
Walaupun pendapatan negara akan terjejas akibat penderaan kanak-kanak kedengaran mengarut💁‍♀️, namun kes penderaan kanak-kanak tetap memberi impak❕❓ kepada pendapatan negara. Pertama sekali, akibat daripada penderaan kanak-kanak, ibu bapa akan ditahan oleh polis👮 dan disenaraikan ke dalam senarai hitam📓, menyebabkan mereka menganggur dan tidak dapat menjana pendapatan❌. Jika seseorang tidak berpendapatan💰, mereka tidak berbelanja, maka pendapatan negara berkurangan〽️. Selain itu, sesetengah organisasi kerajaan👨‍🏫 perlu dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak🧒👧 yang tertinggal akibat penderaan. Kerajaan perlu berbelanja membina bangunan🏠, membeli keperluan harian🍚, perubatan dan pemulihan mental serta pendidikan untuk kanak-kanak tersebut. Kerajaan akan kehilangan sebahagian pendapatan mereka untuk menyediakan keperluan-keperluan tersebut. Akhirnya, walaupun impak kes penderaan kanak-kanak adalah halus🤏, pelaburan untuk memulihkan kanak-kanak yang didera juga tidak kecil dan akan menjejaskan pendapatan negara.

Kesimpulannya, kanak-kanak merupakan tonggak🎓 masa depan👀 negara, mereka haruslah dijaga dan dididik dengan penuh kasih sayang💖. Ibu bapa akan memainkan peranan yang amat penting💪 untuk mengacukan anak-anak mereka sebagai satu model insan yang cemerlang✨. Ibu bapa dan pihak yang berkenaan🤝 perlulah mengambil tahu tentang kesan yang terjadi akibat daripada penderaan kanak-kanak agar trajedi⚠️ tersebut tidak akan berulang. Ibu bapa juga perlulah sentiasa ingat peribahasa💬 bapa borek, anak rintik, segala yang dilakukan oleh ibu bapa juga akan diwarisi oleh anak mereka. Marilah ibu bapa dan kalian dari pelbagai lapisan masyarakat, jadilah seorang model👨‍🎓👩‍🎓 yang dapat menginspirasikan💓 kanak-kanak untuk masa yang akan datang.

Disediakan oleh:
Jendy Liew 279343
Muhammad Hakim A Rahim 289891

07/11/2021

📢ANAK ANUGERAH TUHAN📢

💬Kebelakangan ini, ia yang kerap menitir dari bibir ke bibir👄🗣️ masyarakat di seluruh pelusuk dunia 🌏 adalah mengenai kes penderaan kanak-kanak. Penderaan boleh mengundang berlakunya kecederaan, kecacatan🧑🏼‍🦽, serta kematian☠️. Sebenarnya, anak-anak merupakan anugerah Tuhan bagi setiap pasangan suami isteri 👩🏼‍❤️‍👨🏼 dan anugerah tersebut dianggap ibarat sekeping kain putih⬜ , ibu bapa👫🏻 bertanggungjawab mencorakkannya🖌️. Persoalannya💭, mengapakah fenomena ini berlaku❔

⚠️Punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya penderaan kanak-kanak:

🗝️Kekurangan ilmu keibubapaan👫🏻.
Ibu bapa yang kurang🙅🏼 dengan ilmu keibubapaan akan menyebabkan kes penderaan kanak-kanak berlaku. Pernyataan ini memandangkan kepada pemikiran 💭 mereka yang belum matang dan rasional serta masih tidak bersedia untuk memikul ⚖️beban dan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Mascapada ini 📡, semakin ramai pemuda berkahwin 👰🏼‍♀️🤵🏼‍♂️ muda. Tamsilnya, yang boleh dilihat adalah berita-berita 📺dipaparkan dalam surat khabar 📰 mendedahkan bahawa perempuan berusia lima belas tahun 👧🏼 yang masih bersekolah 🏫 telah “merasa buah terlarang” dan mengakibatkan kesan yang sangat serius iaitu kehamilan 🤰🏼 yang belum berkahwin 🎎. Tidak dapat dinafikan bahawa kejadian yang mengejutkan 😰 itu membuatkan mereka tidak bersedia untuk menerima kebenaran😵‍💫. Malahan, mereka yang tidak mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman keibubapaan tidak mampu 😣 menjaga dan mengurus anak-anak dengan baik👍🏻. Akibatnya, mereka akan bertindak memukul dan mendera anak-anak kerana menganggap anak itu menyusahkan 🙎🏼dan melecehkan 🤦🏼‍♂️kehidupan. Pendek kata, kekurangan ilmu 🤷🏼 keibubapaan dalam kalangan ibu bapa menjadi faktor penyumbang kepada💁🏼‍♂️ kes penderaan kanak-kanak.

🗝️Tekanan 🤦🏼‍♂️ dan gangguan emosi 🤕
Tekanan dan gangguan emosi merupakan sebab yang menyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak berlaku. Seseorang yang tertekan dan emosi terganggu akan mengakibatkan ketidaktenteraman 😡 seperti pergaduhan 🗣️ dan pertengkaran 🤬 dalam keluarga👨‍👩‍👧‍👦. Ibu bapa merupakan “tiang sokongan” bagi sesebuah keluarga. Tamsilnya, mereka sentiasa memikul tanggungjawab dalam mencari rezeki 💰 untuk menyara hidup keluarga. Dalam hal ini, perasaan tertekan akan bertimbul apabila mereka mengalami masalah kewangan💸. Mereka akan sentiasa berfikir bagaimana menunaikan⏳kewajipan dan obligasi mereka terhadap keluarga. Sekiranya mereka tidak dapat menyesuaikan⚙️ perasaan tertekan dan gangguan emosi, maka mereka akan mudah naik marah🌡️ dengan perkara-perkara kecil🤏🏼. Sebagai contoh, tangisan😭 anak-anak akan merengsakan serta menambahkan ⬆️ emosi mereka yang sudah tegang. Implikasinya, berlakunya mereka melepaskan geram👊🏼 kepada kanak-kanak. Justerunya, jelaslah bahawa tekanan dan gangguan emosi dalam kalangan ibu bapa mudah melibatkan diri👥 dalam kes penderaan kanak-kanak.

🗝️Pegangan agama yang lemah💪🏼
Kes penderaan kanak-kanak berlaku kesan daripada pegangan agama yang lemah dalam kalangan ibu bapa. Hal ini ekoran agama merupakan sesuatu panduan📄 kehidupan yang mengandungi prinsip📕, amalan📗 serta nilai-nilai📘 kepada setiap individu tanpa mengira agama atau kepercayaan yang dipegang💪🏼, perbuatan dan pemikiran yang betul✅ serta nilai berperikemanusiaan👥 merupakan perkara yang diserlahkan👀. Jelas sekali bahawa kebanyakan ibu bapa diterapkan pendidikan👩🏼‍🏫 agama. Namun begitu, bukannya setiap ibu bapa mengamalkan nilai dan prinsip yang ditonjolkan dalam agama mereka masing-masing. Pegangan agama yang terlalu lemah itu mengundang kepada mereka tidak mampu🙅🏼‍♂️ untuk membezakan yang mana intan, yang mana kaca💎 dan sebaliknya, penghayatan agama yang kuat🦾 tidak akan berkelakuan mendera anak sendiri. Sebagai ibu bapa, mereka sewajarnya memahami bahawa perlakuan mereka yang melepaskan geram kepada darah daging🪢 sendiri merupakan perbuatan yang melanggar💢 nilai dan prinsip agama. Sememangnya, sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak adalah kerana💁🏼 pegangan agama yang tidak kukuh.

🗝️Sejarah silam yang tragis😔
Ibu bapa yang mempunyai sejarah silam🎫 yang tragis😿 juga akan mendorong 👉🏼 kes penderaan kanak-kanak berlaku. Sejarah silam yang tragis itu merupakan pengalaman⌛ yang telah menjadi bayangan🕳️ dalam sanubari❤️‍🩹 mereka di mana tiada sesiapa yang mahu menghadapinya. Misalnya, ibu bapa yang pernah menjadi mangsa🙇🏼‍♀️ penderaan semasa kecil🧒🏼, dan sesiapa sahaja boleh menjadi pendera dalam kes penderaan tersebut, seperti ibu bapa atau guru sekolah. Menurut keadaan ini, ibu bapa yang pernah didera semasa kecil🚼 kemungkinan besar❗ akan terganggu secara psikologi🙍🏻‍♀️, sebagai contoh, penyakit sakit mental dan ketidakstabilan emosi♨️. Maka, mereka akan memperlakukan perlakuan mendera anak-anak👩‍👩‍👦‍👦 mereka dengan cara yang sama seperti mereka dilayan pada masa lalu supaya dapat mencari keselesaan💆🏼. Hal ini lantaran ibu bapa mempunyai tanggapan💁🏼 bahawa anak-anak harus mengalami kesakitan😫 dan penderitaan😣 seperti mereka alami semasa kecil. Pokoknya, ibu bapa yang mempunyai sejarah silam📁 mengenai penderaan akan mengakibatkan mereka terlibat dalam mendera kanak-kanak.

Secara ringkasnya✍🏼, terdapat pelbagai punca🔍 yang mendorong berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Punca-punca termasuklah ibu bapa👫🏻 mereka sendiri🧍🏼 yang kekurangan ilmu keibubapaan, mengalami tekanan dan gangguan emosi🙎🏼 serta pegangan agama yang lemah💪🏼. Jelas sekali bahawa peranan ibu bapa mengambil kira sebahagian besar tanggungjawab dalam membendung berlakunya kes📋 penderaan. Walaubagaimanapun, bukan sahaja ibu bapa, malah segenap lapisan masyarakat👤 tidak mengira parti, umur, bangsa atau jantina🚻, sewajarnya memainkan peranan yang sangat mustahak‼️ dalam mengurangkan dan menangani kes penderaan kanak-kanak. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan daya usaha yang bersama dan berterusan, fenomena🌫️ semestinya dapat dibendung pada masa depan🌟. Semoganya negara kita mampu melahirkan masyarakat yang harmoni🌄 dan penyayang🤍.

Disediakan oleh:
Darren Anak Minah 279422
Hor Pei Yi 279902

Photos from A211 Penghayatan Etika dan Peradaban's post 07/11/2021

STATISTIk📈
TEMA: PENDERAAN KANAK-KANAK👪
Sepanjang 11 tahun ini, jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 2170.82%⬆️ (5579 kes) daripada tahun 2010 sehingga tahun 2020. Peningkatan yang serius ini dapat diperhatikan melalui gambar rajah di bawah, kejadian tidak harus diabaikan lagi demi kebahagiaan kanak-kanak di Malaysia.
Tanpa disedari, jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia telah mencecah 5836 kes pada tahun 2020, di mana 0.063% daripada jumlah kanak-kanak di Malaysia (9.24 juta) pada tahun 2020 mengalami mimpi ngeri yang mungkin meninggalkan parut dalam seumur hidup mereka. Malahan, jumlah ini masih belum dikenali sebagai jumlah kes penderaan kanak-kanak yang paling tinggi sepanjang tempoh 11 tahun ini, 6061 kes penderaan kanak-kanak di Malaysia telah direkodkan pada tahun 2019.
Peningkatan kes penderaan kanak-kanak yang terbanyak berlaku pada tahun 2012 dan tahun 2013, perbezaan sebanyak 3156 kes penderaan kanak-kanak daripada tahun 2013 yang berjumlah 4199 kes dan tahun 2012 yang berjumlah 963 kes. Jurang ini telah merekodkan peningkatan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia yang paling tinggi dalam tempoh 11 tahun ini, iaitu sebanyak 327.73%. Peningkatan yang ketara ini telah membuktikan kelonggaran undang-undang terhadap penjaga kanak-kanak di Malaysia menyebabkan keselamatan mereka terancam.
Yang lebih menyedihkan ialah jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia paling rendah dicatatkan pada tahun 2011, dimana 242 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan. Penurunan pernah berlaku pada jangka tahun 2010 hingga tahun 2011, pada tahun 2010 jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia yang dilaporkan ialah 257 kes. Sebanyak 15 kes penderaan kanak-kanak telah berkurang berbanding dengan tahun 2011. Penurunan ini mungkin sangat sikit tetapi ia telah menyelamatkan 5.83% kanak-kanak daripada sengsara.
Malangnya, kejadian ini tidak berterusan kerana jumlah kes penderaan kanak-kanak di Malaysia mengalami peningkatan yang drastik selepas tahun 2011 dan berterusan sehingga tahun 2019. Pada tahun 2020, penurunan sebanyak 225 kes penderaan kanak-kanak telah direkodkan. Peristiwa ini telah memberi harapan kepada kanak-kanak untuk mengeluarkan diri dari lautan kepahitan.

CHEE ZE SEN (279367)
NOR AZIENA ILYANA BINTI CHE MOHD ABD KHOHA (279614)

06/11/2021

PENGENALAN
TEMA; PENDERAAN KANAK-KANAK 😖😖😣
Penderaan kanak-kanak bermaksud perbuatan zalim atau kejam terhadap kanak-kanak yang berumur kurang dari 18 tahun. Penderaan ini telah banyak berlaku dalam masyarakat di Malaysia yang telah menyebabkan kerajaan mengumumkan Dasar Perlindungan Kanak-kanak. Akta Kanak-kanak 2001 telah ditubuhkan untuk melindungi kanak-kanak dari menjadi mangsa penderaan oleh golongan dewasa.
OBJEKTIF
Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti berikut:
1. meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama;☺️
2. mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak; 👶👧🧒
3. menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing. 👨‍👩‍👧‍👧
4. melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; 👩‍👩‍👧‍👦
5. menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak; 🥰
6. meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; 🤗
7. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak. 😇

Terdapat 4 Jenis Penderaan Kanak-kanak

1) Penderaan fizikal ☠️
Seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami penderaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat di tubuh kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan. Terdapat bukti seperti luka, calar, melecet, berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh, pendarahan, luka di kulit, kebakaran, melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau kehilangan rambut dan gigi. 😥
(Akta kanak-kanak 2001)

2) Penderaan emosi 🙅🙅‍♂️
berlaku apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
(Akta Kanak-kanak 2001)

3) Penderaan seksual 🤮🤮
berlaku apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dan menjadi mangsa dari segi seks. Jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
(Akta kanak-kanak 2001)

4) Pengabaian (Neglect) 😞😞
kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

MUHAMAD YUSRIZAL BIN MOHD YUSOFF (279686)
NURUL SYAZWANI BINTI NORHASMIZAM (279609)

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Lot A-3, Second Floor, Mid Valley City
Kuala Lumpur
59200KUALALUMPUR