14/05/2026
Lawatan pendidikan telah berlangsung dengan jayanya bersama pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Para pelajar berpeluang melawat Pusat Sains Negara, Royal Selangor Visitor Centre dan Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia bagi menimba pengalaman serta ilmu pengetahuan di luar bilik darjah.
Sepanjang lawatan, pelbagai aktiviti dan pendedahan baharu telah memberikan pengalaman yang bermakna buat semua pelajar. Melihat kegembiraan dan semangat mereka sepanjang program berlangsung benar-benar menjadi kenangan yang indah.
Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan pendidikan ini. Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat dan inspirasi kepada anak-anak pada masa akan datang.