Sekolahku Sejahtera

Sekolahku Sejahtera Buku biru ni wujud 2020,kerana PKP.Sekarang meneruskan bakti walau di mana cikgu berkhidmat 😍

Maaf kerana lama tidak bersiaran di sini. Memandangkan cikgu telah berpindah tempat bertugas, beberapa perubahan sedang ...
10/01/2026

Maaf kerana lama tidak bersiaran di sini. Memandangkan cikgu telah berpindah tempat bertugas, beberapa perubahan sedang dalam perancangan. Insya-Allah, cikgu akan membuat kemas kini dari semasa ke semasa termasuk penukaran nama page. Buat masa ini, teruskan follow cikgu untuk tidak terlepas perkongsian seterusnya. Terima kasih atas sokongan anda semua πŸ€—β€οΈ

Alhamdulillah tahun ni sampai ke Arkib Negara. Memori bersama dapat melihat dengan mata sendiri, office lama Jabatan Per...
25/09/2025

Alhamdulillah tahun ni sampai ke Arkib Negara. Memori bersama dapat melihat dengan mata sendiri, office lama Jabatan Perdana Menteri...Memorial Negarawan ade 7 tokoh berbilang bangsa yg sumbang kepada Pembentukan Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

10 September 2025Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2025Hari ini, dapat la cikgu beramah mesra dan bert...
10/09/2025

10 September 2025

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2025

Hari ini, dapat la cikgu beramah mesra dan bertemu mata bersama rakan sekolah dan juga terutamanya rakan setugas kali ini.

Melalui program ini, cikgu seronok dapat melibat banyak bakat dan aura bertenaga dari pelajar sekolah.
Tahniah dan syabas buat team yang terlibat menjayakan program ini.
Meriah sangat!

9 September 2025SIMPOSIUM KAUNSELING KERJAYA STEM DAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERKHIDMATAN BNK PERINGKAT NEGERI 2025Ci...
10/09/2025

9 September 2025

SIMPOSIUM KAUNSELING KERJAYA STEM DAN AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERKHIDMATAN BNK PERINGKAT NEGERI 2025

Cikgu dapat berehat sekejap. Selesai sudah program peringkat negeri bagi agenda utama juga perkhidmatan buat semua GBK daerah. Tahun ini cikgu sebagai urusetia jawatan Data dan Teknikal sahaja. Tak mampu masuk bertanding kerana kekangan masa dan tugas lain yang menanti πŸ˜…πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

Apa pun tahniah buat semua wakil yang mewakili daerah Krai, berjaya dan mendapat tempat di peringkat negeri adalah menjadi kebanggaan kami semua! 🩡

8 September 2025Syukur alhamdulillah atas rezeki dari Allah 🀲🏻🀲🏻Terima kasih buat pentadbir SMKD dan semua warga sekolah...
10/09/2025

8 September 2025

Syukur alhamdulillah atas rezeki dari Allah 🀲🏻🀲🏻
Terima kasih buat pentadbir SMKD dan semua warga sekolah atas kepercayaan dan sokongan sepanjang kerja buat cikgu sebagai GBK di bumi SMKD 🀲🏻πŸ₯°πŸ’

7 September 2025BENGKEL PENATARAN DAN INTERVENSI PSIKOMETRIK 2025Selesai tugasan cikgu di sekolah, cikgu menghala ke SMK...
10/09/2025

7 September 2025

BENGKEL PENATARAN DAN INTERVENSI PSIKOMETRIK 2025

Selesai tugasan cikgu di sekolah, cikgu menghala ke SMK Keroh untuk bersama-sama rakan MGKK daerah menjayakan bengkel penataran dan intervensi psikometrik sekolah.
Paikometrik ini satu item yang penting untuk membantu pelajar dari segi minat, trait personaliti dan juga kerjaya murid melalui pentaksiran IMK,ITP dan juga IKP.

Selesai program utama daerah ini, kami semua bergerak ke Tanah Merah untuk meraikan Majlis Persaraan sahabat GBK daerah, Cikgu Zakaria Md Zain dari SMK Pahi yang telah bersara bermula 4 Sept. Terima kasih Hj atas segalanya sepanjang bersama MGKK Krai!

Terima kasih buat Jurulatih Utama daerah atas khidmat bakti dan juga kerja buat semua rakan GBK. πŸ’πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

- !

7 September 2025PROGRAM PENERAPAN GENERASI MADANI PERINGKAT SEKOLAH Selesai kem 3 hari 2 malam, terus disambung penerapa...
10/09/2025

7 September 2025

PROGRAM PENERAPAN GENERASI MADANI PERINGKAT SEKOLAH

Selesai kem 3 hari 2 malam, terus disambung penerapan untuk generasi Madani peringkat sekolah p**a.
Penerapan ini dilaksanakan pada waktu perhimpunan rasmi sekolah.

Pengenalan dan tayangan nyanyian lagu Madani diterapkan untuk pengetahuan warga sekolah.

Turut diajarkan tentang gerakan semangat untuk Generasi madani.

β€œSIAPA KITA”
Kami Generasi Madani

4-6 September 2025KEM PEMIMPIN GENERASI MADANI SIRI 1  DAERAH KUALA KRAI TAHUN 2025Tamat sudah program selama 3 hari 2 m...
10/09/2025

4-6 September 2025

KEM PEMIMPIN GENERASI MADANI SIRI 1 DAERAH KUALA KRAI TAHUN 2025

Tamat sudah program selama 3 hari 2 malam melibatkan 100 orang pelajar tingkatan 6 yg hadir dan berkampung di SMKD untuk menjalankan kem pemimpin generasi Madani ini.
Sebanyak 5 slot utama kem telah dilaksanakan
βœ…Slot Pecah Bendungan
βœ…Slot Fit Karakter
βœ…Slot Cuba Rasa
βœ…Slot Kajian Lapangan
βœ…Slot Membina Negara Impian

Terima kasih banyak-banyak buat semua Jurulatih Daerah dan Negeri yang turut hadir membantu cikgu bersama.

Terima kasih buat PPD atas sokongan dan semangat tak putus kepada sekolah.

Terima kasih buat warga guru pengiring dan urusetia sekolah yang membantu menjayakan setiap slot.

Boleh pm cikgu bagi yang nak link gambar sepanjang program.

Nantikan siri 2, SMK Kuala Krai pada 25hb p**a 🀲🏻

3 September 2025Program Arkib@Sekolah sempena 50 tahun Rukun Negara ✨Syukur dan cikgu lega apabila selesainya program be...
10/09/2025

3 September 2025

Program Arkib@Sekolah sempena 50 tahun Rukun Negara ✨

Syukur dan cikgu lega apabila selesainya program bersama Arkib@Sekolah.
Segala penat lelah bersama team sangat dihargai. Dan objektif utama program adalah untuk mengukuhkan lagi rasa cinta dan sayang pada negara kita perlu diterapkan terutama pada anak muda generasi Madani kini.

Tahniah buat semua kerja buat rakan guru dan akp semuanya!
Terima kasih Arkib Negara Malaysia memilih SMKD sebagai lokasi program sekolah kali ini πŸ’πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

1 September 2025Taklimat penyelarasan ajk pelaksana peringkat sekolah untuk persediaan program mingguan sekolah:πŸ’ Progra...
10/09/2025

1 September 2025

Taklimat penyelarasan ajk pelaksana peringkat sekolah untuk persediaan program mingguan sekolah:
πŸ’ Program Bersama Arkib@Sekolah
πŸ’ Kem Kepimpinan Generasi Madani Siri 1

27 Ogos 2025MESYUARAT PENYELARASAN KEM PEMIMPIN MADANI SIRI 1Bakal berlangsung kem kepimpinan generasi Madani Siri 1 pad...
10/09/2025

27 Ogos 2025

MESYUARAT PENYELARASAN KEM PEMIMPIN MADANI SIRI 1

Bakal berlangsung kem kepimpinan generasi Madani Siri 1 pada 4-6 Sept, dan SMK Dabong merupakan tuan rumah program untuk Siri 1.

Teriam kasih Tn. Pengetua atas kepercayaan yang diberikan untuk cikgu mengurus kem ini selama 3 hari 2 malam, dan bersama rakan Jurulatih Daerah yang lain dan juga semua urusetia program.

Seramai 100 orang pelajar Tingkatan 6 dari 5 buah sekolah daerah akan terlibat dalam Siri 1.

26 Ogos 2025PROGRAM OUTREACH KERJAYA BERSAMA KVSyukur selesai juga slot istimewa hala tuju akademik bersama pelajar Ting...
10/09/2025

26 Ogos 2025

PROGRAM OUTREACH KERJAYA BERSAMA KV

Syukur selesai juga slot istimewa hala tuju akademik bersama pelajar Tingkatan 3.
Cikgu menjemput KV Kuala Krai untuk berkongsi ilmu dan pendedahan dunia pelajaran di KV.

Selepas slot bersama KV, cikgu mengambil slot pengisian untuk PKSK, pengisian secara atas talian untuk memberikan pemahaman langsung kepada pelajar.

Turut diselitkan perkongsian pengalaman kerjaya dari guru praktikal sekolah, Cikgu Farhana.

Terima kasih semua!
Buat pelajar, jangan lupa nanti semak berjaya mendapat tawaran PSK bermula 12 Sept nnt ye ✨

Address

Kuala Krai
18200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolahku Sejahtera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category