Sekolah Kebangsaan Dato' Amar Penghulu - D' AMAR

Sekolah Kebangsaan Dato' Amar Penghulu - D' AMAR Laman Web Fb Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Dato' Amar Penghulu, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 👩‍🏫👨‍🏫   'GURU BITARA,NADI NEGARA'Tarikh    : 22 Mei 2026 (Jumaat)Tempat : Dew...
22/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 👩‍🏫👨‍🏫 'GURU BITARA,NADI NEGARA'

Tarikh : 22 Mei 2026 (Jumaat)
Tempat : Dewan SK Dato' Amar Penghulu
Anjuran : Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan bersama PIBG
Penyelaras program : Ustazah Shuhada
Tema : Negeri Kelahiran

Antara aktiviti yang menarik:
🔶 BACAAN YAASIN
🔶 PERARAKAN MASUK GURU & AKP
🔶 UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS & BACAAN DOA
🔶 BACAAN PERUTUSAN HARI GURU OLEH MENTERI PENDIDIKAN (GURU BESAR)
🔶 BACAAN PERUTUSAN HARI GURU OLEH KPPM (GPKP)
🔶 BACAAN IKRAR GURU & NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA
🔶 PERTANDINGAN BOLA BALING (GURU & AKP)
🔶 SESI PERTUKARAN HADIAH GURU
🔶 PENYAMPAIAN HADIAH MURID & PENYAMPAIAN HADIAH KELAB BAGAK
🔶 PERSEMBAHAN MURID
🔶 BERSURAI

💙Semoga sambutan ini dapat menzahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga, mengeratkan silaturahim sesama warga sekolah, serta membakar semangat para guru untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan anak bangsa dari segi ilmu, akhlak, dan sahsiah.

💙Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang cekal menerangi jalan kejayaan. Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa jemu. 🌹✨


"Biar penat berdiri, jangan penat memberi""Biar lelah membentuk, jangan lelah mendidik"Terima kasih buat semua guru dan ...
16/05/2026

"Biar penat berdiri, jangan penat memberi"

"Biar lelah membentuk, jangan lelah mendidik"

Terima kasih buat semua guru dan pendidik SK Dato' Amar penghulu kerana menjadi pelita yang menerangi jalan murid-murid Cikgu !

***
Terimalah bingkisan e kad, poster dan video Hari Guru oleh guru-guru D'Amar yang hebat sempena Hari Guru 2026 😍

Sepakat Bermatlamat Membina D'Amar Hebat



PERTANDINGAN PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026Tarikh : 13 & 14 Mei 2026...
16/05/2026

PERTANDINGAN PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026

Tarikh : 13 & 14 Mei 2026
Tempat : Rantau Agro Park
Anjuran : Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Negeri Sembilan
Guru pembimbing: Ustazah Nik

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Keputusan luar biasa dan lakaran sejarah buat kontinjen sekolah di peringkat Negeri:
🏆 PERTANDINGAN KRAFTANGAN - JOHAN 🥇

Barisan murid hebat yang telah mengharumkan nama sekolah:
🔸AISYAH
🔸 AUFA
🔸DANISHA

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:
🔸Barisan pentadbir atas sokongan padu yang sentiasa diberikan.
🔸Rakan-rakan guru yang gigih membantu melatih murid ke pertandingan ini.
Semoga segala pengorbanan masa, tenaga, dan kebaikan kalian semua diberkati serta dibalas dengan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT. Syabas dan tahniah PPIM SKDAP menjadi Johan Negeri! 🏆🇺🇦✨

PERTANDINGAN PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERINGKAT DAERAH JELEBU 2026Tarikh : 6 & 7 Mei 2026Temp...
16/05/2026

PERTANDINGAN PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERINGKAT DAERAH JELEBU 2026

Tarikh : 6 & 7 Mei 2026
Tempat : Dusun Tok Ibu
Anjuran : Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Jelebu
Guru pembimbing: Ustazah Nik dan Ustazah Shuhada

Alhamdulillah, keputusan cemerlang kontinjen sekolah dalam semua acara yang dipertandingkan:
🔸KRAFTANGAN - JOHAN 🥇
🔸EXPLORACE (SAINS DAN ISLAM) - NAIB JOHAN 🥈
🔸BANTU MULA - TEMPAT KETIGA 🥉
🔸GAJET (RAK KASUT) - TEMPAT KEEMPAT 🏅

Anugerah Khas Sekolah:
🏆 ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH - TEMPAT KE-2

💙Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir atas sokongan, serta rakan-rakan guru yang gigih membantu melatih murid sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
Semoga segala pengorbanan dan usaha murni kalian diberkati oleh Allah SWT. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua! 🤲🏻✨❤️

PERTANDINGAN MINECRAFT BUILD BATTLE MBMB-UTEM (PROGRAM KARNIVAL ICT MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH) PERINGKAT KEBANG...
16/05/2026

PERTANDINGAN MINECRAFT BUILD BATTLE MBMB-UTEM (PROGRAM KARNIVAL ICT MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

Tarikh : 24 April 2026 (Jumaat)
Tempat : Courtyard Hotel by Marriott, Melaka
Anjuran : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) & Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pencapaian luar biasa dan lakaran sejarah buat warga SK Dato' Amar Penghulu di peringkat Kebangsaan:

🏆 JOHAN PERTANDINGAN MINECRAFT BUILD BATTLE PERINGKAT KEBANGSAAN 🏆

Barisan pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah:
🔸DANISH (PESERTA)
🔸SYUHADA (PESERTA)
🔸QASEH (PESERTA)

Sekalung penghargaan, syabas dan terima kasih diucapkan kepada:
🔸EN. NAIM (JURULATIH)

💙Terima kasih atas bimbingan, strategi, dan usaha gigih tanpa jemu dalam melatih pasukan ini sehingga berjaya di persada kebangsaan. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa atas sokongan padu dan doa yang tidak putus-putus.
💙Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan! Semoga kejayaan berprestij ini menjadi inspirasi buat semua murid SKDAP untuk terus meneroka bidang ICT dan teknologi ke tahap yang lebih tinggi. Kejuaraan ini milik kita! 🌟🥇

MAHRAJAN AL-QURAN, NASYID DAN KHAT  SEKOLAH-SEKOLAH (MQNKSS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu...
16/05/2026

MAHRAJAN AL-QURAN, NASYID DAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH (MQNKSS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026

Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu)
Tempat : SK Kampung Baru Sirusa, Port Dickson
Anjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)
Guru Pembimbing: Ustazah Shuhada

Wakil tunggal sekolah yang telah selesai menggalas cabaran di peringkat negeri:
🔸HAFAZAN AL-QURAN (LELAKI) - MOHAMMAD IMRAN
Pencapaian cemerlang:
🏅 TEMPAT KE-4 HAFAZAN AL-QURAN (LELAKI) PERINGKAT NEGERI - MOHAMMAD IMRAN

💙Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan guru pembimbing, terutamanya Ustazah Shuhada atas usaha dan bimbingan berterusan, serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri.

💙Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Imran atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan! 🌟 Kebanggaan SKDAP!

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2026Tarikh : 17 April 2026 (Jumaat)Masa : 8.15 Pagi - 12.05 Tengah HariT...
16/05/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2026

Tarikh : 17 April 2026 (Jumaat)
Masa : 8.15 Pagi - 12.05 Tengah Hari
Tempat : Dewan SK Dato' Amar Penghulu
Penyelaras : Cikgu Muhiddin

Antara pengisian dan aktiviti yang menarik:
🔸PERARAKAN RAYA BERSAMA WARGA SEKOLAH
🔸PERTANDINGAN VOKAL RAYA
🔸PERTANDINGAN BUSANA RAYA
🔸JAMUAN HARI RAYA WARGA SEKOLAH
🔸SESI MAAF-MAAFAN DAN PENYERAHAN DUIT RAYA

💙Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah, serta pihak PIBG yang telah bertungkus-lumus bekerjasama dalam menjayakan majlis sambutan ini.
💙Terima kasih juga kepada para ibu bapa atas sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi memeriahkan lagi majlis. Semoga sambutan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan ukhuwah sesama kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! 🌙✨

MAHRAJAN AL-QURAN,  NASYID DAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH (MQNKSS) PERINGKAT DAERAH JELEBU 2026​Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)...
16/05/2026

MAHRAJAN AL-QURAN, NASYID DAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH (MQNKSS) PERINGKAT DAERAH JELEBU 2026

​Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
Tempat : SMK Pertang
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Jelebu (PPD)

​Barisan peserta yang telah mewakili sekolah:
🔸TILAWAH AL-QURAN (LELAKI) - YUSUF
🔸TILAWAH AL-QURAN (PEREMPUAN) - HANA SOFIA
🔸HAFAZAN AL-QURAN (LELAKI) - IMRAN
🔸SENI KHAT (LELAKI) - SAFUAN
🔸SENI KHAT (PEREMPUAN) - FAKHIRA

​Pencapaian cemerlang kontinjen sekolah:
🏆 JOHAN HAFAZAN AL-QURAN (LELAKI) - IMRAN

​Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan guru pembimbing yang gigih melatih tanpa jemu:
🔸USTAZAH FATIN (GURU PEMBIMBING TILAWAH)
🔸USTAZAH SHUHADA (GURU PEMBIMBING HAFAZAN)
🔸USTAZAH NIK (GURU PEMBIMBING KHAT)

​Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang pertandingan ini berlangsung.
​Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan menjadi pembakar semangat untuk anak-anak terus cemerlang dalam memartabatkan syiar Islam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua! 🌟🏆

IMAM DHUHA SEMPENA BULAN RAMADAN 2026Tarikh         : Setiap hari pada waktu rehat bulan RamadanTempat      : D'Amar Maw...
29/03/2026

IMAM DHUHA SEMPENA BULAN RAMADAN 2026

Tarikh : Setiap hari pada waktu rehat bulan Ramadan
Tempat : D'Amar Mawaddah
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam
Guru Pembimbing : Ustazah Fatin, Ustazah Nik dan Ustazah Shuhada

🌙 Alhamdulillah, Program Imam Dhuha telah berlangsung dengan lancar sepanjang bulan Ramadan. Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang berani tampil memimpin solat sunat Dhuha.

🌙 Semoga program ini dapat memupuk keyakinan diri, membentuk sahsiah terpuji serta menyemai kecintaan terhadap ibadah sejak usia muda. Semoga anak-anak terus istiqamah dalam melakukan amalan kebaikan. 🤍🕌



Address

Kuala Klawang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Dato' Amar Penghulu - D' AMAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share