27/09/2020
SEGALANYA TELAH BERAKHIR
Setiap orang, akan ada saat sukar dalam hidup bukan?
Kadang-kadang, ianya benar-benar sukar. Kadang-kadang, kita yg menjadikannya sukar.
Apa yg saya ingin kongsikan hari ini ialah kisah di sebalik sebuah doa. Yang mana selalu didengari, namun tidak semua mengetahui kisahnya secara detail.
"لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين"
Maksudnya:
"Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
Doa yg biasa kita dengar dan
menjadi salah satu doa yg dibaca setiap kali solat. Tapi, tahukah kita kisah disebalik doa ini?
Ingat lagi tak kisah Nabi Yunus a.s?
Nabi yg terperangkap dalam perut ikan paus. Saat kapal yg dinaiki tidak mampu menampung bilangan orang di atas kapal tersebut. Kerana melebihi muatannya.
Jadi, nak atau tidak, beberapa orang harus dikorbankan. Tidak lain dan tidak bukan agar kapal yg dinaiki kembali menjadi stabil.
Dengan kuasa Allah SWT, Nabi Yunus AS menjadi yg terpilih. Yg mana baginda terpaksa dicampakkan ke dalam lautan dalam.
Rezeki ikan paus, apabila Nabi Yunus AS di campak. Baginda menjadi santapan ikan paus. Walaupun telah dimakan namun Nabi a.s. masih hidup.
Ketika saat itu Nabi Yunus AS berada dalam tiga kegelapan. Iaitu kegelapan dalam perut ikan, kegelapan dasar laut dan kegelapan malam.
Untuk menenangkan hati baginda, baginda membaca doa tersebut. Sehinggalah baginda terkeluar dari perut ikan paus.
Jadi, apa yg dapat kita ambil dari kisah ini?
Jangan pernah berputus harap dengan pertolongan Allah. Allah tidak akan mengabaikan hambaNya yg sentiasa mengingatiNya.
22/09/2020
17/09/2020