Tahfiz Yatim ASEAN

  • Home
  • Tahfiz Yatim ASEAN

Tahfiz Yatim ASEAN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tahfiz Yatim ASEAN, Education, Kampung Felcra Bukit Kapah, .

Penubuhan Pusat Tahfiz ini bermatlamat melahirkan para huffaz dalam kalangan anak yatim atau miskin dari negara ASEAN yang mempunyai luas ilmu pengetahuan agama beserta mahir dalam ilmu keusahawanan untuk menjadi usahawan Islam yang berjaya.

🌙 Ramadan mengajar kita bahawa harta paling berharga bukan apa yang kita miliki, tetapi bagaimana kita mendidik anak-ana...
05/03/2026

🌙 Ramadan mengajar kita bahawa harta paling berharga bukan apa yang kita miliki, tetapi bagaimana kita mendidik anak-anak kita.

Bayangkan anak membesar dengan Al-Quran di dada, akhlak yang baik dan disiplin yang kuat.

📢 Pengambilan Pelajar Baharu Sesi April 2026 kini dibuka
di Tahfiz Yatim ASEAN.

Di sini pelajar dibimbing dengan:
đź“– Hafazan Al-Quran
📚 Pembelajaran akademik asas
🕌 Pembinaan akhlak dan sahsiah
🤝 Disiplin dan kehidupan berasrama

✨ Ramadan adalah masa terbaik untuk memulakan langkah menuju pendidikan yang diberkati.

📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau pendaftaran.
013-921 4742
[email protected]

Tempat adalah terhad.

Bayangkan seorang anak tahfiz membaca Al-Fatihah. Sepuluh tahun kemudian, dia jadi imam solat jenazah. Setiap bacaan, se...
21/02/2026

Bayangkan seorang anak tahfiz membaca Al-Fatihah. Sepuluh tahun kemudian, dia jadi
imam solat jenazah. Setiap bacaan, setiap doa
ada pahala mengalir kepada anda membantu Pengurusan Operasi Pusat Tahfiz Yatim Asean walaupun anda mungkin sudah tiada
lagi di dunia.

Bayangkan, setiap huruf Al-Quran yang dibaca,
ada pahala automatik masuk akaun akhirat anda.
Tak perlu tunggu lama. Sedekah & berwakaf hari ini, pahala jalan sampai bila-bila.

Jom jadi infaq & berwakaf kepada kami.
Scan QR Code dibawah.

Keikhlasan Anda adalah Harapan Kami.Jutaan terima kasih atas segala sumbangan.
20/02/2026

Keikhlasan Anda adalah Harapan Kami.
Jutaan terima kasih atas segala sumbangan.


Berkat Ramadan: Suapkan Rezeki Buat Anak Syurga​Bulan Ramadan bakal tiba namun adakah meja makan mereka semeriah meja ki...
09/02/2026

Berkat Ramadan:
Suapkan Rezeki Buat Anak Syurga

​Bulan Ramadan bakal tiba namun adakah meja makan mereka semeriah meja kita?

​Di Tahfiz Yatim ASEAN, seramai 11 orang anak yatim dan miskin sedang gigih menghafal Al-Quran.

​Ayuh bantu kami menyediakan Sajian Iftar & Sahur yang berkhasiat buat mereka. Setiap butir nasi yang mereka makan akan menjadi tenaga untuk mereka menghafal ayat suci Allah.

​Pakej Infaq Makanan: RM10 / RM50 / Seikhlas Hati
​Salurkan ke: Agrobank (1006551000122347)
​Nama Akaun: TAHFIZ YATIM
​
Sedekah yang paling utama adalah sedekah
di bulan Ramadan. (HR Tirmidzi).

HADIAH ISTIMEWA BUAT RAMADAN ANDA ​Alhamdulillah, sempena bulan yang penuh keberkatan ini, kami ingin menghadiahkan sebu...
04/02/2026

HADIAH ISTIMEWA BUAT RAMADAN ANDA

​Alhamdulillah, sempena bulan yang penuh keberkatan ini, kami ingin menghadiahkan
sebuah ebook eksklusif: "Ramadan Bermakna: Bekal Dunia, Saham Akhirat."

​Bukan sekadar bahan bacaan, ebook ini direka
khas untuk menjadi kompas ibadah anda.
Kenapa anda WAJIB miliki ebook ini?
Ini 2 sebab utamanya:

​Checklist Amalan Yang Sistematik:
Kami mudahkan perjalanan ibadah anda
dengan panduan amalan mengikut fasa (Pagi, Petang, & Malam). Anda tidak lagi terpinga-pinga mencari pengisian, malah setiap detik diisi dengan bekalan akhirat yang padu.

​Menghidupkan Jiwa Dengan Tadabbur & Doa: Ebook ini membimbing anda menyelami mukjizat Al-Quran secara praktikal dan menyediakan doa-doa yang "memanah jiwa" untuk membantu anda mencapai kemanisan iman yang sebenar.
​Sambil anda memperkasakan diri dengan ilmu, kami juga menjemput anda untuk berkongsi
kasih bersama Tahfiz Yatim Asean. Infaq anda adalah harapan buat mereka, dan syafaat buat
anda di sana.

​"Sumbangan Anda Sejuta Harapan"
​Dapatkan naskhah digital anda sekarang dan
mari kita jadikan Ramadan kali ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita!

Scan & Download.
Terima kasih.

Sekitar lensa: Majlis Anugerah Kecemerlangan & Jamuan Akhir Tahun anak-anak tahfiz Yatim Asean bagi tahun 2025 , Melalui...
17/12/2025

Sekitar lensa:
Majlis Anugerah Kecemerlangan & Jamuan Akhir Tahun anak-anak tahfiz Yatim Asean bagi tahun 2025 , Melalui lensa ini, terpancar usaha, doa dan harapan buat generasi Al-Quran🤍Alhamdulillah🤲🏻
Jutaan terima kasih atas penajaan Primula Hotel.

Setiap Muslim dituntut bersedekah, bukan hanya kepada fakir miskin tetapi juga melalui nafkah dan pemberian makanan kepa...
14/12/2025

Setiap Muslim dituntut bersedekah, bukan hanya kepada fakir miskin tetapi juga melalui nafkah dan pemberian makanan kepada diri, keluarga dan tanggungan.

Menyediakan makanan halal dengan niat kerana Allah kepada diri, isteri, anak-anak dan pembantu dikira sebagai ibadah dan amal soleh.

Setiap nafkah yang diberikan dengan ikhlas menjadi sedekah yang berpahala dan tanggungjawab yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

TAHFIZ YATIM ASEAN
7676 FELCRA Bukit Kapah,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Menjaga anak yatim ialah amanah besar yang menuntut kasih sayang dan kelembutan. Mereka telah diuji sejak kecil, sedangk...
11/12/2025

Menjaga anak yatim ialah amanah besar yang menuntut kasih sayang dan kelembutan. Mereka telah diuji sejak kecil, sedangkan kita diberi nikmat keluarga yang lengkap.

Segala kebaikan dan pengorbanan untuk mereka pasti dibalas oleh Allah SWT. Layanilah mereka seperti anak sendiri dan peliharalah harta mereka tanpa mengambil hak yang bukan milik kita.

Semoga peringatan ini menyedarkan kita untuk terus mengasihi dan melindungi anak-anak yatim. Mudah-mudahan Allah SWT memelihara mereka dan diri kita. Amin.

7676 TAHFIZ YATIM ASEAN,
FELCRA Bukit Kapah,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

06/12/2025

Melatih lidah dengan ilmu, membiasakan hati dengan adab.

Dalam setiap bait kata yang disampaikan, tersimpan usaha, keberanian dan doa untuk menjadi insan yang lebih baik.

Semoga latihan kecil hari ini menjadi langkah besar dalam perjalanan dakwah dan kepimpinan mereka pada masa hadapan.

Public Speaking, 5 Disember 2025.

7676 TAHFIZ YATIM ASEAN,
FELCRA Bukit Kapah,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya kerana ia adalah tanggungjawab dan ...
23/11/2025

Seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya kerana ia adalah tanggungjawab dan ibadah yang besar pahalanya. Mengabaikan nafkah adalah satu dosa.

Nafkah merangkumi makan minum, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang dan pendidikan. Walaupun isteri bekerja, kewajipan nafkah tetap di bahu suami, manakala bantuan isteri dianggap sedekah yang diberi ganjaran.

Keluarga ialah tempat pertama berbuat kebajikan, dan suami sepatutnya berasa gembira kerana setiap belanja untuk keluarga dinilai sebagai pahala oleh Allah SWT.

TAHFIZ YATIM ASEAN
7676, FELCRA Bukit Kapah,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Muslim dituntut sentiasa berakhlak baik dalam pergaulan, terutama dengan ibu bapa, serta menjauhi hubungan buruk yang bo...
21/11/2025

Muslim dituntut sentiasa berakhlak baik dalam pergaulan, terutama dengan ibu bapa, serta menjauhi hubungan buruk yang boleh membawa kepada kezaliman.

Tiga golongan yang doanya sangat mustajab ialah doa orang yang dizalimi, doa musafir dan doa ibu bapa. Doa orang yang dizalimi dimakbulkan kerana kezaliman mengundang murka Allah, manakala doa musafir diterima kerana perjalanan menjadikan hati lebih tunduk dan bergantung kepada Allah.Doa ibu bapa p**a amat besar kesannya terhadap kehidupan anak.

Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dan tidak melakukan perkara yang boleh mendorong tiga golongan ini berdoa buruk terhadap kita.

TAHFIZ YATIM ASEAN
7676 FELCRA Bukit Kapah,
21700, Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Address

Kampung Felcra Bukit Kapah

21700

Telephone

+60139214742

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tahfiz Yatim ASEAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tahfiz Yatim ASEAN:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share