SMKA Durian Guling - RASMI

Call Website Contact the school

SMKA Durian Guling - RASMI SMKADG OFFICIAL PAGE

SMKA Durian Guling Raih Naib Johan dan Tempat Kelima Sumo Robot Challenge D'MOSS 202624 September 2026 | Dataran RBT, SM...
24/09/2026

SMKA Durian Guling Raih Naib Johan dan Tempat Kelima Sumo Robot Challenge D'MOSS 2026

24 September 2026 | Dataran RBT, SMK Dato' Haji Mohd Said

Pasukan Robotik SMKA Durian Guling sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila berjaya meraih Naib Johan dan Tempat Kelima dalam Sumo Robot Challenge D'MOSS 2026 Peringkat Negeri bagi kategori 500g RC (15 × 15) sempena Karnival D'MOSS 2026.

Kejayaan membanggakan itu diraih oleh Daniel Iman Bin Reza Shahrin yang muncul sebagai Naib Johan, manakala Mohammad Amirul Adha Bin Saiful Mazli berjaya menamatkan saingan di tempat kelima dalam pertandingan yang menghimpunkan peserta terbaik dari seluruh negeri.

Pencapaian ini membuktikan keupayaan murid SMKA Durian Guling dalam bidang robotik serta hasil bimbingan guru-guru yang komited memperkasa budaya STEM di sekolah.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi inspirasi kepada warga SMKADG untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.

DGES Pemangkin Generasi Rabbani

Jil Amal Al-Ummah Tingkatan 1 Perkasa Kecemerlangan Akademik Murid23 September 2026 | Sumai Hotel & Apartment, Kuala Ter...
23/09/2026

Jil Amal Al-Ummah Tingkatan 1 Perkasa Kecemerlangan Akademik Murid

23 September 2026 | Sumai Hotel & Apartment, Kuala Terengganu

SMKA Durian Guling telah melaksanakan Program Kecemerlangan Akademik Jil Amal Al-Ummah (Generasi Harapan Ummah) Tingkatan 1 pada 22 hingga 23 September 2026 di Sumai Hotel & Apartment, Kuala Terengganu sebagai usaha memperkukuh penguasaan akademik murid menjelang peperiksaan.

Program selama dua hari ini dimulakan dengan sesi Bahasa Inggeris pada petang hari pertama, diikuti slot Matematik pada sebelah malam. Pada hari kedua, murid meneruskan pengisian dengan slot Sejarah dan Bahasa Melayu sebelum menamatkan program dan pulang ke sekolah.

Sepanjang program, murid bukan sahaja mengikuti sesi pembelajaran yang berfokus, malah turut menjalani pengisian rohani, pengurusan diri serta aktiviti yang tersusun bagi mewujudkan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembinaan sahsiah.

Semoga program ini dapat meningkatkan keyakinan, motivasi serta pencapaian akademik murid Tingkatan 1, selaras dengan usaha SMKA Durian Guling melahirkan Generasi Harapan Ummah yang cemerlang dari segi ilmu, akhlak dan jati diri.

Kem Kecemerlangan Akademik Jil Amal Al-Ummah Tingkatan 2 2026 BermulaKuala Terengganu, 21 September 2026 – SMKA Durian G...
22/09/2026

Kem Kecemerlangan Akademik Jil Amal Al-Ummah Tingkatan 2 2026 Bermula

Kuala Terengganu, 21 September 2026 – SMKA Durian Guling telah memulakan Program Kecemerlangan Akademik Jil Amal Al-Ummah (Generasi Harapan Ummah) Tingkatan 2 yang berlangsung pada 21 hingga 22 September 2026 bertempat di Sumai Hotel & Apartment, Kuala Terengganu.

Program selama dua hari ini disusun bagi memperkukuh penguasaan akademik murid menerusi slot pembelajaran berfokus yang dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran. Antara pengisian utama ialah Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris, di samping aktiviti pengurusan diri serta pengisian rohani.

Kem ini turut melibatkan kerjasama guru-guru panitia dalam membuat persediaan awal bagi memastikan setiap sesi berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Semoga Program Kecemerlangan Akademik Jil Amal Al-Ummah menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi akademik, sahsiah serta motivasi murid Tingkatan 2 ke arah melahirkan Generasi Harapan Ummah yang cemerlang. 🌷

Cc:
Nurin Abdul Majid

📢 MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA MURID SMKA DURIAN GULINGAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa...
20/09/2026

📢 MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA MURID SMKA DURIAN GULING

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah mendapati terdapat penularan kes influenza dalam kalangan murid SMKA Durian Guling (SMKADG) pada masa ini.

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk:
🔹 Mengingatkan dan memastikan anak-anak memakai pelitup muka (mask) terutama ketika berada di sekolah dan di tempat yang sesak.
🔹 Membekalkan mask secukupnya untuk kegunaan anak sepanjang berada di sekolah.
🔹 Memantau keadaan kesihatan anak dari semasa ke semasa.
🔹 Sekiranya anak menunjukkan gejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, sakit kepala atau badan berasa lemah, mohon ibu bapa mengambil tindakan sewajarnya dan mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan.
🔹 Elakkan menghantar anak ke sekolah sekiranya mereka tidak sihat atau mengalami gejala yang boleh menjangkiti murid lain.

Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa amat dihargai bagi membantu pihak sekolah memutuskan rantaian penularan influenza serta memastikan keselamatan dan kesihatan seluruh warga SMKADG.

“Kesihatan Anak-anak, Tanggungjawab Kita Bersama.”

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
Pihak Pengurusan
SMKA Durian Guling

19/09/2026
KUNJUNG CAKNA TUAN PPD BERSAMA ANAK-ANAK ASRAMA SMKA DURIAN GULING17 September 2026 | Surau As-SyafieAlhamdulillah, anak...
16/09/2026

KUNJUNG CAKNA TUAN PPD BERSAMA ANAK-ANAK ASRAMA SMKA DURIAN GULING

17 September 2026 | Surau As-Syafie

Alhamdulillah, anak-anak asrama SMKA Durian Guling berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama Cikgu Kamarulzaman bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) pada pagi ini.

Dalam kunjungan cakna tersebut, Cikgu Kamarulzaman turut menyampaikan nasihat dan pesanan agar murid dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar dengan sebaik-baiknya, di samping terus menjaga disiplin, sahsiah dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.

Semoga kunjungan ini menjadi suntikan motivasi kepada anak-anak asrama untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Kamarulzaman bin Ismail atas kesudian meluangkan masa bersama-sama anak-anak asrama.

*INDEK PENCEMARAN UDARA MELEBIHI 150*📌Pihak pengurusan SMKA Durian Guling mengambil cakna tentang masalah jerebu yang me...
16/09/2026

*INDEK PENCEMARAN UDARA MELEBIHI 150*

📌Pihak pengurusan SMKA Durian Guling mengambil cakna tentang masalah jerebu yang melanda negara ketika ini.

📌Para pelajar dan warga sekolah dinasihatkan supaya mengutamakan kesihatan dengan mengambil tindakan positif seperti memakai pelitup muka dan mengurangkan aktiviti di luar bangunan.

📌 Terima kasih dan Jazakumullahu Khairan Kathira.

📌 Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab bersama.

PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: KASIH KANAK-KANAK SMKA DURIAN GULING15 September 2026 | Dewan Ibnu KhaldunSMK...
16/09/2026

PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: KASIH KANAK-KANAK SMKA DURIAN GULING

15 September 2026 | Dewan Ibnu Khaldun

SMKA Durian Guling telah menganjurkan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak pada 15 September 2026 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang hak dan kepentingan perlindungan kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan, pengabaian, buli dan eksploitasi.

Program ini telah disampaikan oleh Puan Rafatini binti Mohd. Rawandi, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pelindung Kanak-kanak), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.

Turut hadir bersama ialah Puan Nor Syafika binti Zawawi, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pelindung Kanak-kanak), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.

Sepanjang program, murid diberikan pendedahan berkaitan hak kanak-kanak, aspek keselamatan diri, cara melindungi diri daripada situasi berisiko serta saluran yang boleh dipercayai untuk mendapatkan bantuan.

Selain itu, pengisian turut menekankan kepentingan keberanian untuk bersuara dan melaporkan sebarang kejadian penderaan, buli atau gangguan kepada pihak yang dipercayai. Murid juga dibimbing untuk mengenal pasti perlakuan yang tidak selamat serta memahami peranan mereka dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.

Program ini diharapkan dapat memupuk kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang tanggungjawab bersama untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, penyayang dan prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, khususnya Puan Rafatini binti Mohd. Rawandi dan Puan Nor Syafika binti Zawawi, atas perkongsian ilmu serta komitmen dalam menjayakan program ini.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini!








PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK KEM ITQAN RABBANI MURID TINGKATAN 4 SMKADG 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan ja...
16/09/2026

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK KEM ITQAN RABBANI MURID TINGKATAN 4 SMKADG 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Kecemerlangan Akademik Kem Itqan Rabbani Murid Tingkatan 4 SMKA Durian Guling 2026 pada 13 hingga 15 September 2026 bertempat di AM Transit Inn, Kuala Terengganu.

Program selama tiga hari ini dianjurkan sebagai usaha memperkasa kecemerlangan akademik murid Tingkatan 4 di samping membentuk sahsiah Rabbani sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa hadapan.

Sepanjang kem berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai pengisian yang memberi penekanan kepada motivasi pembelajaran, pengukuhan akademik, pembinaan disiplin diri serta pemantapan nilai-nilai murni bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek ilmu, akhlak dan kepimpinan.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan semangat yang diperoleh sepanjang Kem Itqan Rabbani ini menjadi bekalan berharga buat seluruh peserta untuk terus melakar kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

Address

Km21 Jalan Kuala Berang
Kuala Berang
21040

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+6096801668

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMKA Durian Guling - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMKA Durian Guling - RASMI:

Shortcuts

Share