11/01/2023
🔍 Posting Kesepuluh
✍️Posting oleh:
(287411) Tan Yee Way
📝Rumusan bagi gangguan seksual
Daripada posting di halaman Facebook kump**an kami, dapat disimpulkan gangguan seksual adalah masalah sosial yang meruncing dalam masyarakat kita. Kita memahami bahawa gangguan seksual berlaku melalui lima kategori iaitu fizikal, lisan, isyarat, visual dan psikologi. Gangguan seksual boleh berlaku bukan sahaja antara heteroseksual, tetapi juga antara orang yang sama jantina, iaitu lelaki kepada lelaki atau perempuan kepada perempuan dan boleh terjadi kepada semua usia.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang berlakunya gangguan seksual. Contohnya, pemilikan kuasa, gagal menahan diri dan nafsunya dari berbuat perkara sedemikian, kebebasan Internet, kurang tahap kesedaran dan pendidikan dan personaliti dan pemakaian seseorang. Terdapat beberapa tempat yang sering mengalami masalah gangguan seksual. Antara tempat tersebut adalah di tempat kerja, sekolah dan secara atas talian.
Gangguan seksual secara berterusan akan memberi banyak kesan yang negatif kepada masa depan mereka terutamanya sekali dalam segi psikologi. Hal ini akan menyebabkan mangsa hilang keinginan atau minat untuk melakukan apa sahaja termasuk dirinya apabila mangsa menghadapi masalah gangguan seksual. Mangsa juga akan depresi dan ia akan membawa kepada kes bunuh diri.
Memandangkan kes gangguan seksual menjadi semakin umum, beberapa akta telah diluluskan seperti Akta Kanun Keseksaan 574 (seksyen 509), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999 (Kod. Amalan), Bahagian XVA Akta Pekerjaan, 1995 dan Tort Gangguan Seksual 2016 (Saman Gangguan Seksual) supaya kes gangguan seksual dapat dikurangkan. Bukan itu sahaja, langkah-langkah untuk mengatasi gangguan seksual ialah menjaga batasan pergaulan, pendedahan anti-seksual melalui media massa, meningkatkan kesedaran melalui pendidikan, menjaga pemakaian dan penguatkuasaan undang-undang.
Akhir kata, semua pihak seperti pihak kerajaan, pihak sekolah, pihak ibu bapa dan pihak NGO perlulah mengambil tindakan untuk mengelakkan gangguan seksual dan kes gangguan seksual semakin menurun. Semua orang dalam pelbagai peringkat masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menjaga diri dan satu sama lain. Kami berharap pihak kerajaan dapat memberikan hukuman yang sewajarnya kepada orang yang mengganggu seksual orang lain supaya masalah ini dapat dihentikan daripada terus berkembang. Kami berharap perkongsian dengan menyiarkan di halaman Facebook bagi kump**an kami akan memberikan pengetahuan baru dan meninggalkan kesan yang bermakna kepada pembaca kami. Terima kasih kerana melawat halaman Facebook kami.