Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba

Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba Selamat Datang ke Media Rasmi SK Pulau Tuba

FB: facebook.com/skptuba
Tiktok: https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8ylnVV8QFBI&_r=1

๐Ÿ… Tahniah dan Syabas! ๐Ÿ…Seluruh warga SK Pulau Tuba mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Arash bin Abdul Razak...
20/07/2026

๐Ÿ… Tahniah dan Syabas! ๐Ÿ…

Seluruh warga SK Pulau Tuba mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Arash bin Abdul Razak atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam Kejohanan MSSD Langkawi 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, dan semangat juang yang tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid SK Pulau Tuba untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik.

Semoga Adik Arash terus melakar lebih banyak kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas! Kami warga SK Pulau Tuba amat berbangga dengan kejayaan anda. ๐Ÿฅ‰๐Ÿ’™




Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih ramai murid SK Pulau Tuba mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.

ASSALAMUALAIKUM Makluman kepada seluruh warga SK PULAU TUBA
05/07/2026

ASSALAMUALAIKUM

Makluman kepada seluruh warga SK PULAU TUBA

๐ŸŽค JOHAN PERTANDINGAN SENE'G KIDS VOCAL CHALLENGE PIALA DATO' ROSNIAIDA ISMAIL 2026 ๐Ÿ†Tahniah diucapkan kepada Nur Afina H...
29/06/2026

๐ŸŽค JOHAN PERTANDINGAN SENE'G KIDS VOCAL CHALLENGE PIALA DATO' ROSNIAIDA ISMAIL 2026 ๐Ÿ†

Tahniah diucapkan kepada Nur Afina Hanania ๐ŸŒŸ

Pada 28 Jun 2026 (Ahad), telah berlangsungnya Pertandingan SENE'G Kids Vocal Challenge Piala Dato' Rosniaida Ismail 2026 yang dianjurkan oleh SK Seri Negeri bersempena Hari Jualan Susu Farm Fresh.

Alhamdulillah, penyertaan kali ini membuahkan hasil yang amat membanggakan apabila Nur Afina Hanania, murid Tahun 6 SK Pulau Tuba, telah berjaya dinobatkan sebagai Johan SENE'G Kids Vocal Challenge Piala Dato' Rosniaida Ismail 2026 ๐Ÿฅ‡๐ŸŽ‰

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, latihan yang berterusan, kesungguhan serta semangat juang yang tinggi. Di samping itu, doa dan sokongan padu daripada seluruh warga sekolah menjadi pemangkin kepada kejayaan yang begitu bermakna ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah turut diucapkan kepada guru pembimbing, Cikgu Hakimi Haikal, atas bimbingan, dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam membimbing bakat murid sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Pulau Tuba untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang. Semoga Nur Afina Hanania terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Sekalung tahniah dan syabas! Teruskan menggapai impian dan mengharumkan nama SK Pulau Tuba. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›





๐Ÿ‰ Langkawi Hawk Rugby Carnival ๐Ÿ‰Alhamdulillah, pasukan berjaya menamatkan kejohanan dengan keputusan yang membanggakan:๐Ÿฅ‰...
24/06/2026

๐Ÿ‰ Langkawi Hawk Rugby Carnival ๐Ÿ‰

Alhamdulillah, pasukan berjaya menamatkan kejohanan dengan keputusan yang membanggakan:

๐Ÿฅ‰ U12 โ€“ Tempat Ketiga (Plate)
๐Ÿฅ‰ U11 โ€“ Tempat Ketiga (Shield)
๐Ÿฅ‰ U10 โ€“ Tempat Ketiga (Shield)

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan. Teruskan berusaha, menimba pengalaman dan memperbaiki kelemahan. Setiap kejayaan bermula dengan kerja keras dan semangat yang tidak pernah luntur ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช๐Ÿป




๐Ÿ•๏ธ KEM UNIT BERUNIFORM SK PULAU TUBA 2026 ๐Ÿ•๏ธAlhamdulillah, Kem Unit Beruniform SK Pulau Tuba 2026 telah berjaya dilaksan...
23/06/2026

๐Ÿ•๏ธ KEM UNIT BERUNIFORM SK PULAU TUBA 2026 ๐Ÿ•๏ธ

Alhamdulillah, Kem Unit Beruniform SK Pulau Tuba 2026 telah berjaya dilaksanakan di Bagan Asam, Pulau Tuba dengan penyertaan seramai 42 orang murid.

Program ini merupakan hasil kolaborasi bersama Allianz Eco Quest, yang memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan, disiplin diri serta kesedaran terhadap alam sekitar melalui pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para guru, fasilitator, pihak Allianz Eco Quest serta semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan manis dan pemangkin kepada pembentukan sahsiah serta jati diri murid pada masa hadapan.

โ€œBerdisiplin, Berdaya Saing, Berbaktiโ€








๐Ÿ•๏ธ๐ŸŒฟโœจ

HENTIKAN BULI !Sekolah merupakan tempat yang selamat untuk belajar, berkawan dan berkembang. Setiap murid berhak berasa ...
21/06/2026

HENTIKAN BULI !

Sekolah merupakan tempat yang selamat untuk belajar, berkawan dan berkembang. Setiap murid berhak berasa dihargai, dihormati dan dilindungi daripada sebarang bentuk buli.

Di sekolah ini, kita pilih untuk:
โœจ Hormat sesama insan
โœจ Tegur dengan adab
โœจ Sokong, bukan menjatuhkan
โœจ Cipta persekitaran selamat untuk semua
๐Ÿ’™ Buat Baik, Tolak Buli!

Bersama-sama kita mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan bebas daripada buli.

KAMI WARGA SK PULAU TUBA TOLAK BULI !!





๐ŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M ๐ŸŒ™Sekolah Kebangsaan Pulau Tubaโ€œHijrah Membina Ummah Madaniโ€Sempena kedatangan Awal Muh...
17/06/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M ๐ŸŒ™

Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba

โ€œHijrah Membina Ummah Madaniโ€

Sempena kedatangan Awal Muharram, marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dengan memperbaharui azam, memperkukuhkan akhlak dan meningkatkan kecemerlangan diri.

โœจ Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada seluruh warga SK Pulau Tuba serta keluarga.

๐Ÿ“… 1 Muharram 1448H

Ikhlas daripada:

Barisan Pentadbir, Guru dan Staf
SK Pulau Tuba

๐ŸŒ™๐Ÿ•Œโญ

Assalamualaikum warga SK PULAU TUBA.๐Ÿ“ข *MAKLUMAN CUTI SEKOLAH*Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti seperti berikut:๐Ÿ•Œ *...
17/06/2026

Assalamualaikum warga SK PULAU TUBA.

๐Ÿ“ข *MAKLUMAN CUTI SEKOLAH*

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti seperti berikut:

๐Ÿ•Œ *17 Jun 2026 (Rabu) โ€“ Cuti Awal Muharram*

๐Ÿ”„ *18 Jun 2026 (Khamis) โ€“ Cuti Berganti Sekolah*

๐Ÿก 19 & 20 Jun 2026 (Jumaat & Sabtu) โ€“ Cuti Mingguan

๐Ÿซ *Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2026 (Ahad).*

โš ๏ธ Perhatian: Cuti berganti bagi 18 Jun 2026 (Khamis) akan dibawa ke 27 Jun 2026 (Sabtu).

Terima kasih. ๐ŸŒท

*RAZIF BIN MAD RASHID*
Guru Besar
SK Pulau Tuba

๐ŸŒŸ WE DREAM. WE BELIEVE. WE ACHIEVE
๐ŸŒŸ

Warga SK Pulau Tuba mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada dua orang guru baharu iaitu Cikgu Khairi dan ...
17/06/2026

Warga SK Pulau Tuba mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada dua orang guru baharu iaitu Cikgu Khairi dan Cikgu Aina yang telah melaporkan diri di sekolah ini.

Semoga kehadiran kedua-dua guru ini akan membawa semangat baharu, idea yang kreatif serta menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.

Seluruh warga sekolah mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan, sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana serta keluarga besar SK Pulau Tuba.

Selamat datang dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga SK Pulau Tuba. Semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa. ๐ŸŒน๐Ÿ“š


14/06/2026

๐Ÿ”๏ธ Teater Legenda Mat Cincang & Mat Raya

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menjayakan persembahan ini dengan begitu baik. Walaupun hanya berlatih selama 3 hari, mereka telah menunjukkan kesungguhan, keyakinan dan semangat kerja berpasukan yang membanggakan. ๐Ÿ‘

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ASWARA yang telah melatih dan membimbing anak-anak sehingga berjaya menjayakan persembahan teater ini dengan cemerlang. Terima kasih juga kepada para guru atas sokongan yang diberikan serta pihak Allianz Eco Quest atas kemudahan dan bantuan sepanjang program berlangsung.

๐ŸŽฌ Video persembahan ini agak panjang, namun kami berharap anda dapat meluangkan sedikit masa untuk menonton dan menghargai hasil usaha anak-anak serta semua pihak yang terlibat.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi manfaat dan mendapat ganjaran yang terbaik. ๐Ÿคฒโœจ

Address

Pulau Tuba
Kuah
07000

Telephone

+6049661598

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba:

Shortcuts

Share