Unit Bimbingan & Kaunseling SK Kedawang

Unit Bimbingan & Kaunseling SK Kedawang �Perkongsian atau info berkaitan dengan 4 fokus utama bidang bimbingan&kaunseling

�Perkongsian Aktiviti/Program unit Bimbingan&Kaunseling

Selamat kembali berPdPR anak murid semua
19/09/2021

Selamat kembali berPdPR anak murid semua

27/06/2021
❤️1 HARI 1 INFO❤️21 JUN 2021/ISNIN💚KESEJAHTERAAN MENTAL💚Tanda-tanda dan gejala gangguan kesihatan mental pada remaja aka...
21/06/2021

❤️1 HARI 1 INFO❤️

21 JUN 2021/ISNIN

💚KESEJAHTERAAN MENTAL💚

Tanda-tanda dan gejala gangguan kesihatan mental pada remaja akan bergantung pada gangguan tertentu, tetapi ada beberapa tanda umum yang perlu dicari termasuk:

✅ Perubahan dalam tidur dan / atau selera makan (terlalu banyak atau terlalu sedikit)
✅Kehilangan minat terhadap perkara-perkara yang dulu menggembirakan atau menarik
✅ Mengasingkan diri dan bersendirian lebih kerap
✅Menghabiskan sebahagian besar masa untuk berfikir atau bercakap mengenai berat badan atau badan mereka
✅Melakukan kecederaan diri seperti memotong atau membakar

Jadi anak-anak murid yang cikgu sayangi . Kenali dan faktor -faktor ini dan dapatkan bantuan sekiranya anda mempunyai kecenderungan seperti di atas . Ingat selalu bahawa kesejahteraan mental adalah penting untuk kita melalui hidup seharian . Jadi jangan malu untuk mendapatkan bantuan.

Kredit :
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Karya dan Idea Asal : Muzzammil Ismail

1 Hari 1 Info (17 Jun 2021 / Khamis)Assalamualaikum..☘️Selamat Petang..Berjumpa lagi kita pada hari ini...😀😀😀👩🏻‍🏫 Hari n...
17/06/2021

1 Hari 1 Info (17 Jun 2021 / Khamis)

Assalamualaikum..☘️
Selamat Petang..
Berjumpa lagi kita pada hari ini...😀😀😀

👩🏻‍🏫 Hari ni cikgu kongsikan tentang Kesan Ponteng Kelas

👩🏻‍🏫 Mungkin ada yang berkata " sekolah mana buka,tak leh kira ponteng la macam tu".... Anak-anak, kita kena faham diwaktu pandemik sekarang ni,memamg sekolah ditutup tapi......digantikan dengan PdPR. Secara rasminya pembelajaran secara PdPR dikira kelas rasmi sama seperti pembelajaran secara bersemuka.

👩🏻‍🏫 Cikgu selalu tekankan dalam setiap kelas,pelajaran merupakan perkara paling penting. ILMU merupakan benda yang paling berguna. Macam mana nak dapatkan ilmu??? Dari kelas yang cikgu-cikgu adakan...sama ada di sekolah,di rumah secara dalam talian ataupun melalui pembacaan. Setiap hari kita akan melalui proses pembelajaran. Alangkah tuginya RUGI nya orang yang ponteng kelas.

👩🏻‍🏫 Anak-anak SKKD sekalian,semoga perkongsian cikgu pada hari ini akan memberi sedikit semangat untuk terus belajar dan tidak ponteng kelas.

👩🏻‍🏫Terima kasih atas kesudian dan kelapangan masa anak-anak murid semua. Semoga kita bertemu lagi untuk info yang lain p**a

Selamat Belajar & Selamat Maju Jaya..💕

Selamat Kembali BerPdPR anak-anak murid di seluruh Malaysia💪💪INGAT!! 💯 Jangan bermalas-malasan💯 lebih fokus💯 lebih berse...
13/06/2021

Selamat Kembali BerPdPR anak-anak murid di seluruh Malaysia💪💪

INGAT!!
💯 Jangan bermalas-malasan
💯 lebih fokus
💯 lebih bersemangat
💯 lebih bermotivasi
💯 Be Strong ok 💪💪😁🌹

🌹Assalamualaikum.. esok bermulalah sesi pdpr bagi pkp 3.0..👩‍🏫Cikgu harap semua murid & Ibu bapa/waris telah bersedia fi...
16/05/2021

🌹Assalamualaikum.. esok bermulalah sesi pdpr bagi pkp 3.0..

👩‍🏫Cikgu harap semua murid & Ibu bapa/waris telah bersedia fizikal & mental utk melalui sekali lagi suasana pembelajaran di era baharu..

👩‍🏫Kali ini, Cikgu harapkan, ianya bukanlah sesuatu yang mberi beban & mnyukarkn proses PDP kerana Kita telah pun bjaya melaluinya semampu Yang Kita boleh sebelum ini.

Selamat Belajar & Selamat Maju Jaya..💕

29/12/2020

KANDUNGAN REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PROFIL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. FALSAFAH, TUJUAN, RASIONAL DAN OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING. CARTA ORGANISASI. SENARAI TUGAS. FOKUS PERKHI...

🌸Tarikh/Hari: 13/12/2020(Ahad)🌸Bidang: Pengurusan Kerjaya🌸Tajuk: Teka silang kata pekerjaan🌼Assalamulaikum. Apa khabar m...
13/12/2020

🌸Tarikh/Hari: 13/12/2020(Ahad)
🌸Bidang: Pengurusan Kerjaya
🌸Tajuk: Teka silang kata pekerjaan

🌼Assalamulaikum. Apa khabar murid-murid semua? Cikgu doakan semua dalam keadaan sihat hendaknya.
🌼Minggu lepas cikgu kongsikan video senarai kerjaya yang anak-anak murid boleh terokai.
🌼Minggu ini, anak-anak murid boleh cuba menjawab teka silang kata berkaitan kerjaya. Selamat mencuba anak-anak😊

https://thewordsearch.com/puzzle/1752902/kenali-kerjaya-2/

💕Unit Bimbingan&Kaunseling SKKD

mari kita cari senarai pekerjaan yang ada

*1 Hari 1 Info*🌸Tarikh/Hari: 10/12/2020(Khamis)🌸Tajuk: Cita-cita Saya🌸 Bidang: Pendidikan KerjayaSila tonton video ini👇h...
10/12/2020

*1 Hari 1 Info*

🌸Tarikh/Hari: 10/12/2020(Khamis)
🌸Tajuk: Cita-cita Saya
🌸 Bidang: Pendidikan Kerjaya

Sila tonton video ini👇
https://youtu.be/DQ6wQQ4cVxo

🌸Assalamualaikum dan apa khabar semua?
Cikgu doakan semua dalam keadaan sihat hendaknya.
🌸Pada hari ini, cikgu ingin kongsikan berkenaan pemilihan kerjaya.
🌸Pemilihan kerjaya dipengaruhi oleh kecenderungan, minat dan bakat individu.
Kecenderungan individu boleh diukur melalui 9 konstruk.

*VERBAL LINGUISTIK*
☘️suka menjawab teka teki dan silang kata
☘️suka membaca, menulis & bercerita
☘️kerjaya: guru, peguam, wartawan

*VISUAL RUANG*
☘️suka menconteng, melukis,mewarna
☘️gemar jigsaw puzzle, teka kata, main maze, membuka&memasang semula sesuatu
☘️kerjaya: pengacara, arkitek, pelukis, ahli bedah

*LOGIK MATEMATIK*
☘️faham nombor dan pola abstrak
☘️menyelesaikan masalah yang memerlukan penaakulan
☘️kerjaya: akauntan, juruwang, jurutera

*MUZIK*
☘️mendengar dan bermain muzik
☘️menyanyi, bersenandung, mencipta lagu
☘️kerjaya: penyanyi, ahli muzik, penerbit

*NATURALIS*
☘️peka kepada alam semulajadi
☘️menghabiskan masa di luar, memerhati tumbuh-tumbuhan, menangkap serangga
☘️kerjaya: petani, doktor haiwan, ahli zoologi, peramal cuaca

*KINESTATIK*
☘️suka bersukan, menari, berlakon, memasak, berkebun
☘️kerjaya: penari, mekanik, bomba, atlet

*INTERPERSONAL*
☘️suka berkawan, pandai memimpin
☘️peka terhadap perasaan dan mood orang lain
☘️kerjaya: kaunselor, ahli politik, jurujual, peniaga, pengawal keselamatan

*INTRAPERSONAL*
☘️pandai mengawal emosi dan mood kendiri
☘️belajar melalui pemerhatian dan mendengar
☘️kerjaya: ahli psikologi, penyelidik, usahawan, pendakwah

*EKSISTENSIAL*
☘️memberi pendapat dan idea yang memberangsangkan berlandaskan agama
☘️melihat sesuatu secara holistik
☘️menyatakan rasa kekitaan kepada masyarakat global
☘️kerjaya: ahli falsafah, ahli teologi

🌸Cikgu harap perkongsian ini boleh membantu murid-murid semua untuk pemilihan kerjaya pada masa akan datang.

💕Unit Bimbingan&Kaunseling SKKD

SUBSCRIBE: https://bit.ly/2kSUo Kalau waktu sekolah dulu, mesti pernah ada 'Hari Kerjaya' kan? Mesti semua excited sebab terbayang cita-cita masing-masing :)...

*1 Hari 1 Info* (Dasar Warga Emas Negara)👴🏻👵🏻🍁Tarikh/Hari: 8/12/2020 (Isnin) 🍁Bidang: Pembangunan&Perkembangan Sahsiah M...
08/12/2020

*1 Hari 1 Info*
(Dasar Warga Emas Negara)
👴🏻👵🏻

🍁Tarikh/Hari: 8/12/2020 (Isnin) 🍁Bidang: Pembangunan&Perkembangan Sahsiah Murid
🍁Tajuk: Hormati yang Tua

Sila tonton video ini 👇
https://youtu.be/BPhdhVfbL2g

🌼 Assalamualaikum anak-anak murid semua. Semoga semua dalam keadaan sihat hendaknya.

🌼Pada hari ini, Cikgu ingin kongsikan info berkenaan warga emas. Murid-murid boleh baca info yang cikgu kongsikan ini.

🌼*Siapakah warga emas??*
👵🏻👴🏻 individu yang berusia 60 tahun ke atas seperti atuk, nenek, tok, tok wan

🌼*Kenapa kita perlu menjaga&menyayangi warga emas?*
✔️Kita juga akan menjadi warga emas suatu hari nanti
✔️Supaya mereka tidak kesunyian
✔️Tenaga dan kemampuan berdikari kurang serta memerlukan bantuan orang lain
✔️Supaya mereka hidup dengan gembira apabila disayangi
✔️Mereka mengalami pelbagai penyakit

🌼*Adab bersama warga emas*
✔️bertanya khabar
✔️menjaga&merawat mereka
✔️menghargai pengorbanan mereka
✔️sabar melayan kehendak serta karenah
✔️menghormati orang tua
✔️membantu ringankan beban mereka
✔️menyayangi mereka sepenuh hati

🌼Diharap info yang cikgu kongsikan ini dapat kita sama-sama amalkan dan memberi manfaat kepada semua.

💕*Unit Bimbingan&Kaunseling SKKD*

Omar & Hana mempersembahkan lagu 'Hormat Yang Tua' khas untuk semua! Omar & Hana juga boleh ditonton di Astro mulai 1 September 2017 di: Astro Ceria : Setiap...

Address

Kedawang
Kuah
07000

Telephone

+6049554787

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Bimbingan & Kaunseling SK Kedawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category