DAPUR Senduk Kayu MIA

DAPUR Senduk Kayu MIA Menyiarkan pelbagai masakan dan tips²

10/12/2022
Bawang putih bermanfaat untuk kesihatan dan dah lama digunakan sebagai pengubatan tradisional semenjak dahulu kala.Salah...
09/11/2021

Bawang putih bermanfaat untuk kesihatan dan dah lama digunakan sebagai pengubatan tradisional semenjak dahulu kala.

Salah satu manfaat bawang putih berkaitan dengan sistem kekebalan tubuh. Bawang putih bantu melindungi kita dari berbagai jenis virus dan flu.

Bawang putih mengandung banyak vitamin, minyak dan asam amino. Selain itu, allicin dalam bawang putih mampumembunuh bakteria.

Membantu mengatasi tekanan darah tinggi dan membantu membuka pembuluh darah dan menurunkan tekanan darah.

Kalian yang ada tekanan darah tinggi boleh amalkan2 ulas bawang putih setiap hari. Selain itu, bawang putih menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

Bawang putih melatih jantung dan otot bekerja lebih efektif dan tingkatkan stamina badan.

Selain itu, bawang putih juga bermanfaat mengurangkan kelelahan serta meningkatkan produktiviti dan menghangatkan tubuh disaat cuaca sejuk

Bawang putih memiliki sifat antibakteria yang baik untuk rongga mulut. Bantu mematikan kuman berbahaya dan sembuhkan gusi yang bermasalah disebabkan kuman.

Bagi kalian yang tak s**a kunyah mentah bawang putih, kalian boleh goreng, bakar atau masukkan dalam nasi yang tengah gelegak. Rasa nye lebih sedap.

Selamat beramal🤗

Resepi Pelbagai PESMacam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar ...
08/11/2021

Resepi Pelbagai PES

Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper

💢Pes Ikan Bakar

1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.

2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.

3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

💢Pes Sambal Tumis

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.

2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

💢Pes Gulai Ikan

1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.

2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.

3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.

(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya

💢Kuah Black Pepper

1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.

2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.

3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar

4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap

5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam

6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah

7. Masak hingga pekat dan naik bau.

(Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)

💢Pes Nasi Goreng Ikan Bilis

1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.

2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.

(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.

💢Pes Asam Pedas Tumis

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.

2. Tumis dlm minyak panas.

3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam/perisa.

(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)

Selamat mencuba😋

06/11/2021

*PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG*

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang saya sayangi..

Saya buka peluang ini kepada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan join kelas online saya secara zoom yang mana mungkin disebabkan line yang tidak berapa cantik atau mungkin diluar kawasan dan sebagainya..

Jadi saya buka semula peluang untuk belajar Roti , Dodol & Mee Homemade secara *PERCUMA* 😍

*Belajar secara berdepan, saya akan datang mengajar ke rumah anda.cuma sediakan sebuah meja sahaja untuk belajar.segala bahan dan alatan kelas, sy akan bawa ke rumah anda*

*BONUS...CEK KESIHATAN PERCUMA‼️*

Kuota Terhad ..Siapa Cepat Dia Dapat 😍😍

Berminat Boleh Klik Link 👇👇www.wasap.my/601125881898

DAGING GORENG ALA THAI1/2kg daging (hiris nipis)(bersihkan ,tos kan air, masukkan dlm kuali rebus sehingga lembut dn ker...
22/10/2021

DAGING GORENG ALA THAI

1/2kg daging (hiris nipis)
(bersihkan ,tos kan air, masukkan dlm kuali rebus sehingga lembut dn kering air..ketepikan)

Bahan A:

3 ulas bawang putih (cincang halus)
4 biji bawng merah (hiris nipis)
1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk halus)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)

Bahan B:

2 sudu besar Nampla (sos ikan)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk cili (boleh tmbah jika nk pedas)

Bahan C:
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar lime jus @ air limau nipis
1 sudu besar beras ( di sangai @ goreng tanpa minyak dn di tumbuk halus)
1 biji bawang besar (hiris halus )
Daun ketumbar di hiris

Cara-cara:

Panas kan minyak. Tumis bahan2 A shgga naik bau. Masukkan daging yg dh siap rebus td . Masukkan bahan2 B gaul sebati. Akhir sekli masukkan bahan2 C.

Siap😋😋😋

22/10/2021
WOW‼️‼️ menu best LA kali ni..*Cikgu ZUERA* nak sharing cara nak buat APAM POLKODOT. Apam kegilaan anak-anak kita. Kelas...
19/10/2021

WOW‼️‼️ menu best LA kali ni..
*Cikgu ZUERA* nak sharing cara nak buat APAM POLKODOT.
Apam kegilaan anak-anak kita.

Kelas akan di adakan pada:
TARIKH: 21/10/2021
HARI: KHAMIS
MASA: 2.30 PTG
SECARA TALIAN
Zoom Meeting

Untuk mendaftar, sila tekan link yer🥰
https://forms.gle/nSHdT3boGgPsHTLz5

Hanya yang Mendaftar kita akan bagi link kelas. Jangan tunggu lama tau..kelas *PERCUMA*

Sharing is Caring..Musim- Musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.Bawang putih tak perlu buang kul...
05/10/2021

Sharing is Caring..

Musim- Musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.
Bawang putih tak perlu buang kulit. Basuh bersih-bersih.Agak-Agak Nasi nak kering baru letak bawang putih( kenapa tak buang kulit untuk elakkan bawang terlalu lembik)
Bawang putih Antibiotik Semulajadi

Pengalaman Saya Sendiri dulu masa mengandung saya batuk memang teruk.. Macam-macam ubat , macam-macam petua saya cuba.

Saya Ternampak 1 post dekat FB cakap masak nasi letak bawang putih. Alhamdulillah Batuk saya beransur pulih.

Tapi hampa jangan makan banyak sangat nanti panas badan tu. Cukup 2-3ulas 1hari
Anak- Anak saya ambil 1 ulas gaul dalam nasi.

Rasa macam ubi rebus

Semoga Memberi manfaat untuk semua
take care❤️

SAMBAL BELACAN SIAM 🌶 Bahan²1 mangkuk cili padi merah 1/2 mangkuk cili padi hijau 1 labu bawang putih ***1 labu bawang b...
05/10/2021

SAMBAL BELACAN SIAM 🌶

Bahan²
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sdb besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa

Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk, airnya sekali dan blend dgn bahan² lain.

Cara²
1) Bakar bahan² yang bertanda ***.
2) Kemudian blend kesemua bahan² yang dibakar bersama² dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan kedalam mangkuk besar.
3) Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata² dan nampak berkilat.
4) Dahhh siap boleh hidang dgn ikan rebus yg digoreng beserta ulam²

PULUT SERUNDING KELAPAInti Serunding KelapaBahan - bahan :🔹2 bj kelapa parut🔹1 mangkuk cili kering yg sudah diblend🔹2 la...
04/10/2021

PULUT SERUNDING KELAPA

Inti Serunding Kelapa

Bahan - bahan :
🔹2 bj kelapa parut
🔹1 mangkuk cili kering yg sudah diblend
🔹2 labu bwg besar *
🔹4 ulas bwg putih *
🔹6 - 8 btg serai *
🔹1 genggam ikan bilis 🔹21/2 cawan gula
🔹11/2 sudu besar garam kasar
🔹Sedikit perasa

Cara - caranya :

🔹 Semua bahan bertanda * dihiris dan dikisar bersama ikan bilis..
🔹Masukkan semua bahan dlm kuali dan biar sehingga inti kelapa pedas kering.. 🔹Senangkan.. 😍😍😍

Pulut Tanpa Santan

Bahan - bahan :

🔹1/2 kg beras pulut ~ dibasuh bersih dan toskan.
🔹3½ cawan air
🔹1 sudu kecil garam kasar
🔹 4 sudu mnyk masak

Cara - caranya :

🔹Masukkan semua bahan kecuali mnyk masak.. ( kak long guna rice cooker je yer ) 🔹Bila pulut dah nak kering..br masukkan mnyk masak.. kacau n biar pulut masak sepenuhnya..
🔹Tekap pulut dgn acuan dan gaul rata dgn inti kelapa pedas @ serunding kelapa..
🔹Pulut serunding kelapa siap utk dihidang 😋

Resepi Creampuff Gebu Bhn2:400g air175g marjerin1sb gula200g tepung gandum4bj telurCara2:-Masukkan air, gula & marjerin ...
03/10/2021

Resepi Creampuff Gebu
Bhn2:
400g air
175g marjerin
1sb gula
200g tepung gandum
4bj telur
Cara2:
-Masukkan air, gula & marjerin ke dlm periuk (sy guna kuali senang nak kacau). Masakkan atas api smpi mendidih. Guna api besar pun boleh.
- bila dah mendidih masukkan tepung gandum dan terus kacau smpi la jd adunan yg tak melekat kt kuali. Tepung tu ayak la dlu kalu rajin nt sng dia nak sebati. Sy malas ayak terus tuang je😆
- lepas tu tutup api dan terus masukkan adunan tu dlm mangkuk mixer. Angkat je kuali tu atas mangkuk mixer nt dia bergolek sndiri terjun lam mangkuk😂😂. Sy putar low speed dlm 10mnt bg wap panas keluar.
- bila adunan dah suam2 masukkan telur sebiji2 dan putar high speed dlm 5minit. Dah nmpk sebati ttup mixer. (If xde mixer boleh buat manual kacau guna senduk kayu je tp lenguh la ckit tgn😁)
- sementara tu panaskan oven suhu 220c api atas bwh.
- masukkan adunan td dlm piping beg. Guna la nozel bunga kalu nak bercorak atau bulat biasa pun boleh xde hal. Then paipkan atas tray. Jarak2 kan ckit sb nt dia nk membesarkan bdn msg2😅. Tray tu sapu dlu marjerin sb xnk bg melekat nt. Sy mmg malas nk sapu2 ni leceh😂 Lapik baking paper je sng. B4 bakar semburkan air kt atas creampuff yg kite dah paipkan tu. Then bakar la dlm masa 25mnt lbh krg. Dah nmpk warna perang2 gold kira dah masak la tu. Kuarkan dr oven then biar dia sejuk
- kalu xmelepet puff tu mksdnya jd la tu. Dlm dia mesti jd kosong. Biasa dlu buat yg xjd tu bila melepet dlm jd padat mcm cekodok plak gayanya😆
1 adunan ni boleh dpt dlm 40-45 bj bergantung pd size.
Inti dlm dia plak boleh pelbagaikan. Kalu nak sng guna instant custard je. Tp sy jrg guna instant tu slalu buat sndiri filingnya. Pelbagaikan mcm2 krim cth mcm krim nutella, karamel, green tea, original custard, krim custard, choc b*k lg la boleh pelbagaikan. Sy bg dlu yg basic original custard ye.
400ml susu segar (sy guna low fat)
800ml air
200g gula
150g tepung kastard
1sb esen vanilla
Sedikit garam
- masukkan semua bahan dlm periuk kacau atas api smpi jd pekat berkilat. Tggu sejuk baru paipkan dlm puff😋😋😋😋

Resepi Set Nasi MinyakNasi minyak ramai orang s**a makan tiap Kali kenduri,mesti rindukan NK makan nasi minyak..,malah,s...
01/10/2021

Resepi Set Nasi Minyak

Nasi minyak ramai orang s**a makan tiap Kali kenduri,mesti rindukan NK makan nasi minyak..,malah,sekarang musim PKP,kenduri p**a perlu ditangguhkan,Yang teringin Nak makan nasi
minyak..boleh la Cuba masak dirumah,saya sertakan RESEPI NASI MINYAK & DAGING MASAK HITAM & ACAR TUMIS

👩🏻‍🍳👩🏻‍🍳Beras basmati 5 pot
Susu Cair =1 cawan
Bawang merah 5 biji dihiris halus
Bawang putih 3 biji dihiris halus
Halia 2cm dihiris/atau ditumbuk
Serai 1 batang (dikatok)
Bunga lawang 1 biji
Buah pelaga 3 biji
Kayu Manis 1 batang kecil
Bunga cengkih 3 biji
Minyak sapi 2@3 sudu besar
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(hujung sudu)
Garam Dan serbuk perasa(agak2)

✨✨rendamkan beras basmati selama 30-45 minit Dan toskan
P/S s**atan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air

👩🏼‍🍳👩🏻‍🍳🐐RESEPI DAGING MASAK HITAM🐄
Bahan bahan
1 kg daging(direbus sehingga empuk)
Kacang peas Dalam tin 4@5 sudu besar(jika s**a)
Kismis 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar
½botol kecil kicap Manis(cap kipas udang saya Guna)
1 batang serai dikatok
Daun kari 2 batang
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
Gula pasir@gula Melaka 3 sudu besar
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
Air rebusan daging 4 senduk

Bahan Kisar:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika s**a pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih

Caranya
1)panaskan minyak,Dan masukkan daun kari, serai,bawang Yang dihiris,Bunga lawang,buah pelaga,Bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga Naik bau atau sedikit kekuningan
2.masukkan bahan Yang dikisar Dan masak sehingga pecah minyak Dan masak
3.apabila Sudah pecah minyak,masukkan serbuk Kari,Dan serbuk sup.(masak seketika)
4.masukkan air asam jawa 1 sudu besar
5.masukkan kicap Manis Dan air rebusan daging(4 senduk) Dan masukkan sekali daging Yang telah direbus
6.masukkan kismis ,kacang peas Dan masakkn agak sedikit kering ..(Kalo s**a.berkuah Pon tak pe)
7.perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam,Dan serbuk perasa(Rasakan secukup rasa Yang dimahukan)
8.siap dihidang...

👩🏻‍🍳👩🏻‍🍳RESEPI ACAR TIMUN BERTUMIS
Timun 1 biji(dipotong)
Lobak merah 1 biji(dipotong)
Bawang kecil 15 biji
Bawang putih 15 biji
Halia 2 cm dihiris halus2
Biji sawi 1 sudu besar
Cili kisar 3 sudu besar
Rempah Kari ikan 1 sudu besar
Gula melaka 1 sudu besar
Gula putih 1 sudu besar
Kismis 2 sudu besar
2 sudu besar cuka
Garam(agak
Serbuk perasa
Daun kari 1 batang
Minyak masak 3 sudu besar

Caranya
1.panaskan minyak masak,Dan masukkan biji sawi dam daun kari
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak,
3.Masukkan serbuk Kari Dan masak seketika
4.masukkan ,halia,bawang kecil Dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan)
5.apabila Sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa,Dan kismis...
6.masukkan lobak merah Dan timun..masak lembut sehingga masak ..
P/s=sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam ,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur,..atau ikut Yang dis**ai😍😍

Address

Kota Tinggi

Telephone

+601125881898

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAPUR Senduk Kayu MIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to DAPUR Senduk Kayu MIA:

Shortcuts

Share