PPD Kota Tinggi Official

Call

PPD Kota Tinggi Official Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
PTB 1165 Jalan Bukit Sri Lalang
81900 Kota Tinggi Johor

Bengkel Kerja Digital Competency Score (DCS) Guru Penyelaras ICT Sekolah-Sekolah Daerah Kota TinggiTarikh : 24 September...
25/09/2026

Bengkel Kerja Digital Competency Score (DCS) Guru Penyelaras ICT Sekolah-Sekolah Daerah Kota Tinggi

Tarikh :
24 September 2026
Tempat :
PKG Bandar Mas
Penceramah :
En Mohd Shaifulredza bin Zainol
Pen. PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan, PPD Muar

Bengkel ini memberi fokus kepada pemahaman berkaitan pelaksanaan dan kepentingan Digital Competency Score (DCS) sebagai salah satu medium untuk mengenal pasti tahap kompetensi digital serta menyokong usaha peningkatan keupayaan guru dalam mendepani keperluan pendidikan era digital.

Sepanjangperbengkelan, para peserta diberikan penerangan, bimbingan serta panduan berkaitan pelaksanaan DCS agar maklumat yang diperoleh dapat disebarluaskan dan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang di peringkat sekolah.

Diharapkan bengkel ini dapat memperkasakan peranan Guru Penyelaras ICT sebagai penggerak transformasi digital sekolah, seterusnya membudayakan penggunaan teknologi secara lebih berkesan, bermakna dan berimpak dalam ekosistem pendidikan.

โœจ Kompetensi Digital Diperkasa, Pendidikan Berkualiti Dibudaya.

Kota Tinggi Mengungguli:
Sehati Memperkasa Manusiawi
Memartabat Insani







๐Ÿ’™๐Ÿ’› TEKAD JUARA DEMI JOHOR!SASARAN TERAKHIR: KEKAL  #2 & CAPAI 10 EMASKontinjen Johor, dengarkan ini.Kita sudah sampai ke...
24/09/2026

๐Ÿ’™๐Ÿ’› TEKAD JUARA DEMI JOHOR!

SASARAN TERAKHIR: KEKAL #2 & CAPAI 10 EMAS

Kontinjen Johor, dengarkan ini.

Kita sudah sampai ke fasa terakhir perjuangan.
Hari keempat mencatatkan:

๐Ÿฅ‡ 9 EMAS
๐Ÿฅˆ 16 PERAK
๐Ÿฅ‰ 9 GANGSA
๐Ÿ† 34 PINGAT KESELURUHAN
๐Ÿ“ KEDUDUKAN KE-2 KESELURUHAN

Tetapi perjuangan belum selesai.

๐Ÿ”ฅ TINGGAL 1 EMAS!

Kita telah datang ke Kuantan bukan sekadar untuk bertanding.
Kita datang membawa nama Johor, maruah Johor dan harapan seluruh warga Johor.

Hari ini, sasaran kita jelas:

๐ŸŽฏ 10 EMAS.
๐ŸŽฏ KEKAL KEDUDUKAN KEDUA.
๐ŸŽฏ HABISKAN PERJUANGAN DENGAN MARUAH.

Satu emas lagi mungkin kelihatan kecil pada angka, tetapi di sebaliknya ada pengorbanan atlet, keringat jurulatih, doa ibu bapa, komitmen pengurus dan sokongan seluruh warga Johor.

Kepada ATLET โ€”
Masuklah ke gelanggang dengan keyakinan.
Bertandinglah tanpa gentar.
Berikan 100% sehingga saat terakhir.

Kepada JURULATIH โ€”
Teruskan bimbingan, strategi dan kata-kata pembakar semangat.
Percayakan anak-anak buah kita.

Kepada PENGURUSAN KONTINJEN โ€”
Kita terus bergerak sebagai satu pasukan, satu hati, satu sasaran.

๐Ÿ’™๐Ÿ’› INGAT TAGLINE KITA:

TEKAD JUARA DEMI JOHOR!

Bukan hanya slogan.
Ia adalah janji untuk memberikan yang terbaik sehingga tamat.

9 emas sudah dalam genggaman.
1 emas lagi untuk melengkapkan misi.

Jangan fikir tentang siapa di belakang.
Jangan fikir tentang tekanan.
Fokus kepada tugas kita.

Satu acara.
Satu peluang.
Satu perjuangan.
Satu emas lagi!

๐Ÿ”ฅ JOHOR, KITA HABISKAN PERJUANGAN!

๐Ÿ’™๐Ÿ’› KEKAL KEDUA. CAPAI 10 EMAS.

๐Ÿ† TEKAD JUARA DEMI JOHOR!

AYUH KONTINJEN JOHOR โ€”
BIAR KITA TINGGALKAN KUANTAN DENGAN SENYUMAN, KEBANGGAAN DAN MARUAH!

Azman bin Safii
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi,
Merangkap Penolong Ketua Kontinjen MSSJ ke MSSM Olahraga 2026.






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada Sektor Pembang...
24/09/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada Sektor Pembangunan Murid PPD Kota Tinggi, khususnya semua pegawai yang telah menunjukkan komitmen, keprihatinan dan kesungguhan yang tinggi dalam menguruskan situasi krisis dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada seluruh warga PPD Kota Tinggi, para Pengetua dan GPK HEM, serta khususnya warga SMK Bandar Easter yang telah bersama-sama memberikan kerjasama, sokongan dan kekuatan sepanjang tempoh pengurusan insiden ini.

Penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini bukan sekadar pengiktirafan kepada PPD Kota Tinggi, tetapi merupakan cerminan kerja berpasukan, kesatuan hati dan keprihatinan seluruh warga pendidikan Kota Tinggi dalam melaksanakan amanah ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar.

Sesungguhnya, dalam pengurusan krisis, kita tidak bekerja sebagai individu, tetapi sebagai satu pasukan yang saling menguatkan.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, keprihatinan dan profesionalisme yang telah ditunjukkan.

Tahniah dan syabas kepada Sektor Pembangunan Murid. Tahniah kepada warga PPD Kota Tinggi. Tahniah kepada Pengetua dan GPK HEM. Dan penghargaan yang amat besar kepada seluruh warga SMK Bandar Easter.

Kita sehati dalam mengurus amanah,
kita bersama dalam menghadapi cabaran,
dan kita terus berdiri teguh demi kebajikan anak-anak kita.

Terima kasih semua.





๐Ÿ†โœจ SYABAS & TAHNIAH! โœจ๐Ÿ†Tahniah kepada sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi atas pencapaian cemerlang dalam Karnival Sumber...
24/09/2026

๐Ÿ†โœจ SYABAS & TAHNIAH! โœจ๐Ÿ†
Tahniah kepada sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi atas pencapaian cemerlang dalam Karnival Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Johor 2026! ๐ŸŽ‰

Kejayaan dalam pertandingan Makerobot Blitz, Makerobot Tracer, Jejak Maklumat, Poster AI dan Poster Gen AI membuktikan kreativiti, inovasi dan semangat luar biasa murid serta guru pembimbing dalam memperkasa pendidikan digital. ๐Ÿค–๐Ÿ’ป๐Ÿš€

๐Ÿ‘ Syabas kepada semua murid, guru pembimbing, pentadbir dan warga sekolah yang terlibat.

Terus memperkasa pendidikan digital, terus mencipta kejayaan dan terus mengharumkan nama Kota Tinggi! ๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’›

UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAHPejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi merakamkan setinggi-tinggi tahniah da...
24/09/2026

UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAH

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas pertukaran dan pelantikan yang berkuat kuasa pada 23 September 2026

EN. MULIADE BIN UMAT@ BIDIN
Pengetua SMK Bandar Mas
atas pertukaran dan pelantikan sebagai
Pengetua SMK Bandar Penawar

EN. MD SOLEHHUDDIN BIN MD TAHIR
Pengetua SMK Bandar Penawar
atas pertukaran dan pelantikan sebagai
Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Albar

PN. RAIHAN BINTI JUENI
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK Tanjung Datuk
atas pelantikan sebagai
Pengetua SMK Bandar Mas

Semoga pertukaran dan pelantikan ini menjadi wadah untuk terus memperkasa kepimpinan, mencetus kecemerlangan serta meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah masing-masing.

Selamat melangkah ke amanah baharu. Semoga terus diberi kekuatan, kebijaksanaan dan iltizam dalam memimpin warga sekolah menuju kecemerlangan.
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi
serta seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026Tarikh    : 13 hingga 15 Sep...
23/09/2026

KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

Tarikh : 13 hingga 15 September 2026
Tempat : Uptown Sports Bangi, Selangor

Sekalung Penghargaan dan Tahniah kepada Kontinjen Prasekolah Negeri Johor
Wakil murid dari Prasekolah Kota Tinggi

1. SK SERI SAUJANA (Bola Jaring)
2. SK TAMAN KOTA JAYA (Bola Jaring)
3. SK LKTP KLEDANG (Futsal)

Pegawai Pengiring Kontinjen Johor
Puan Umi Kalsum binti Samsi
Penolong Pegawai Prasekolah dan Rendah

Terima kasih kepada Guru Besar, Guru Pengiring, Jurulatih, Penolong Jurulatih, AJK PSKD, PPM dan anak-anak serta ibu bapa yang telah menunjukkan prestasi dan bakat yang cemerlang & membanggakan dalam Karnival Sukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Tidak dilupakan juga, Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru Prasekolah Kota Tinggi yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan pasukan bola jaring ke Karnival Sukan Prasekolah Kebangsaan yang menyokong, membantu dan tidak putus-putus mendoakan kejayaan pasukan Bola Jaring Prasekolah Negeri Johor. Setiap doa, kata-kata semangat dan sokongan daripada semua amat kami hargai.

Tahniah!!!!

KEPUTUSAN RASMI

Naib Johan
๐Ÿ†Bola Jaring

Anugerah Khas
๐Ÿ†Anugerah Pertahanan Terbaik
๐ŸฉทAdik Maizatul Aafiyah binti Roszaidi
SK Taman Kota Jaya

Futsal
๐Ÿ†No 3 dalam kumpulan

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ† ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—Ÿ๐—”! ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›๐—ฅ๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐— ๐—ฆ๐—ฆ...
23/09/2026

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ† ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—Ÿ๐—”! ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ
๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›๐—ฅ๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐— ) ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“† 22 September 2026
๐Ÿ“ Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang

โšก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—”, ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—ข๐—ก๐—š!

Sebanyak 11 pingat berjaya diraih pada hari kedua dengan kutipan:

๐Ÿฅ‡ 5 EMAS

๐Ÿฅˆ 4 PERAK

๐Ÿฅ‰ 2 GANGSA

๐Ÿ”ฅ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ, ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐—— ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—”!
๐Ÿ† ROSNANI BINTI MAHAMAD

Kota Tinggi | P18 | 400m
Sekolah Sukan Bukit Jalil
โšก 56.84 saat
Lebih daripada sekadar emas โ€” Rosnani mencipta sejarah dengan memecahkan Rekod Kejohanan MSSM yang dicatat pada tahun 2015, iaitu 57.06 saat.

๐Ÿ”ฅ REKOD DIPECAHKAN. EMAS DIGENGGAM. NAMA JOHOR DIJULANG.

Syabas Rosnani! Sebuah pencapaian yang lahir daripada disiplin, latihan, ketekunan dan keberanian untuk memberikan segala-galanya di atas trek.

๐Ÿฅ‡ 5 EMAS turut disumbangkan oleh:
๐Ÿ… Yapp Chia Ling Charlene โ€“ 5000m Jalan Kaki P18

๐Ÿ… A***n Rafique bin Romafitri โ€“ 110m Lari Berpagar L15

๐Ÿ… Lana Alexa Jose Lim โ€“ 400m P15

๐Ÿ… Rosnani binti Mahamad โ€“ 400m P18

๐Ÿ… A***n Rafique bin Romafitri โ€“ 400m L15
๐Ÿฅˆ 4 PERAK
๐Ÿฅˆ Adam Mikhail bin Mohd Hamdan โ€“ 110m Lari Berpagar L15

๐Ÿฅˆ Mohamad Fiqry bin Mohd Hairill โ€“ 110m Lari Berpagar L18

๐Ÿฅˆ Muhammad Nazrin Hamizan bin Rosli โ€“ Oktathlon L18

๐Ÿฅˆ Bianca Tan Yun Xi โ€“ Lompat Tinggi P12
๐Ÿฅ‰ 2 GANGSA
๐Ÿฅ‰ Putra Noor Syaadat bin Janih โ€“ 80m Lari Berpagar L12

๐Ÿฅ‰ Muhammad Iskandar B Roslan โ€“ 110m Lari Berpagar L18
โญ 2 ATLET TURUT MENCATAT TEMPAT KE-5
โญ Nur Alisyah Qaisara bt Abdul Allif โ€“ 3000m Terbuka P18

โญ Louis Chong Tze Pin โ€“ 3000m Terbuka L18
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
๐Ÿ† ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก
๐Ÿฅ‡ 8 EMAS

๐Ÿฅˆ 7 PERAK

๐Ÿฅ‰ 5 GANGSA

๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ ๐—๐—จ๐— ๐—Ÿ๐—”๐—›: ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†
Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih, pengurus pasukan, guru pengiring serta semua yang berada di belakang kejayaan kontinjen olahraga MSS Johor.
Setiap detik di trek adalah perjuangan.
Setiap saat yang dicatat adalah hasil pengorbanan.
Setiap pingat yang diraih adalah lambang semangat juang anak-anak Johor!
Hari ini kita meraikan kejayaan.

Esok kita kembali berjuang.
Perjalanan masih panjang.
Jangan berhenti melangkah.
Jangan pernah mengalah.

โค๏ธ๐Ÿ’™ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—”๐—— ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”, ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—ฆ๐—ฆ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ! ๐Ÿ’™โค๏ธ





โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEPUTUSAN HARI PERTAMA KONTINJEN OLAHRAGA MSS JOHOR โ€“ KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM 202621/9/2026Stadium Darul Mak...
23/09/2026

โค๏ธ๐Ÿ’™
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ KEPUTUSAN HARI PERTAMA KONTINJEN OLAHRAGA MSS JOHOR โ€“ KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM 2026
21/9/2026
Stadium Darul Makmur

Alhamdulillah, tirai hari pertama Kejohanan Olahraga MSSM 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan perjuangan daripada seluruh atlet Kontinjen Olahraga MSS Johor.

Syabas dan tahniah kepada semua atlet yang telah memberikan persembahan terbaik, berjuang dengan penuh keberanian serta mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam membawa nama MSS Johor di pentas kebangsaan.
Setiap catatan masa, setiap jarak dan setiap lompatan adalah hasil daripada usaha, disiplin, pengorbanan dan doa yang mengiringi perjuangan.

๐Ÿ”ฅ Perjalanan masih panjang!
Teruskan berjuang.
Teruskan melangkah.
Teruskan mencipta kejayaan.
Buktikan bahawa MSS Johor sentiasa bersedia untuk mencabar, berjuang dan memberikan yang terbaik!
Tekad Juara, Demi MSS Johor! โค๏ธ๐Ÿ’™





๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›๐—ฅ๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โค๏ธ๐Ÿ’™20 September 20268.00 malamStadium Darul Makmur, Kuantan Paha...
23/09/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›๐—ฅ๐—”๐—š๐—” ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โค๏ธ๐Ÿ’™
20 September 2026
8.00 malam
Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang.

Alhamdulillah, satu lagi detik bermakna tercipta buat Kontinjen Olahraga MSS Johor di bumi Kuantan, Pahang.
Bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Kontinjen Olahraga MSS Johor berkesempatan bersama-sama dalam Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSM 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Mohd. Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM).
Di sebalik setiap langkah yang kita saksikan hari ini, tersimpan berbulan-bulan latihan, peluh yang tumpah, tubuh yang kepenatan, air mata yang disimpan, doa ibu bapa, pengorbanan jurulatih serta masa dan tenaga yang dicurahkan oleh seluruh barisan pengurusan.

Mereka hadir bukan sekadar membawa nama sendiri.
Mereka membawa nama sekolah, daerah, ibu bapa, jurulatih dan seluruh warga Johor.
Akhirnya, di dada mereka tersarung satu nama yang amat bermaknaโ€ฆ
MSS JOHOR.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Cikgu Zulkurnain Abdul Rahman (Cikgu Zul), Tuan Haji Mohd Kamal Ahmad Untong, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran dan Ketua Kontinjen MSSJ, serta Encik Azman bin Safii, KPPD Kota Tinggi merangkap Penolong Ketua Kontinjen MSSJ, atas kebersamaan, sokongan dan perhatian yang sentiasa diberikan kepada Urusetia MSSJ serta Kontinjen Olahraga MSS Johor.
Dengan kekuatan 125 orang, terdiri daripada 90 orang atlet dan 35 orang pegawai, kontinjen kini berada di Kuantan membawa satu misi โ€” memberikan yang terbaik demi lambang Johor yang tersarung di dada.
Anak-anak Johorโ€ฆ

Jangan gentar dengan siapa yang berdiri di lorong sebelah.

Kamu sudah berlatih.
Kamu sudah berkorban.
Kamu sudah berusaha.
Kamu sudah berdoa.

Kini, apabila kaki melangkah ke gelanggang, berikan seluruh jiwa dan kemampuan.
Jika menang, menanglah dengan rendah hati.
Jika belum berjaya, terimalah dengan berdiri tetap tegak.

Kerana ukuran perjuangan bukan semata-mata pada pingat yang dibawa pulang, tetapi pada sejauh mana kamu sanggup memberikan segala yang ada ketika nama Johor dipertaruhkan.
Ingatlahโ€ฆ

Di belakang kamu ada ribuan warga Johor yang mendoakan.
Di belakang kamu ada keluarga yang sentiasa menanti.
Di belakang kamu ada jurulatih yang telah mencurahkan ilmu, masa dan tenaga.
Dan di dada kamuโ€ฆ
Ada lambang MSS JOHOR.
Berusaha sudah.
Berdoa sudah.
Berikhtiar sudah.
Kini tiba masanya untuk membuktikan.

Berlarilah dengan keberanian.
Berlawanlah dengan hati.
Berjuanglah dengan maruah.

Dan apabila segala-galanya selesai nanti, pulanglah dengan satu kepuasan bahawa kamu telah memberikan segala-galanya untuk MSS JOHOR.
Johor di dada.

Semangat di jiwa.

Kejayaan dalam doa.
โค๏ธ๐Ÿ’™ AYUH KONTINJEN OLAHRAGA MSS JOHOR!

BERJUANG SEHABIS DAYA, DEMI JOHOR TERCINTA!





๐ŸŒฟโœจ PROGRAM JALINAN BERSAMA DESARU COAST & SEKOLAH BAGI TAHUN 2026 โœจ๐ŸŒฟ๐ŸŽจ CULTURE CRAFTMurid Berkeperluan Pendidikan Khas (M...
20/09/2026

๐ŸŒฟโœจ PROGRAM JALINAN BERSAMA DESARU COAST & SEKOLAH BAGI TAHUN 2026 โœจ๐ŸŒฟ

๐ŸŽจ CULTURE CRAFT
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)

๐Ÿ“… 9โ€“10 September 2026
๐Ÿ“ Riverside, Desaru Coast

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Desaru Coast atas kesudian menjalin kerjasama dan membuka ruang kepada anak-anak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk menikmati pengalaman pembelajaran yang bermakna, kreatif dan inklusif melalui program Culture Craft.

Program ini bukan sekadar memberi peluang kepada MBPK untuk belajar, berkarya dan mencipta, malah menjadi ruang untuk mereka menzahirkan kreativiti, membina keyakinan diri, berinteraksi dan merasai pengalaman pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan serta penuh penerimaan. ๐Ÿ’š

โœจ Setiap anak mempunyai potensi.
โœจ Setiap karya mempunyai nilai.
โœจ Setiap pengalaman mampu mencipta keyakinan.

Jalinan seperti ini amat bermakna dalam memperluas peluang dan pengalaman pembelajaran kepada MBPK, di samping memperkukuh usaha bersama ke arah pendidikan yang lebih inklusif, mesra dan menghargai keunikan setiap individu.

Semoga jalinan kerjasama antara Desaru Coast dan sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi ini terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program, peluang dan ruang inklusif untuk MBPK pada masa akan datang.

๐Ÿ’š Mencipta โ€ข Berkarya โ€ข Berkongsi โ€ข Menginspirasi

Pendidikan Khas Kota Tinggi
Sehati Memperkasa Manusiawi, Memartabat Insani









Address

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, PTB 1165 Jalan Bukit Sri Lalang
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6078831012

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD Kota Tinggi Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share