Sekolah Agama Punggai, Kota Tinggi

Sekolah Agama Punggai, Kota Tinggi LAMAN RASMI SEKOLAH AGAMA PUNGGAI
Jalan Rajawali 2,
Kg. Punggai,
81620 Pengerang,
Kota Tinggi,
JOHOR DARUL TA'ZIM

02/12/2024

Semoga murid-murid dapat bersedia menduduki peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan.

11/11/2024
03/10/2024
15 OGOS 2024M BERSAMAAN 10 SAFAR 1446HKHAMIS I SA PUNGGAIMAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH A...
15/08/2024

15 OGOS 2024M BERSAMAAN 10 SAFAR 1446H
KHAMIS I SA PUNGGAI

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH AGAMA PUNGGAI TAHUN 2024

Dirasmikan oleh :
Pn. Rozita binti Baba,
Pengerusi Badan Kebajikan SA Punggai.

Aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan :
> Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
> Pertandingan Mereka Penanda Buku (Tahap 2)
> Pertandingan Basikal Hiasan Merdeka (Terbuka)
> Pertandingan Busana Merdeka (Terbuka)
> Pertandingan Persembahan Lagu Patriotik (Setiap Kelas)
> Kayuhan & Langkah Merdeka (AJK BKSA, Ibubapa, guru & murid)

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua murid, ibu bapa, AJK BKSA dan guru-guru atas keterlibatan semua bagi menjayakan majlis yang begitu meriah pada kali ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-67 👏

'MALAYSIA MADANI JIWA MERDEKA'

MENYEMAK ARAH KIBLAT BERDASARKAN FENOMENA ISTIWA’ AL-A’DZAM.(Pembelajaran di luar bilik darjah)Pada tarikh 16 Julai 2024...
16/07/2024

MENYEMAK ARAH KIBLAT BERDASARKAN FENOMENA ISTIWA’ AL-A’DZAM.
(Pembelajaran di luar bilik darjah)

Pada tarikh 16 Julai 2024M/ 10 Muharram 1445H jam 5.28 petang telah berlaku fenomena Istiwa’ Al-A’dzam (kedudukan Matahari berada di atas Kaabah).

Murid-murid berpeluang untuk belajar menyemak serta membuat penentuan arah kiblat berdasarkan fenomena tersebut.

Antara kaedahnya ;
• Pacakkan kayu atau guna objek yang lurus dalam keadaan tegak 90 ْ
• Pada tarikh dan masa tersebut perhatikan bayang yang terhasil daripada objek.
• Tanda satu garisan selari daripada bayang yang terhasil.
• Maka arah kiblat adalah yang mengarah ke arah Matahari di langit barat.

Semakan semula arah kiblat yang dilakukan pada tarikh dan masa berlakunya fenomena Istiwa’ Al-A’dzam bukanlah bermakna arah kiblat akan berubah setiap tahun, tetapi adalah untuk memastikan tandaan arah kiblat yang telah sedia ada masih lagi tepat dan tidak berubah.

Sumber : Jabatan M***i Johor
https://www.facebook.com/share/p/m3vwUMSTcbihPAJz/?mibextid=oFDknk

Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi

16/04/2024

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH ENAM AGAMA (SDEA) BAGI TAHUN 2023 SECARA DALAM TALIAN.

Dengan segala hormatnya, Keputusan Peperiksaan SDEA 2023 boleh disemak selepas majlis pengisytiharan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 16/4/2024 (SELASA) Masa : 12.00 Tengahari

Keputusan boleh dilihat secara dalam talian melalui pautan dibawah :

PEPERIKSAAN SDEA
http://bit.ly/Result_SDEA23

Keputusan penuh dan slip keputusan Calon (SKC) boleh diambil di sekolah @ pusat peperiksaan masing-masing.

16/04/2024

KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN
FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi.

2. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada
18 April 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui:

i. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKad dan No. Angka Giliran; atau

ii. UPKKNo. MyKadNo. Angka Giliran dan hantar ke 15888.

3. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 April 2024




04/04/2024
01/04/2024

بيڠكيسن ريڠكس،
لاتيهن عملي صلاة سنة تراويخ دان صلاة سنة وتر،
سكوله اڬام ڤوڠڬاي،ڤڠرڠ،
كوتا تيڠڬي، جوهر دارالتعظيم.

ساله ساتو ڤڠيسين ڤروڬرام إحياء رمضان دڤريڠكت سكوله سرتا ڤجابت ڤنديديقن إسلام كوتا تيڠڬي.والاو سربا سديكيت ڤرلو دتمبه باءيق، موڬ٢ يڠ باءيق ايت داڤت تروس دمنفعتكن اوليه موريد٢ ڤد ماس اكن داتڠ.

Cc : Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi

PROGRAM MINGGU UKHWAH SEKOLAH (MUS) MURID DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA PUNGGAI TAHUN 2024Tarikh : 03 Mac 2024M bersamaan 22 Sy...
03/03/2024

PROGRAM MINGGU UKHWAH SEKOLAH (MUS) MURID DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA PUNGGAI TAHUN 2024

Tarikh : 03 Mac 2024M bersamaan 22 Syaaban 1445H
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Dirasmikan oleh :
Encik Rosli Bin Ismail,
Pengerusi Badan Kebajikan SA Punggai.

Pihak sekolah dengan sukacitanya ingin mengucapkan Selamat datang kepada semua murid Darjah 1 Tahun 2024 ke Sekolah Agama Punggai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir bersama dalam memenuhi jemputan dan aturcara yang telah dirancang. Semoga segala usaha ini diberkati dan mendapat rahmat dari Allah SWT demi kejayaan bersama di dunia dan di akhirat.

Cc : Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi

Address

Kg. Tersusun Punggai, Pengerang
Kota Tinggi
81920

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Punggai, Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Agama Punggai, Kota Tinggi:

Shortcuts

Share

Category