25/08/2022
11 Ogos 2022
13 Muharram 1444H
PEMBUKAAN GELANGGANG SENI SILAT GAYUNG SUMUR 7 KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR.
Tanah Melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat dijunjung nama dijaga,
Tidak Melayu hilang didunia.
Setelah sekian lama gelanggang ini melabuh tirai. Akhirnya dibuka semula khusus buat anak-anak jati di Kg Lukut. Pembukaan gelanggang ini pada awalnya dibuka semula pada tahun 2019. Akan tetapi, pada tahun 2020 semasa Pandemik COVID 19, segala aktiviti persilatan terpaksa ditutup semula.
Alhamdulilah, pada tahun 2022, sambutan yang sangat padu bagi aktiviti persilatan ini kembali dibuka sehingga penyertaan pada peringkat pendaftaran mencecah hampir 70 pelajar baharu.
Warisan persilatan ini sudah lama dibuka sekitar 1980an yang diasaskan oleh Allahyarham Norden Abd Manaf dan kini ia disambung legasinya oleh anak beliau serta tenaga pengajar lain yang sudah lama berguru dengan Allahyarham Norden.
Sambutan hangat daripada anak-anak Kg Lukut ini telah menjadikan perwarisan ini terus diwarisi oleh anak-anak kita. Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa/penjaga anak-anak daripada pengurusan SGS7. Semoga semua ahli baru SGS7 berjaya tamatkan pembelajaran dengan sempurna.
Al-Fatihah buat Allahyarham Norden bin Abd Manaf